(1) Pembunuhan itu ada tiga jenis, iaitu:
1. Amdun mahdun, iaitu: Pembunuhan dengan niat/disengajakan
2. Khata’un mahdun, iaitu: Pembunuhan tanpa niat
3. Amdun khatha’, iaitu: Pembunuhan separuh sengaja
(2) Pembunuhan dengan niat/disengajakan ialah apabila pembunuh dengan sengaja membunuh alat yang biasanya boleh membawa kepada kematian. Pembunuhan itu dilakukan dengan niat membunuh.
(3) Pembunuhan dengan niat/disengajakan hukumannya ialah wajib dihukum mati (al-qawad)
(4) Jika waris mangsa pembunuhan memaafkannya, maka pembunuh wajib dikenakan diyat mughallazhah/pampasan berat secara tunai yang diambil dari harta pembunuh.
(5) Manakala pembunuhan tanpa niat ialah seperti seseorang melempar ke arah sesuatu dan tersasar terkena seseorang lalu membunuhnya.
(6) Pembunuhan tanpa niat tidak dikenakan hukuman bunuh/qawad, namun dia wajib membayar diyat mukhaffafah / pampasan ringan yang ditanggung pembayarannya oleh ahli waris pembunuh yang perlu dibayar dalam tempoh tiga tahun.
(7) Pembunuhan separuh sengaja ialah bila seseorang secara sengaja memukul seseorang yang lain dengan sesuatu yang menurut kebiasaannya tidak menyebabkan kematian. Mangsa mati akibat pukulan berkenaan.
(8) Pembunuhan separuh sengaja tidak dikenakan hukuman mati/qawad, namun dia wajib membayar diyat mughallazhah / pampasan berat yang wajib ditanggung oleh ahli warisnya dalam tempoh tiga tahun.
(9) Syarat-syarat wajibnya qisas itu ada empat, yaitu:
1. Pembunuh sudah baligh.
2. Berakal.
3. Pembunuh bukan ibubapa kepada yang dibunuh.
4. Orang yang dibunuh tidak kurang nilainya daripada pembunuh, karena kufur atau hamba.
(10) Mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap seorang dikenakan hukuman mati semuanya.
(11) Setiap dua orang yang boleh berlaku hukum qisas nyawa antara keduanya, berlaku juga hukum qisas terhadap anggota tubuh badan.
(12) Selain syarat-syarat di atas, terdapat dua syarat lain untuk qisas anggota tubuh badan iaitu:
1. Terdapat persamaan pada nama tertentu, seperti anggota kanan dengan anggota yang kanan, dan anggota yang kiri dengan anggota yang kiri.
2. Tidak terdapat kelumpuhan pada salah satu dari anggota tubuh.
(13) Setiap anggota tubuh yang dipotong dari ruas atau sendi, maka padanya berlaku hukum qisas.
(14) Dan tidak dihukum qisas pada luka-luka melainkan melainkan pada luka mudhihah iaitu luka yang menembusi lapisan antara daging dan tulang serta menampakkan tulang berkenaan.