SJ-08-0132 : Fidyah selain puasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0132 : Fidyah selain puasa

:salam

kesalahan apakah yang dikenakan fidyah selain daripada puasa?

adakah kalau seseorang yg sudah tua dan mahu bertaubat perlu membayar fidyah mengikut kadar waktu yg ditinggalkan?

org tua2 kita dulu ada membayar fidyah dengan tolak pegi tolak mari beras atas kayu bulat. kirenye kita sedekah kat org itu pastu org tu pulak sedekah balik.....
soalannya adakah benda sebegini terdapat dalam kitab2 fiqah walaupun kitab pondok?
sah atau tidak fidyah tersebut jika kita baru tahu perkara ini?

Re: Fidyah selain puasa

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Selain dari fidyah keatas mereka yang meninggalkan puasa, ada pandangan yang mengatakan bahawa solat yang tertinggal (setelah mati) pun boleh difidyahkan. 15 tahil beras difidyahkan kepada setiap solat yang ditinggalkan. Mazhab Hanafi membenarkan solat orang yang telah mati dibayar fidyah dengan syarat :-

a. Ada wasiat untuk melakukan Fidyah dari orang yang mati.
b. Fidyah menggunakan makanan asasi atau wang.
c. Dikira setiap hari 6 waktu solat, iaitu termasuk solat witir.
d. Tidak boleh melakukan fidyah berpusing (fidyah tarik sorong, sebagaimana soalan anda diatas).

Dikhabarkan oleh Ibnu Basyar, bahawa Imam Syafie didalam Qaul Qadim berkata :-

انه يلزم الولي ان خلف تركة أن تصلي عليه
“ Sesungguhnya perlu bagi wali mengqadha solat sekira simati meninggalkan pesanan”

Didalam keputusan Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 28 Sep, 1981, menyebut “Tiada diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati”.
------------------------

Kepada seseorang yang telah tua, yang tidak mungkin dapat mengqadha’ puasa yang ditinggalkan, bolehlah dia membayar fidyah ikut bilangan hari yang ditinggalkan. Mohon banyak-banyak keampunan dari Allah swt atas puasa-puasa lalu yang telah dia tinggalkan.

Persoalan apakah fidyah ini berganda-ganda? Fatwa Negeri Selangor menyebut : “Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.” Ini juga merupakan pandangan Mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi.
--------------------

Mengenai amalan membayar fidyah berpusing atau tolak-tarik, berikut merupakan petikan dari tautan jawapan yang lalu mengenainya :-

Quote:
Didalam situasi diatas, kalau penerima fidyah memberikan kembali sebagai hadiah kepada pemberi fidyah, dan dilakukan tanpa meletakkan syarat, maka hukumnya harus (boleh). Akan tetapi, jika si pemberi (si Mamat) meletakkan syarat, selepas aku bagi fidyah, engkau kena hadiahkan kepada aku kembali, maka ini tidak dibenarkan! Begitu juga dengan memberi zakat kepada seseorang yang berhutang dengannya, dengan harapan orang tersebut memberikan kembali wang tersebut kepadanya atas dasar membayar hutang. Berkata Imam Nawawi rh :-

أَمَّا إذَا دَفَعَ الزَّكَاةَ إلَيْهِ بِشَرْطِ أَنْ يَرُدَّهَا إلَيْهِ عَنْ دَيْنِهِ فَلَا يَصِحُّ الدَّفْعُ وَلَا تَسْقُطُ الزَّكَاةُ بِالِاتِّفَاقِ
"Akan tetapi jika dia memberi zakat dengan mengenakan SYARAT bahawa dia akan pulangkan balik kepadanya sebagai bayaran hutang, transaksi ini TIDAK Sah dan Zakat tidak terangkat menurut sepakat ulama" [al-Majmu Sharh Muhazzab, 6/198].

SJ-08-0130 : Pembayaran fidyah : Tarik-Sorong bantal
Sumber : http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=39665

Sekian, wassalam

Tautan rujukan fatwa :

1. Fidyah Sembahyang Dan Puasa
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fidyah-sembahyang-dan-puasa-2

2. Hukum Gandaan Fidyah Dan Kifarah
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah

خيرالأمين