Assalamu'alaikum.
Saya ada beberapa persoalan.
1) Bolehkah kita membayar atau memberikan zakat kepada yang berhak menerimanya secara sendiri tanpa melalui amil (pihak tengah)?
2) Seperti yang diketahui, memberikan zakat dalam bentuk makanan asasi adalah lebih afdhal berbanding wang. Dan saya ingin melakukan sebegitu namun jika melalui cara sekarang, saya perlu membayar dalam bentuk wang tunai melalui amil.
Apa yang ingin saya tanya ialah, bolehkah saya memberikan wang kepada penerima tersebut dan menyuruhnya membeli makanan asasi seperti beras? Orang tersebut berada di negeri lain dan tiada cara lain untuk memberikan wang tersebut mlainkan dengan memasukkan wang ke dalam akaun banknya.
3) Apakah hukum membayar zakat melalui SMS?
4) Katakan kadar zakat tahun ini bagi negeri Kelantan adalah RM7.00. Tapi kita membayar lebih daripada nilai tersebut. Apakah status lebihan itu?
Terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Q1 : Adalah menjadi tanggung-jawab Ketua Negara atau pemerintah mengagihkan wang zakat. Jika seseorang itu mengagihkan sendiri, perbuatan tersebut SAH, akan tetapi dikira 'berdosa' kerana dianggap melanggar perintah Ulil Amri sebagaimana Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bab Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian tahun 2006.
Berikut adalah tautan perbincangan mengenai isu tersebut :-
SJ - 2831: Mengagihkan wang zakat sendiri..
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=101&t=16651
Q2 : Berikut merupakan tautan mengenai Zakat Fitrah menggunakan matawang
SJ-11-0251 : Zakat Fitrah dengan makanan bukan matawang?
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=101&t=38700&p=152337
Q3 : Zakat melalui SMS, internet, dsbnya adalah sah, asalkan ia di laksanakan oleh Pusat Zakat Negeri atau pihak Pemeintah.
Q4 : Zakat fitrah yang berlebihan tidak menjadi kesalahan. Lebihan tersebut dianggap sebagai sedekah. WA.
Sila baca juga tautan berikut :-
Agih sendiri zakat?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Sekian, wassalam
خيرالأمين