salam,
jika tidak salah ana,lelaki dan perempuan boleh bergaul untuk belajar.
Namun,apakah pandangan Islam terhadap study group yang bercampur lelaki dan perempuan,jika Islam membenarkannya,apakah ada dalil atau nas,apakah syarat2 yang harus dipatuhi?
dan
jika ada rakan sejantina yang arif dalam bab yang ingin dipelajari,adakah lelaki dan perempuan masih boleh bergaul untuk belajar atau dalam erti kata lain,sengaja mencari pasangan berlawanan jantina untuk belajar.
:salam
Bismillahi wal hamdulillah ,
Apa yang jelas ialah , sekiranya terdapat rakan lelaki yang arif dan tahu tentang sesuatu perkara yang menuntut kita untuk belajar daripada nya , maka secara kaedahnya , kita tidak perlu lagi untuk mencari rakan wanita pula untuk belajar dan melakukan study group dengan nya.Apatah lagi jika apa yang ingin kita pelajari itu boleh kita perolehinya daripada rakan lelaki lain.
Ini kerana wajib ke atas setiap individu Muslim itu agar menjaga dirinya daripada terjebak kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada maksiat dan dosa yang lebih besar.
Firman Allah swt dalam Surah at-Tahrim ayat 6 :
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÞõæÇ ÃóäúÝõÓóßõãú æóÃóåúáöíßõãú äóÇÑðÇ
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
Begitu juga kita dilarang untuk menghampiri kepada jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra’ ayat 32 :
æóáÇ ÊóÞúÑóÈõæÇ ÇáÒøöäóÇ Åöäøóåõ ßóÇäó ÝóÇÍöÔóÉð æóÓóÇÁó ÓóÈöíáÇ
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
Berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita , walaupun dalam jumlah yang ramai dalam proses pembelajaran sebenarnya lebih menjurus kepada keburukan daripada kebaikan.Ingatlah bahawa syaitan akan sentiasa mencari jalan dari sudut mana sekalipun untuk menyesatkan umat manusia.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com