SJ-12-0178 : transeksual

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0178 : transeksual

Transeksual ni istilah sains la but kalau ikut istilah biasa macam pondan/maknyah/tomboy dll...

Ana nak mintak pandangan ahi panel pemikir al-ahkam tentang sebarang ayat quran/hadis tentang golongan ini. Juga kalau boleh tolong sertakan sebarang kitab-kitab rujukan yang sesuai.

Ana nak buat research comparative law...

InsyaAllah terima Kasih...

SJ-12-0178 : transeksual

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar mana yang mampu, Insya-Allah.

1. Mengubah ciptaan Allah, seperi lelaki jadi perempuan atau sebaliknya adalah dilaknati Allah. Syaitan telah menjanjikan mereka dengan jani-jani kosong. Firman Allah swt :-

Åöä íóÏúÚõæäó ãöä Ïõæäöåö ÅöáÇøó ÅöäóÇËðÇ æóÅöä íóÏúÚõæäó ÅöáÇøó ÔóíúØóÇäðÇ ãøóÑöíÏðÇ * áøóÚóäóåõ Çááøåõ æóÞóÇáó áÃóÊøóÎöÐóäøó ãöäú ÚöÈóÇÏößó äóÕöíÈðÇ ãøóÝúÑõæÖðÇ * æóáÃõÖöáøóäøóåõãú æóáÃõãóäøöíóäøóåõãú æóáÂãõÑóäøóåõãú ÝóáóíõÈóÊøößõäøó ÂÐóÇäó ÇáÃóäúÚóÇãö æóáÂãõÑóäøóåõãú ÝóáóíõÛóíøöÑõäøó ÎóáúÞó Çááøåö æóãóä íóÊøóÎöÐö ÇáÔøóíúØóÇäó æóáöíøðÇ ãøöä Ïõæäö Çááøåö ÝóÞóÏú ÎóÓöÑó ÎõÓúÑóÇäðÇ ãøõÈöíäðÇ * íóÚöÏõåõãú æóíõãóäøöíåöãú æóãóÇ íóÚöÏõåõãõ ÇáÔøóíúØóÇäõ ÅöáÇøó ÛõÑõæÑðÇ * ÃõæúáóÆößó ãóÃúæóÇåõãú Ìóåóäøóãõ æóáÇó íóÌöÏõæäó ÚóäúåóÇ ãóÍöíÕðÇ
dir="ltr">"Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah) dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka. Yang telah dilaknat oleh Allah dan yang telah mengatakan: Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. Mereka itu, tempat akhirnya ialah Neraka Jahanam dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya." - [Surah al-Nisa’ 4:117-121]

2. Allah swt menjadikan setiap lelaki dan wanita itu mempunyai habuan masing2. Firman Allah :-

æóáóÇ ÊóÊóãóäøóæúÇ ãóÇ ÝóÖøóáó Çááøóåõ Èöåö ÈóÚúÖóßõãú Úóáóì ÈóÚúÖò áöáÑøöÌóÇáö äóÕöíÈñ ãöãøóÇ ÇßúÊóÓóÈõæÇ æóáöáäøöÓóÇÁö äóÕöíÈñ ãöãøóÇ ÇßúÊóÓóÈúäó æóÇÓúÃóáõæÇ Çááøóåó ãöäú ÝóÖúáöåö Åöäøó Çááøóåó ßóÇäó Èößõáøö ÔóíúÁò ÚóáöíãðÇ
dir="ltr">"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. " [Surah al-Nisaa’ 4:32]

3. Allah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Secara fitrah, manusia ini dijadikan berpasang-pasangan, dan mereka ini akan melahirkan zuriat2 sebagai kesinambungan kehidupan mereka.

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÇÓõ ÇÊøóÞõæÇ ÑóÈøóßõãõ ÇáøóÐöí ÎóáóÞóßõãú ãöäú äóÝúÓò æóÇÍöÏóÉò æóÎóáóÞó ãöäúåóÇ ÒóæúÌóåóÇ æóÈóËøó ãöäúåõãóÇ ÑöÌóÇáðÇ ßóËöíÑðÇ æóäöÓóÇÁð æóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó ÇáøóÐöí ÊóÓóÇÁóáõæäó Èöåö æóÇáúÃóÑúÍóÇãó Åöäøó Çááøóåó ßóÇäó Úóáóíúßõãú
dir="ltr">"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. " [Surah al-Nisaa’ 4:1]

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÇÓõ ÅöäøóÇ ÎóáóÞúäóÇßõãú ãöäú ÐóßóÑò æóÃõäúËóì æóÌóÚóáúäóÇßõãú ÔõÚõæÈðÇ æóÞóÈóÇÆöáó áöÊóÚóÇÑóÝõæÇ Åöäøó ÃóßúÑóãóßõãú ÚöäúÏó Çááøóåö ÃóÊúÞóÇßõãú Åöäøó Çááøóåó Úóáöíãñ ÎóÈöíÑ
dir="ltr">"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). " [Surah Al-Hujurat: 13].

Anda boleh lihat juga didalam surah An-Najm: 45, al-Lail : 3 dan Al-'Asyura : 49.

Didalam surah Aal-Imran : 36, Allah mengatakan bahawa lelaki bukan seperti wanita :-

ÝóáóãøóÇ æóÖóÚóÊúåóÇ ÞóÇáóÊú ÑóÈøö Åöäøöí æóÖóÚúÊõåóÇ ÃõäúËóì æóÇááøóåõ ÃóÚúáóãõ ÈöãóÇ æóÖóÚóÊú æóáóíúÓó ÇáÐøóßóÑõ ßóÇáúÃõäúËóì æóÅöäøöí ÓóãøóíúÊõåóÇ ãóÑúíóãó æóÅöäøöí ÃõÚöíÐõåóÇ Èößó æóÐõÑøöíøóÊóåóÇ ãöäó ÇáÔøóíúØóÇäö ÇáÑøóÌöíãö
dir="ltr">"Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki) dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Mariam dan aku perlindungkan dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan singkirkan)."

4. Nabi :saw melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya. Dari Ibn Abbas ra, berkata :-

áÚä ÑÓæá Çááå - Õáì Çááå Úáíå æÓã - ÇáãÔÊÈåíä ãä ÇáÑÌÇá ÈÇáäÓÇÁ ¡ æÇáãÊÔÈåÇÊ ãä ÇáäÓÇÁ ÈÇáÑÌÇá
dir="ltr">"Rasulullah :saw melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki" [Hadith Riwayat al-Bukhari #5546]

Demikian beberapa ayat-ayat al-Quran dan sepotong hadith Nabi :saw yang melarang perbuatan 'Transsexual'. Lelaki dan wanita di jadikan dengan peranan masing-masing. Allah menjadikan manusia berpasang-pasangan agar mereka membiak di mukabumi ini dengan keturunan masing-masing. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين