SJ-12-0171 : Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0171 : Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran

:salam

Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran anak kita sedangkan kita boleh mendapatkan khidmat doktor wanita untuk tujuan berkenaan.

Walau bagaimanapun, apabila ditanya kepada si isteri, beliau menyatakan beliau takut dengan dengan doktor wanita kerana pengalaman beliau yang tidak baik dengan doktor wanita, ganas, kasar, tak friendly, dan sebagainya.

Kelahiran kedua pula disambut oleh Doktor lelaki yang lebih lembut dan memahami. Alasan ini dijadikan sebab untuk memilih doktor lelaki untuk kelahiran seterusnya.

Adakah alasan ini dibenarkan syara'?

SJ-12-0171 : Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran

wa'alaikumussalam

Melihat aurat seseorang itu adalah dilarang didalam Islam. Aurat sesama jenis pun dilarang, inikan pula aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Sabda Nabi :saw :-

áÇ íäÙÑ ÇáÑÌá Åáì ÚæÑÉ ÇáÑÌá ¡ æáÇ ÇáãÑÃÉ Åáì ÚæÑÉ ÇáãÑÃÉ ..ó
dir="ltr">"Seorang lelaki tidak boleh nelihat aurat lelaki yang lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain....." [Hadith Riwayat Muslim].

Asal hukumnya, pesakit wanita hanya boleh berjumpa dengan doktor wanita, melainkan :-

a. Jika kurangnya kepakaran yang terdapat pada doktor wanita tersebut, maka dibenarkan memilih doktor lelaki. Mahramnya dikehendaki berada disampingnya semasa berjumpa dengan doktor tersebut.

b. Jika tiba-tiba sahaja ingin bersalin dan hanya doktor lelaki sahaja yang berada di hospital pada masa itu, maka dibenarkan doktor lelaki merawatnya atas dasar kecemasan.

Berkata bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

óÇáæÇÌÈ Ãä Êßæä ÇáØÈíÈÇÊ ãÎÊÕÇÊ ááäÓÇÁ ¡ æÇáÃØÈÇÁ ãÎÊÕíä ááÑÌÇá ÅáÇ ÚäÏ ÇáÖÑæÑÉ ÇáÞÕæì ÅÐÇ æÌÏ ãÑÖ Ýí ÇáÑÌÇá áíÓ áå ØÈíÈ ÑÌá ¡ ÝåÐÇ áÇ ÈÃÓ Èå ¡ æÇááå íÞæá : ( æÞÏ ÝÕá áßã ãÇ ÍÑã Úáíßã ÅáÇ ãÇ ÇÖØÑÑÊã Åáíå ) ÇáÃäÚÇã / 119
dir="ltr">"Doktor wanita hanyalah merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanyalah merawat lelaki sahaja, melainkan didalam kes yang dalurat, jika seseorang lelaki yang menghadapi penyakit dimana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, dalam kes ini adalah dibenarkan. Firman Allah :
'Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa' ".[Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, ms 29].

Didalam kes anda, alasan bahawa doktor wanita ganas, kasar dan sebagainya tidak boleh dijadikan alasan untuk memilih doktor lelaki, melainkan ia memudharatkan. Dalam zaman sekarang, kedapatan ramai doktor wanita yang mempunyai kepakaran didalam bidang gynaecology dan dikalangan mereka juga ada yang sabar dan lembut melayan pesakit. Carilah doktor wanita yang baik bagi menyambut kelahiran bayi anda.

Sekian, wassalam

خيرالأمين