SJ-10-0058 : makan bercakap atau diam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0058 : makan bercakap atau diam

assalamualaikum. minta didatangkan dalil bagaimana Rasulullah Saw makan sama ada bercakap atau diam. Terdengar banyak pandangan. tak tahu yang mana benar

SJ-10-0058 : makan bercakap atau diam

:wassalam

alJawab:

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (Bukhari 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (Bukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan. sekian