Jumhur ulama’ menegaskan bahawa wali adalah rukun nikah. Tanpanya tdak sah nikah. Namun Mazhab Hanafi mengatakan nikah tanpa wali itu sah dgn syarat2 tertentu. Namun pendapat yg rajih pada penilaian saya ialah wajibnya wali berdasarkan byk hadis yg menekankan kewajipan wali. Salah satunya ialah:
Abu Musa al-Asy’ari ra menerangkan bhw Rasulullah saw bersabda, “Tiada nkah melainkan dgn wali.”[HR Ahmad Abu Daud, at-Turmudzy dan Ibn Majah]
Imam Asy-Syafi’I dalam al-Umm menegaskan, bahawa wali itu merupakan syarat sah nikah. Namun wali wajib mendapatkan persetujuan dari si gadis sekiranya ingin menikahkannya. Jika tidak dipersetujui, ttp dinkahkan juga, maka gadis tersebut berhak utk menolak nikah tersebut berdasarkan hadis riwayat Jamaah yg mengisahkan Khansa ibn Juzam al-Anshariyah yg dikahwinkan oleh ayahnya sedangkan beliau tidak menyukainya. Khansa kemudian mengadu kpd Rasulullah saw dan baginda membatalka nikah tersebut.
Imam asy-Syafi’I juga mengatakan sekiranya bakal suami itu sekufu, wali tidak boleh menghalangnya. Sekiranya dihalang jua, maka berpindah kuasa wali kpd sultan/pemerintah(wali hakim). Ini berdasarkan kisah Ma’qal bin Yasar yg telah mengahwinkan adiknya, kemudian diceraikan oleh suaminya. Selepas selesai iddah, kedua2nya ingin kembali bersama(nikah semula), tapi dihalang oleh Ma’qal. Dan akhirnya turunlah ayat 232 surah al-Baqarah yg bermaksud:
“Maka jgnlah kamu(para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dgn bakal suami mereka.”
benarkah kisah ini....kenapa banyak yang kata kalau anak gadis dara msti waji taat perintah ayahnya untuk dikahwinkan degan sesiapa
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Kedua-dua kisah yang anda bawakan adalah Sahih, iaitu kisah Khansa' binti Khidam, dan kisah adik perempuan Ma'qil bin Yasar.
Kisah Khansa' binti Khidam al-Ansariyyah direkod dalam Sahih Bukhari (no: 5138, 6945, 6969).
Dan kisah adik perempuan Ma'qil bin Yasar juga direkod dalam Sahih Bukhari (no: 4837).
Dalam dua-dua kes tersebut, perempuan yang mahu dikahwinkan adalah JANDA, bukannya dara. Dalam satu riwayat Bukhari menyebut "Ayahnya mengahwinkannya sedangkan dia seorang janda...".
Begitu juga dalam kes adik perempuan Ma'qil bin Yasar, dia juga telah berkahwin kemudian diceraikan. DItambah lagi, Ma'qil bin Yasar bukanlah wali mujbir, kerana dia berstatus abang, bukan ayah.
Berdasarkan hadis di atas, ulama bersepakat malahan dinukilkan ijmak bahawa seorang wali (bapa) TIDAK HARUS mengahwinkan anak perempuannya yang berstatus janda melainkan dengan izinnya. (Sunan Tirmizi 3/415, Fathul Bari 11/456, 461).
Adapun anak dara, ia masalah khilafiyyah.
Sebahagian imam tidak mensyaratkan keizinan anak dara, spt: Malik, Syafie, Ahmad, Ishaq dan lain-lain. (Sunan Tirmizi 3/415).
Sebahagian ulamapula mensyaratkan keizinan spt Abu Hanifah, Tsauri, Auzaie, dan Abu Tsaur. Imam Tirmizi menukilkan pendapat ini daripada JUMHUR alim ulama. Ia dikuatkan dengan hadis Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak dinikahkan seorang janda melainkan setelah diminta pandangannya. Dan tidak dinikahkan seorang dara melainkan setelah diminta izinnnya". Direkod oleh Bukhari (no: 4843), dan Muslim (no: 1419).
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com