Apa hukum wanita belum berkahwin pergi solat berjemaah ke masjid dah perjalannya dilihat oleh kaum lelaki sedang dia sembunyikan perkara2 yang dilarang.
Dan bagaimana pula jika seorang sahabat menegur sahabatnya yang lain ke masjid ketika waktu subuh dan hujan kerana khuatir keselamatan sahabatnya,dia mencadangkan solat berjemaah di rumah sedangkan ke masjid lebih banyak pahala.adakah itu sudah masuk berdosa kerana melarang seseorang ke masjid???
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Tidak dapat dipertikaikan bahawa wanita lebih baik solat dirumah daripada di masjid. Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud bahawa Nabi :saw bersabda :-
Akan tetapi, ini tidak bermakna kaum wanita tidak dibenarkan untuk solat di masjid. Didalam sebuah hadith baginda bersabda : "Jangan melarang wanita kamu dari pergi ke masjid, walaupun rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka" [Hadith Riwayat Abu Daud]. Didalam sebuah riwayat oleh Ibn Umar ra., Nabi :saw telah bersabda :-
Didalam sebuah Riwayat lain, Ibn Umar ra. berkata : Aku telah mendengar bahawa Rasulullah :saw berkata : "Jangan kamu melarang wanita kamu dari pergi ke masjid jika mereka meminta izin dari kamu". Bilaal Ibn Abdullah berkata : "Demi Allah, kita akan menghalang mereka" Ibn Umar terus berhadapan dengannya dan memberitahunya :"Aku memberitahu kamu apa yang Rasulullah :saw kata, dan kamu berkata Demi Allah, kami akan menghalang mereka !!" [Hadith Riwayat Muslim #667].
Ada juga mereka yang menggunakan kenyataan A'isyah ra. bagi menghalang wanita dari pergi ke masjid. Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:
Menurut Abdul Azim Abaadi bahawa sebab mengapa solat dirumah mereka adalah lebih baik kerana ia selamat dari fitnah dan keinginan, Ini adalah kerana selepas kewafatan Nabi :saw wanita telah mula memaparkan perhiasan mereka, maka sebab itulah A'isyah berkata demikian. ['Aun al-Ma'bood, 2/193].
Menurut Ibn Hajar pula : "Kenyataan ini tidak mengatakan dengan jelas bahawa A'isyah telah memberi fatwa bahawa wanita dilarang untuk pergi ke masjid" [Fath al-Bari, ,s 928].
Wanita dibenarkan untuk ke masjid selama-mana dia menjaga 3 syarat :-
a. Hendaklah di menutup aurat
b. Tidak memakai bau-bauan (minyak wangi).
c. Jika dia seorang isteri, hendaklah meminta izin suami
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa pada zaman Nabi :saw, terdapat kaum wanita menyertai solat berjemaah di masjid. Mereka juga menyertai solat Jumaat dan juga Solat Eid. al-Qaradhawi mengatakan bahawa wanita-wanita ini menggunakan pintu yang sama dengan lelaki, sehinggalah Nabi :saw memerintahkan agar pintu tersebut dikhaskan kepada wanita, dan sehingga kini wujud Pintu khas untuk Wanita tersebut.
Tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa para sahabat menghalang wanita dari menunaikan solat dimasjid. Dr Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa adat melarang wanita pergi kemasjid telah bermula zaman baru-baru ini sahaja. Dukacita di maklumkan bahawa ia membawa kesan yang negatif kepada muslimat, dan menjauhkan mereka kebelakang.
Makah Dr Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa, kalaulah wanita itu boleh keluar rumah untuk ke Universiti, bekerja, ke pasar, atau membeli belah dsb, mengapa pula kita hendak menghalang wanita dari pergi ke masjid??
Kesimpulannya, wanita boleh pergi ke masjid dengan emmatuhi syarat-syarat diatas dan Nabi :saw melarang seseorang itu menghalang wanita-wanita dari eprgi ke masjid. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين