Panduan Pencegahan Jenayah: PECAH RUMAH

Primary tabs

CARA MENCEGAHNYA:
Perlindungan SECARA FIZIKAL
·    Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
·   Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
·    Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
·   Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.

·   Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
·   Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

Langkah berjaga-jaga
·   Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
·   Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
·    Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
·    Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
·   Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
·   Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
·   Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
·   Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

Artikel asal: http://www.rmp.gov.my/base.cfm?path=news/news_page.cfm?action=action&type=