Tembelang Buku Hakikat Insan lahir ekoran karya Ahmad Laksamana yang didapati menyeleweng daripada ajaran akidah Islam yang sebenar iaitu mengenai ajaran Batiniyah dan Wahdat al-Wujud. Buku ini diterbitkan khusus untuk memperbetulkan segala penyelengan yang dilakukan oleh penulis buku asal baik dari segi ajaran Batiniyah dan Wahdat al-Wujud mahupun kesalahan menterjemah dan juga mentakwil ayat-ayat al-Quran.
Ia juga untuk mengelakkan orang ramai dari tersalah faham tentang agama Islam yang sebenar khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan akidah seterusnya memberi panduan kepada pembaca untuk menolak pendapat yang terkandung dalam buku asal.
Tajuk buku: Tembelang Hakikat Insan
Penulis: Prof Dr Abdul Fatah Haron Ibrahim
Terbitan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Halaman: 137
Cetakan Pertama 2003
Fatwa berkaitan buku Hakikat Insan: [LINK]:
Tarikh Keputusan: 12 Oct, 1997
Huraian Tajuk/Isu:
Buku yang bertajuk 'Hakikat Insan' karangan Haji Ahmad Laksamana, Kota Bharu, Kelantan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 1 Jan, 1998
Nombor Rujukan: S.S.M..Phg. 04/010/97;M.U.I.Ph
Akta/Enakmen: 9
Petikan dari buku Tembelang Buku Hakikat Insan: