SJ-13-0551 : penggunaan bulan dan bintang pada kubah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0551 : penggunaan bulan dan bintang pada kubah

:salam

saya ada satu soalan berkaitan dengan hukum penggunaan bulan sabit dan bntang sebagai simbol pada kubah masjid...adakah terdapat dalil2 mengenainya...
mohon penjelasan

SJ-13-0551 : penggunaan bulan dan bintang pada kubah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

al-Quran ada membincangkan mengenai kedatangan anak bulan. Firman Allah swt :-

íóÓúÃóáõæäóßó Úóäö ÇáúÃóåöáøóÉö Þõáú åöíó ãóæóÇÞöíÊõ áöáäøóÇÓö æóÇáúÍóÌøö
dir="ltr">"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji " [surah al-Baqarah : 189]

Ia menunjukkan bahawa anak bulan mempunyai hubungan rapat dengan perjalanan waktu manusia. Simbol bulan dan bintang ini mula digunakan semasa bermulanya peperangan Salib dimana ia digunakan pada bendera, baju perang, perisai dan sebagainya.

Simbol bulan dan bintang ini mula digunakan pada minaret selepas zaman kerajaan Othmaniah. Walaubagaimana pun, ini tidak ada kena mengena dengan amalan agama. Tidak ada beza diantara masjid yang mempunyai simbol bulan dan bintang atau pun tidak. Ini hanyalah aspek arkitektur atau seni-bina sahaja. (lihat - Arab News, 11/28/03)

lihat juga perbincangan ditautan berikut :- http://www.islam-qa.com/en/ref/575

Sekian, wassalam

خيرالأمين