SJ-12-0235 : Had Aurat Lelaki Menurut Mazhab ASWJ

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0235 : Had Aurat Lelaki Menurut Mazhab ASWJ

:salam

Seorang kawan saya sangat gemar berseluar pendek terutama ketika bermain bola, di mana permainan itu bukanlah satu pertandingan rasmi bahkan hanyalah permainan riadah biasa di waktu petang. Bila ditanya mengapa tidak berseluar panjang atau seluar yang menutupi bahagian peha? bukan berseluar pendek itu bermakna mendedah aurat?

Jawapan ia beri kepada saya ialah dalam mazhab Maliki peha tidak dikira aurat. Adakah benar dakwaan itu?

terima kasih

SJ-12-0235 : Had Aurat Lelaki Menurut Mazhab ASWJ

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Berikut adalah jawab Syeikh Gayat :-

g@y@t wrote:
Aurat lelaki menurut Jumhur ialah antara pusat dan lutut. Maliki berpendapat paha itu bukan aurat. Namun dalil-dalil hadis memihak kepada kuatnya pendapat jumhur. Dalam menjawab soalan ini, kami akan menjawab berdasarkan hukum membuka aurat ketika bersukan.

Mengikut pendapat alQardhawi, pendedahan aurat dalam sukan adalah suatu yg telah ditimpakan ke atas manusia kerana badan-badan sukan antarabangsa dikuasai oleh bukan Islam atau kemungkinan Yahudi. Umat Islam adalah golongan yg paling teruk akibatnya kerana kebanyakan peraturan sukan tidak memihak kepada agama (syari'at) dan susila kita. Maka umat Islam hendaklah terus melobi badan-badan sukan a/bangsa supaya umat Islam diberi hak- hak mereka dalam menentukan sesuatu yg melibatkan agama mereka salah satunya hak menutup aurat ketika bersukan). Maka dalam keadaan sekarang, umat Islam berada dalam dharurat dan bolehlah mereka berpakaian seperti yg ditetapkan oleh badan dunia itu. Oleh itu, melihatnya juga adalah dibenarkan.

Sheikh Ibn 'Uthaimin pula berpendapat bahawa bersukan dengan membuka aurat adalah haram dan melihatnya juga adalah dilarang.

Saya secara peribadi berpendapat membuka aurat adalah haram. Walau sekalipun ketika bersukan. Ini kerana pada masa kini, boleh sahaja kite memakai underpant panjang di bawah seluar pendek sehingga menutup aurat kita. Pemakaian sebegini setahu saya adalah tidak menyalahi peraturan bolasepak ataupun permaianan lain. Umat Islam seharusnya cuba sedaya upaya utk melaksanakan suruhan Allah, bukannya sentiasa menjadi kemudahan. Allahu'alam

:wassalam

Rujukan

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=2003

Fatawa Islamiyah, Volume 8, Versi English (m/s: 256), Darussalam.

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=11840

Jawapan Syiekh thtl :-

thtl wrote:
:Awrat lelaki menurut 4 madzhab muktabar:

Hanafi dan Syafi'iy: antara pusat dan lutut
Dalil: Hadith Muhammad bin Jahsy (tutuplah pahamu kerana dua paha itu aurat) HR alBukhari (mu'llaq) dan Imam Ahmad

Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya)
Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur:an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan.
(al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam)

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=31280

ps:-

Didalam Kitab al-Majmu' Sharh Muhazzab (3/173] ada menyebut bahawa terdapat 5 pandangan mengenai aurat lelaki.

1. Antara pusat dan lutut adalah aurat, akan tetapi lutut dan pusat bukanlah aurat sebagaimana didalam kitab al-Umm.
2. Kedua-duanya aurat
3. Pusat aurat dan bukan lutut.
4. Terbalik, menurut riwayat al-Rafii, iaitu - lutut aurat dan bukan pusat
5. Aurat hanya Qubul (kemaluan) dan Dubur.

Namun demikian, kita memilih pandangan jumhur dari kalangan ASWJ sebagaimana point no:1; aurat lelaki diantara pusat dan lutut. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين