SJ-12-0236 Beberapa Pertanyaan: kerat kuku dan bekerja di UK

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0236 Beberapa Pertanyaan: kerat kuku dan bekerja di UK

:salam

Beberapa pertanyaan yg saya perlu clarify;

1) Bolehkah seseorang wanita/lelaki mengerat kuku atau rambut dlm berjunub. Katakan dia menangguhkan mandi wajib sehingga tengahari dan bercadang memotong rambut sebelum zohor.

2) Saya berasal dari Kelantan dan sekarang bekerja di UK selama 14 tahun. Saya memiliki rumah sendiri di Kelantan dan KL.Apakah status saya bila pulang

a)Kepangkuan isteri yg belajar di Kuala Lumpur selama sebulan
b)Kepangkuan keluarga di Kelantan selama 4hari
- Adakah status saya sebagai mukim(yg mana), mastautin atau musafir kerana saya menetap diUK dan juga menyewa rumah disana. Soalan saya berkisar utkbolehkan saya qasar/jamak atau situasi di atas.

3)Soalan yg belum terjawab, harap akh THTL atau mana2panel lain boleh chip in

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33458&sid=1aace2c313f438632d490dd8cd5747bb

Sambungan pada persoalanan saya yg masih belum dijwb oleh panel ahkam. Saya menelaah al-firdaus.com dan cuba meleraikan beberapa permasalahan disini. Boleh tak panel al ahkam menerang kan beberapa masalah kesihatan spt berikut;

Terlebih dahulu definasi yg difahami
a. haid - darah yang keluar secara fitrah pada wanita, boleh jadi secara tetap(regular) atau tidak tetap(irregular)
b. nifas- darah yang keluar akibat tolakan, esp masa beranak atau miscarriage/keguguran atau mgkn abortion(betul tak kalau induce ni)
c. istihadah - darah dari penyakit

Beberapa keadaan

1. Haid mmg ditetapkan disebabkan oleh bau, warna dan masa(jika wanita itu tahu regular period). Bagaimana jika seseorang itu mengambil pill progesterone, dan mengalami haid disebabkan terhentinya ubat tersebut.

Utk pengetahuan panel ahkam, haid disebabkan perubahan hormone (endogenous hormone - hormone dlm badan)dalam badan dan pengeluaran sel telur. Jika badan menerima hormone spt progesterone, badan wanita akan bertindak spt adanya hormone secara natural. Jika exogenous hormone(iaitu pill perancang, hormone yg dimakan) diberhentikan, tubuh akan mengeluarkan darah tanpa adanya sel telur(anovulatory cycle). Adakah ini dikira haid?

Dari definasi, ianya(haid) adalah secara fitrah iaitu ovulatory cycle(perubahan sel telur), tetapi pada pandangan saya bila adanya advaced medical knowledge ni, hukum boleh jatuh pada ijtihad bila ada perubahan masa dan zaman. Ada tak ulamak membahas isu ini iaitu penggunaan pill dan status darah bila menggunakan pill?

Bila makan pill merancang ni, kekadang akan ada pendarahan berlaku yg mgkn banyak, mungkin sedikit. Apa status darah ini? Adakah ianya istihadah...dari definasi ianya bukan penyakit tapi akibat penggunaan exogenous hormone ini menyebabkan nipisnya dinding rahim, dan seterusnya pendarahan.

2. Apakah status haid pada seorang kanak2 yang keluar darah sebelum baligh ie sblm 9 tahun. Adakalanya penyakit yg menyebabkan perubahan hormone dlm badan yg menyebab haid, adakalanya di sebab familial/keturunan. Adakah ini dikira haid atau istihadah?

3. Dlm ilmu perubatan, haid juga ada yg sedikit dikenali hypomenorrhoea. Memang susah utk dibezakan dengan haid biasa atau haid yg sedikit. Mungkin kita akan berkata, haid yg sedikit adalah tergolong dlm istihadah. Ada tak cara2 lain utk fiqh membeza antara kedua-dua?

4. Begitu juga persoalan nifas, ianya mudah jika selepas tolakan kandungan dan darah keluar. Selepas darah nifas, cecair kekuningan bernama 'lochia' akan keluar sehingga ianya berhenti. Soalan yg lepas cuba melihat dari perspektif yg berbeza. Kerana cecair yg berhenti boleh jadi dari
a) lochia iaitu habisan nifas
b) hypomenorrhoea, dimana ianya sanagt sedikit, tetapi biasnya boleh dibezakan dari segi masa keluar dan jangkawaktu. Ini dikira haid.
c)cecair penyakit, mungkin mesti dapat kepastian doktor(istihadah).

5. Pendarahan semasa mengandung. Mengikut hukum fiqh, ia jatuh atas haid(betul ke). Mengikut pengetahuan saya, jika pendarahan berlaku sebelum proses labour, ini disebabkan oleh beberapa sebab iaitu placenta praevia(sak/uri dibawah sangat), abruptio placenta(uri pecah dan tidak berada dinding rahim) atau threatened abortion. Saya agak sangsi mngenai perletakan hukum sebagai haid sebab masalah ini adalah penyakit(istihadah).

Saya ambil lagi dr al-firdaus.com;
==============================

Pada kebiasaannya seorang wanita apabila hamil akan terhenti haidnya. Kata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Sesungguhnya seorang wanita diketahui hamil apabila terputus haidnya. Apabila seorang wanita hamil melihat darah keluar dan ia disertai tolakan bersalin dua atau tiga hari sebelum masa melahirkan, maka itu adalah darah nifas.

Jika darah keluar pada masa yang jauh sebelum bersalin atau hampir kepada masa bersalin tetapi tidak disertai tolakan bersalin, maka itu bukanlah darah nifas. Akan tetapi berlaku perselisihan pendapat antara para ilmuan: Adakah itu adalah darah haid yang dikenakan hukum-hukum haid ke atasnya atau darah fasad (istihadah) yang tidak dikenakan hukum-hukum haid ke atasnya ?

Yang benar, ia dikira sebagai darah haid apabila ia mengalir keluar secara fitrah. Ini kerana pada asalnya setiap darah yang mengalir keluar daripada wanita adalah haid selagi mana tidak ada faktor penyebab yang lain seperti luka dan seumpamanya. Lebih dari itu tidak terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dalil atau hujah bahawa wanita yang hamil tidak didatangi haid.

Ini adalah mazhab Malik dan al-Syafi’e serta menjadi pillihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, sebagaimana di dalam kitab beliau berjudul al-Ikhtiyarat. Imam al-Baihaqi rahimahullah meriwayatkan satu pendapat daripada Imam Ahmad dalam bab ini, malah inilah pendapat yang beliau pegang diakhirnya.

========================
Pada pandangan saya, haid tidak ada dalam masa mengandung sebab bila janin ada, perubahan hormon yg berbeza akan berlaku. Dgn adanya janin, pendarahan atau pengeluaran sel telur tidak akan berlaku sama sekali. Jadi, tidak akan ada haid semasa mengandung kecuali sebab2 di atas atau sebab2 lain seperti luka dikemaluan dsbnya.

Rasanya setakat itu dulu. Maaf kerana soalan berpusing2, tapi penjelasan ini mungkin memahamkan dalam memberi nasihat pada pesakit atau sanak saudara lain.

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33408&sid=1aace2c313f438632d490dd8cd5747bb

Excerpt dari al-fidaus.com

=============================================

Berbeza pula bagi darah nifas, para ilmuan berbeza pendapat ke atas kes

nifas yang terputus. Umumnya terdapat dua pendapat:

Pendapat Pertama:

Apabila nifas terhenti sebelum 40 hari kemudian ia keluar semula pada hari ke-40, maka yang keluar semula itu dikategorikan sebagai “darah yang disyaki”.

Dalam kategori ini, wanita yang mengalaminya wajib bersolat dan berpuasa.Sebelum itu ketika sedang nifas, diharamkan ke atasnya apa yang diharamkan ke atas wanita yang sedang haid.25 Dia wajib mengqada puasanya selepas suci (jika dianifas dalam bulan Ramadhan). Ini adalah pendapat yang mayshur dalam Mazhab Hanbali

25 Seperti solat, puasa dan tawaf. (penyunting)

.
Pendapat Kedua:

Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor nifas, maka ia adalah nifas. Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor haid, maka ia adalah haid.26 Apabila darah keluar secara berterusan, ia adalah istihadah.

Pendapat yang kedua inilah dianggap yang benar. Imam Ibn Qudamah

rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 349 menukil kata-kata Imam Malik rahimahullah: Jika dia (wanita) melihat darah selepas dua atau tiga hari, yakni selepas habis nifas, maka ia adalah darah nifas dan jika selepasnya ( lebih dari tiga hari) maka ia adalah darah haid.27 Pendapat kedua ini juga merupakan pilihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah.

============================================

Masalah;

Isteri saya bertanya, dia sudah start solat bila darah nifas berhenti

Apakah status darah tersebut? Mengikut apa yg saya research dari al firdaus.com, spt yg tertera diatas, ada dua pendapat disitu. Saya cuma mahukan kepastian, apakah ini masih dikira nifas sebab putaran haid isteri saya tidak tetap.

Saya rasa ini bukan lagi darah haid, tapi mungkin saya salah.

Jazakallah

SJ-12-0236 Beberapa Pertanyaan: kerat kuku dan bekerja di UK

:wassalam

al-Jawab:

1) Hukumnya boleh. Allamah Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnahnya (1/160 edisi Indon) terdapat atsar dari Atha' (tabi'ien Makkah, w.115H) bahawa orang berjunub boleh memotong kuku. Kata Sayyid Sabiq, ia dicatat oleh al-Bukhari (alFath, 1/466)

2) Ini adalah persoalan yang rumit kerana ia adalah masalah khilafiah. Madzhab2 Fiqih merincikan supaya masyarakat tidak keliru memandangkan kelemahan mereka dalam memahami fiqh dalil.
Dalam Fiqh Islami karya Prof Dr Wahbah azZuhaily dari Syria dijelaskan beberapa istilah baru dalam fiqh solat musafir, antaranya watan asli yang bermaksud tempat kelahiran seseorang, juga tempat kelahiran isterinya serta tempat di mana dia bekerja dan memiliki rumah. Tiga tempat ini tidak boleh dianggap musafir kerana bila si fulan tiba di kampung kelahirannya atau di kampung isterinya atau di tempat dia mencari rezki, maka dia berada dalam watan asli yang mana dia gugur status musafir secara otomatik. Begitu juga dgn istilah watan al-iqamah atau tempat bermukim, di mana jika seseorang sampai ke watan al-iqamah dan bercadang menetap selama 4 hari , maka dia juga tidak boleh mengqasar solatnya
Maka menurut ketetapan ulama’ madzhabiah, jika anda berada di Kelantan, KL dan London, anda berada di dalam watan asli/watan iqamah dan anda hilang taraf musafir dan dikehendaki melakukan solat seperti biasa (solat tamam)

Namun, fuqaha dari madhab Zahiri (Ibn Hazm) dan muhaqqiqin spt SI Ibn Taymiyah, muridnya al-Hafiz Ibn Qayyim dan kemudian di Yaman al-Hafidz al-Syun’ani membantah ketetapan madzhab dalam merincikan syarat2 musafir kerana menurut mereka ia merosakkan maqosyid (tujuan) solat musafir yang dipermudahkan oleh Allah SWT. Menurut mereka solat musafir tidak terikat dengan istilah watan asli, atau watan al-iqamah atau berapa lama seseorang menetap di sesuatu tempat. Yang penting dia tidak berniat utk menetap di sesuatu tempat selama-lamanya (Majmu’ Fatawa lil Syaikhul Islam, 24/ms 41)

Kami lebih cenderong kepada pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah di mana samada anda ingin solat safar (qasar) atau solat tamam bergantung kepada apakah anda berniat untuk menetap di sesuatu lokasi. Dalam keadaan ini, anda boleh solat safar (qasar) semasa menetap di Kota London dan di Kuala Lumpur atau Kota Bharu kerana anda berstatus nomad atau tidak tahu di mana akan menetap sebenarnya berdasarkan hujah Ibn Taymiyah.
Jika anda cenderong kepada pendapat madzhab fiqh yang muktabar, anda tidak boleh solat qasar di kesemua tempat itu.

Pertanyaan tentang Fiqh darah Wanita hendaklah di hantar semula tanpa dikaitkan dengan laman web al-firdaus. Soalan juga tidak boleh terlalu panjang kerana anda akan menafikan hak orang lain yang juga ingin jawapan mereka di jawab dgn pantas. Kami syorkan anda ajukan soalan2 yang ringkas dan hadkan satu soalan pada satu posting sahaja untuk memudahkan kami respond. Anta boleh ajukan soalan seberapa kerap, tapi cuba hadkan soalan dalam setiap kali posting.
Fiqh Darah Wanita juga telah banyak dijawab dalam archive kami, cuba browse dahulu tanpa merujuk pada laman web a-firdaus.com atau mana-mana laman web. WA