:salam
Setengah-setengah lozenges macam Strepsil ada mengandungi alkohol.
Lozenges yang saya dapat dari klinik berjenama "Domidin" tidak ditulis mengandungi alkohol, tetapi Bromide dan Domiphen.
Kalau kena pakaian solat takpe ke bawak solat, since tak tulis ada alkohol?
Atau setiap lozenges itu memang ada alkohol ?
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Menang benar bahawa terdapat beberapa jenama lozenges mengandungi alcohol; 2.4 Dichorobenzly Alcohol 1.2mg. Tidak semua lozenges mengandungi alcohol. Adalah lebih selamat membeli lozenges yang alcohol free.
Secara saintifiknya, alkohol yang ada pada ubat tidaklah sama struktur organik dengan alkohol yang berada didalam Arak; yang dikenali sebagai ethyl alcohol (CH3-CH2-OH).
Menurut Fatwa al-Lajnah al-Daemah (22/110) - secara umumnya, tidak dibenarkan mencampuri ubat dengan bahan yang memabukkan. Akan tetapi jika ia bercampur dengan alkohol dan minum dengan kadar yang banyak, lalu ia memabukkan, maka ia haram digunakan dan haram diminum, samada dengan kadar yang sedikit atau banyak. Jika minum banyak tidak memabukkan, maka dibenarkan menggunakaannya dan meminumnya.
Berkata Syeikh Ibn Utsaimin : mengenai beberapa ubat yang mengandungi alkohol, jika kesan alkohol tersebut dapat dilihat didalam bentuk yang memabukkan, maka hukumnya haram. Akan tetapi jika tiada kesan dilihat, dan alkohol hanya diletakkan sebagai preservative, maka tidak ada masalah menggunakannya [Liqaa’aat il-bab il-Maftuhah, 3/231].
Kedua-dua Fatwa diatas ini dibina diatas hadith Nabi :saw :-
ما أسكر كثيرة فقليله حرام
“Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, maka jumlah yang sedikit pun adalah haram” [Riwayat Tirmudzi]
Domiphen Bromide adalah sejenis antiseptik, dan ia bukanlah najis. Jika terkena baju boleh di bawa didalam solat.
Sekian, wassalam
خيرالأمين