Seperti yg kita tahu… suara kita orang lelaki adalah lebih kasar daripada org perempuan.. tapi… lelaki boleh menghaluskan suaranya dengan mengeluarkan suara bernada tinggi yang seakan-akan perempuan… penyanyi-penyanyi nasyid sering menyanyikan lagu-lagu seperti ini untuk menghasilkan gabungan tiga suara… iaitu suara bass… suara normal… dan suara yang saya maksudkan itu… Soalannya… adakah perbuatan itu juga dikatakan termasuk dalam golongan menyerupai perempuan… seperti yg ditegah keras oleh Nabi Muhammad S.A.W.? Saya pernah menyuarakan ttg hal ini kepada sahabat saya yang merupakan salah seorang daripada ahli pasukan nasyid itu… dan beliau mengatakan kepada saya yang sesuatu yang kita lakukan itu adalah bergantung kepada niat… Saya katakana pula kepadanya yang kita perlu ingat bahawa matlamat tidak boleh menghalalkan cara…. Jadi, apa pandangan ustaz?
Sumber Rujukan Islam Anda..
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2225 : HARAMKAH SUARA HALUS DI DALAM NASYID ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VHoutenJr di atas soalan tersebut .
Biasanya di dalam kumpulan nasyid terdapat berbagai-bagai cara , suara dan taktik untuk mengalunkan sesebuah nasyid . Si Penyanyi Utama sudah tentulah akan menyampaikannya secara suara solo dan utama . Manakala , dia dibantu juga oleh beberapa ahli kumpulan tersebut dengan “ suara besar “ ( bass ) , suara mengajuk dan “ suara harmoni “ ( agaknya , inilah yang dipanggil sebagai suara halus oleh saudara ) . Ianya tidak ubah seperti sebuah radio yang mempunyai sebuah sistem equalizer / amplifier yang bagus , yang ada butang-butang pengawal sistem mega bass , bass , balance , pich , tweeter , mono , stereo dan sebagainya . Dan setiap butang itu mempunyai fungsi tersendiri di dalam menghasilkan bunyi audio yang terbaik .
Itu adalah sejenis alat yang dicipta oleh manusia . Bagaimana pula dengan manusia yang merupakan makhluk terbaik ciptaan Allah Ta’ala ? . Tentu kita juga mendapati di dalam batang tubuh seorang manusia itu sendiri terdapat berbagai kepandaian , bakat dan keistimewaan . Dan seseorang insan itu juga sebenarnya mempunyai berbagai suara .
Lihatlah sahaja suara dan cara bercakap . Sudah tentu cara dia bercakap dengan kawan-kawannya berbeza dengan cara dia bercakap dengan kedua ibu-bapanya dan anak-anaknya .
Kalau pun dia itu seorang lelaki yang mempunyai suara yang gagah dan kuat , akan tetapi sudah pasti ketika dia menolong isterinya mendodoikan anaknya , si lelaki itu tidak akan menggunakan suaranya yang gagah dan kuat , bahkan akan menggunakan suara yang halus dan lembut , yang sesuai dengan cara mendodoikan anak .
Begitu juga jika kita sering memerhatikan alam sekitar termasuk gelagat manusia yang berbagai-bagai , kita tentu akan mendapati suara seseorang lelaki yang kasar dan keras itu tidak semestinya begitu tatkala dia menyanyi ataupun mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .
Saya sendiri mempunyai ramai teman-teman daripada bangsa Arab . Lelaki Arab ini biasanya terkenal dengan suara mereka yang keras , kuat dan tinggi . Akan tetapi ada di kalangan mereka yang apabila membaca ayat-ayat suci Al-Quranul Karim , suara yang mereka gunakan ketika itu tidak sama langsung dengan suara mereka apabila berbicara dengan saya .
Cuba dengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim yang dialunkan oleh Syeikh Hani Rifa’ie ( ha ) daripada Arab Saudi . Saya pasti suara beliau ketika membaca Al-Quranul Karim tidak sama dengan suaranya ketika bercakap ataupun berpidato .
Lihat pula kepada Seniman Agung Malaysia , Allahyarham Tan Sri P. Ramlee , suaranya ketika bercakap dengan heroinnya tidak sama dengan suaranya ketika bercakap dengan Allahyarham M. Zain , ataupun ketika bercakap dan bergurau dengan S. Shamsuddin dan Aziz Satar . Bahkan suaranya sendiri berbeza tatkala beliau melaungkan azannya di dalam “ Semerah Padi “ . Kalau ditanya suara siapakah itu yang berbagai ? . Tentu para penonton sendiri akan menjawab suara yang berbagai itu sendiri dimiliki oleh P. Ramlee.
Pernahkah saudara menyertai pertandingan bahas ataupun pidato ( di dalam B. Melayu ) ?. Ataupun pernahkah saudara belajar mengenai kedua-duanya ? . Jika pernah ( ataupun saudara seorang yang peka ) tentu saudara akan dapati suara yang digunakan oleh seseorang yang sedang berpidato dan berbahas berbeza dengan suara normalnya . Suara yang digunakan ketika berpidato seolah-olah suara harmoni di dalam nasyid / lagu , iaitu suara yang halus dan gemersik ( tapi kuat dan gagah ) . Mengapa pula begitu ? . Jawapannya itulah seni dan bakat , serta taktik dan strategi yang semuanya itu merupakan kurniaan Allah Ta’ala bagi manusia .
Berbalik kepada masalah asal : “ ADAKAH SESEORANG LELAKI YANG BERNASYID , YANG MENGGUNAKAN SUARA HARMONI ITU DIANGGAP MENYERUPAI SESEORANG WANITA ? “ .
Jawapannya sudah tentu tidak !, sebab itu adalah seni nasyid . Lagipun tidak semestinya suara halus itu adalah suara wanita , bahkan seorang budak lelaki yang masih belum akil baligh pun mempunyai suara seperti itu .
Niat juga diambil kira di dalam permasalahan seperti ini , jika dia berniat untuk menyampaikan suara harmoni itu sebagai salah-satu variasi teknik penyampaian nasyid , dan bukan untuk meniru-niru gaya seorang wanita , maka tidaklah mengapa .
Jika kita katakan HARAM dia berbuat begitu walaupun niatnya bukan untuk meniru , maka sepatutnya kita juga tetap mengatakan haram bagi lelaki-lelaki yang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dengan tidak menggunakan suara normalnya . Dan sudah tentu kita juga terpaksa minta mana-mana mufti untuk mengharamkan bacaan yang diperdengarkan oleh Syeikh Hani Rifa’ie ( kerana beliau membaca Al-Quran dengan menggunakan suara halus yang seakan-akan suara harmoni ) . Tapi adakah ini munasabah !? .
Adapun kaedah “ MATLAMAT YANG BAIK TIDAK MENGHARUSKAN SEMUA CARA ( TERMASUK CARA YANG HARAM ) “ sekali-kali tidaklah dapat digunakan di dalam mengharamkan suara harmoni di dalam bernasyid ini . Kerana asal suara harmoni itu sendiri bukanlah HARAM dan ia sendiri bukanlah suara yang digunakan untuk meniru-niru seseorang wanita , bahkan ia adalah satu bentuk seni suara dan paduan suara di dalam menghasilkan sesebuah nasyid yang sedap didengar oleh para pendengar .
Jadi , hukum suara harmoni itu tetap sebagai mana asalnya ( selagi ianya tidak diniatkan untuk meniru-niru gaya wanita ) . Dan hukum-hakam asal bagi setiap perkara duniawi ( yang bukan berbentuk ibadah khas ) adalah HARUS selagi tidak ada sebab-sebab musabab ( dari segi syariah ) yang boleh mengubah hukum harus ini kepada selainnya .
Semoga ada manfaatnya daripada jawapan ini . Amin .
****************************************
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
1 / Dzulhijjah / 1423 H
2/ Febuari / 2003 M
AHAD – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum