Assalamualaikum,
Ustaz,
Berdasarkan soalan SJ-10-0093:tulang aqiqah.
1. Oleh itu, adakah tulang-tulang aqiqah boleh dibuang direct ke dlm tong sampah?
2. Bagaimana pula tulang daging korban?
3. Harap ustaz terangkan cara terbaik buang tulang-tulang dan cebisan daging aqiqah dan kurban.
Terima kasih.
Salam...
Sepertimana yang telah disebutkan dalam jawapan bagi soalan diURL dibawah :
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36579&sid=0d89ba0882cc088e6e2731ad371f575c
Maka kesimpulannya ialah :
1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah saw agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah yang mesti ditanam.
2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan 'taqarrub' (mendekatkan diri kepada Allah).Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati.Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.
3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam.Ini kerana , setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.
Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah dan sebagainya.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com