:salam
Saya agak keliru untuk menetapkan tarikh dan hari akad nikah kerana ada sesetengah berpendapat bahawa tarikh-tarikh dalam kalendar Islam seperti 14, 10 dan 2 adalah tarikh yang sesuai, dan hari Khamis malam Jumaat adalah hari yang sesuai atas sebab-sebab tertentu.
Soalan saya: Apakah tarikh dan hari yang sesuai atau tidak sesuai untuk bernikah?
Apakah sebab-sebab tarikh atau hari tersebut sesuai untuk akad nikah? Yang manakah lebih penting, tarikh ataupun hari? Adakah ini disebut di dalam mana-mana hadith?
Terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjwab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Dalam Islam, tidak ada tarikh atau hari tertentu yang melarang seseorang itu untuk bernikah. Tarikh seperti 14, 10 atau 2 tidak ada signikan langsung didalam Islam bagi tujuan mengada majlis akad nikah.
Hari Jumaat, merupakan hari baik bagi orang Islam. Sabda Nabi :saw :-
Secara umumnya, elok juga dilakukan perkara yang baik pada hari Jumaat, seperti akad nikah. Cuma kena pastikan agar ia tidak menyukarkan orang daripada menunaikan solat Jumaat. Tidak ada halangan bagi seseorang itu hendak bernikah pada hari-hari lain.
Begitu juga dengan pemilihan bulan mana yang elok dilakukan pernikahan. Didalan Islam, tidak ada hari atau bulan yang mendatangkan kesialan kepada umatnya. Kesemua kejadian alam ini tertakluk kepada ketentuan Allah swt, dan bukannya tarikh-tarikh tertentu. Firman Allah swt :-
"
Anda juga boleh memilih bulan Syawwal untuk melakukan majlis Nikah. Berkata A'isyah ra bahawa Rasulullah :saw menikahinya didalam bulan Syawwal. Berkata Urwah bin Zubair ra :-
Imam Nawawi rh. mengatakan bahawa ini menunjukkan bahawa adalah digalakkan bernikah didalam bulan Syawwal [Sharh Muslim, 9/209].
Diantara perkara yang perlu diambil kira pada masa nikah adalah :-
a. Jadual waktu juru nikah yang ingin melakukan akad nikah. Pastikan dia mempunyai kelapangan.
b. Adalah baik dilakukan pada masa bakal isteri anda suci dari haidh.
c. Pastikan dilakukan nikah tersebut bukan pada waktu solat.
d. Ada juga yang melakukan majlis pernikahan pada masa cuti umum, agar ramai tetamu dapat menghadirinya.
e. Pastikan para jemputan bukan sahaja terdiri dari orang kaya-kaya.
Kesimpulannya, tidak perlulah melihat tarikh mana yang sesuai bagi melakukan akad nikah, kerana mempercayai hari-hari tertentu mendapatan kesialan boleh membawa kepada perbuatan syirik. Eloklah anda melihat kepada tarikh dimana anda boleh mengambil cuti kahwin, tarikh juru nikah lapang, tarikh bila pihak perempuan lapang dan beberapa perkara-perkara yang lain, yang lebih praktikal dan baik untuk difikirkan. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين