Al-Syama'il: Bab 35. Cara Rasulullah Ketawa (9 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

35

Cara Rasulullah Ketawa (9 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي ضَحِكِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

227

1. Jabir bin Samurah bercerita:

Kedua-dua betis Rasulullah tidak besar dan sesuai dengan bentuk tubuhnya. Beliau tidak tertawa,, cukup sekadar tersenyum. Jika aku memandang Rasulullah, hatiku berkata, ‘Betapa hitam pelupuk mata beliau, padahal beliau tidak bercelak.’ (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ: " كَانَ فِي سَاقَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُمُوشَةٌ، وَكَانَ لَا يَضْحَكُ إِلَّا تَبَسُّمًا، فَكُنْتُ إِذَا نَظَرْتُ إِلَيْهِ قُلْتُ: أَكْحَلُ الْعَيْنَيْنِ وَلَيْسَ بِأَكْحَلَ "

228

2. Abdullah bin al-Harits berkata:

Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ جَزْءٍ، أَنَّهُ قَالَ: «مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَكْثَرَ تَبَسُّمًا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

229

3. Abdullah bin al-Harits berkata:

Rasulullah tidak ketawa, cukup sekadar tersenyum. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ: «مَا كَانَ ضَحِكُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا تَبَسُّمًا» قَالَ أَبُو عِيسَى: «هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ لَيْثِ بْنِ سَعْدٍ»

230

4. Abu Dzar berkata:

Rasulullah berkata, “Sesungguhnya, aku tahu orang yang pertama masuk ke dalam syurga dan yang pal­ing akhir keluar dari neraka. Pada hari kiamat nanti, 'seseorang akan dipanggil lalu perintah diberikan kepada malaikat, ‘Tunjukkanlah kepadanya dosa-dosa kecil yang sudah dia lakukan dan sembunyikanlah dosa-dosa besarnya.’ Orang itu akan ditanya, ‘Pada hari sekian... kamu telah melakukan ini... dan ini....’ Dan orang itu akan mengakui semuanya. Pada masa yang sama, dia juga berasa bimbang dengan dosa-dosa besarnya. Selepas itu, perintah yang selanjutnya (kepada malaikat), ‘Berikanlah kepada dia pahala kebaikan bagi menggantikan setiap kesalahan yang dilakukannya.’ Orang itu akan berkata, ‘Sesungguh­nya masih ada lagi dosa-dosaku yang tidak diperlihatkan.’

Abu Dzar berkata, “Pada masa itu, aku melihat Rasulullah tertawa sehingga ternampak gigi geraham beliau.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنِّي لَأَعْلَمُ أَوَّلَ رَجُلٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَآخَرَ رَجُلٍ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ، يُؤْتَى بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ: اعْرِضُوا عَلَيْهِ صِغَارَ ذُنُوبِهِ وَيُخَبَّأُ عَنْهُ كِبَارُهَا، فَيُقَالُ لَهُ: عَمِلْتَ يَوْمَ كَذَا وَكَذَا كَذَا، وَهُوَ مُقِرٌّ لَا يُنْكِرُ، وَهُوَ مُشْفِقٌ مِنْ كِبَارِهَا فَيُقَالُ: أَعْطُوهُ مَكَانَ كُلِّ سَيِّئَةٍ عَمِلَهَا حَسَنَةً، فَيَقُولُ: إِنَّ لِي ذُنُوبًا مَا أَرَاهَا هَهُنَا " قَالَ أَبُو ذَرٍّ: فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ

231

5. Jarir bin Abdullah berkata:

Semenjak aku memeluk Islam, Rasulullah tidak pernah menghalang aku mengunjungi beliau.  Apabila melihatku, beliau selalu tersenyum. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: «مَا حَجَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْذُ أَسْلَمْتُ وَلَا رَآنِي إِلَّا ضَحِكَ»

232

6. Jarir bin Abdullah berkata:

Rasulullah tidak pernah menghalang aku mengun­jungi beliau. Semenjak aku memeluk Islam, beliau selalu memandangku dengan senyuman. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

عَنْ جَرِيرٍ قَالَ: «مَا حَجَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا رَآنِي مُنْذُ أَسْلَمْتُ إِلَّا تَبَسَّمَ»

233

7. Abdullah bin Mas’ud melaporkan, Rasulullah berkata:

Sesungguhnya, aku mengetahui penghuni neraka yang paling akhir keluar, iaitu seseorang yang keluar dari situ dengan merangkak. Lalu, dia mendapat perintah, “Pergilah ke syurga.” Orang itu pun pergi ke syurga. Namun, dia melihat sudah ada orang di rumah-rumah yang ada di syurga. Dia mengadu ke­pada Tuhannya, “Wahai Tuhanku, sudah ada orang di rumah-rumah itu.”

 

Orang itu ditanya, “Adakah kamu ingat kehidupanmu semasa di dunia?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu dia diperintahkan kepadanya, “Bayangkanlah (kemahuanmu)!” Orang itu pun membayangkan keinginannya. Kemudian, Tuhan berkata kepadanya, “Kamu mendapat apa yang kamu mahukan, bahkan sepuluh kali ganda daripada yang ada di dunia.” Orang itu membalas, “Wahai Tuhanku! Adakah Engkau sedang mempermain-mainkan aku, padahal Engkaulah Sang Penguasa?”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Ketika itu, aku melihat Rasulullah tertawa sehingga terlihat gigi geraham beliau.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنِّي لَأَعْرفُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا، رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنْهَا زَحْفًا، فَيُقَالُ لَهُ: انْطَلِقْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ " قَالَ: " فَيَذْهَبُ لِيَدْخُلَ الْجَنَّةَ، فَيَجِدُ النَّاسَ قَدْ أَخَذُوا الْمَنَازِلَ، فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، قَدْ أَخَذَ النَّاسُ الْمَنَازِلَ، فَيُقَالُ لَهُ: أَتَذْكُرُ الزَّمَانَ الَّذِي كُنْتَ فِيهِ، فَيَقُولُ: نَعَمْ " قَالَ: " فَيُقَالُ لَهُ: تَمَنَّ " قَالَ: " فَيَتَمَنَّى، فَيُقَالُ لَهُ: فَإِنَّ لَكَ الَّذِي تَمَنَّيْتَ وَعَشَرَةَ أَضْعَافِ الدُّنْيَا ‍ " قَالَ: " فَيَقُولُ: تَسْخَرُ بِي وَأَنْتَ الْمَلِكُ "  قَالَ: فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ

234

8. Ali bin Rabi’ah berkata:

Aku melihat Ali mendapat seekor haiwan sebagai tunggangannya. Semasa Ali menginjakkan kakinya di pelana, beliau menyebut nama Allah. Sesudah berada di atas tunggangannya, beliau membaca hamdalah. Kemudian, beliau membaca doa menaiki kenderaan, “Subhanalladzi sakhkhara lana hadza wama kunna lahu muqrinina wainna ila Rabbina la munqalibun.” [Maha Suci Engkau yang menundukkan semua ini untuk kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menguasainya dan sesungguhnya hanya kepada kami akan kembali kepada Tuhan kami. Surah az-Zukhruf ayat 13-14]

 

Selepas itu, Ali mengucapkan hamdalah sebanyak tiga kali, takbir tiga kali juga, dan berdoa, “Maha Suci Engkau, ya Allah! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, oleh itu ampunkanlah aku. Sesungguhnya, hanya Engkau yang dapat mengampuni dosa kami.”

Kemudian,  Ali tertawa. Lalu aku pun bertanya kepadanya, “Wahai Amirul Mu’minin, mengapakah tuan tertawa?” Ali menjawab, “Aku melihat Rasu­lullah melakukan sama seperti yang aku lakukan tadi, lalu beliau tertawa. Aku pun bertanya kepada beliau, ‘Mengapakah kamu tertawa, wahai Rasulull­ah?’ Jawab beliau, ‘Sesungguhnya, Tuhanmu kagum kepada hambaNya yang berdoa, Wahai Tuhanku! Ampunilah dosa-dosaku, dan dia menyedari hanya Allah sahaja yang dapat mengampuni segala dosa.’” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنْ عَلِيِّ بْنِ رَبِيعَةَ قَالَ: شَهِدْتُ عَلِيًّا، أُتِيَ بِدَابَّةٍ لِيَرْكَبَهَا فَلَمَّا وَضَعَ رِجْلَهُ فِي الرِّكَابِ قَالَ: بِسْمِ اللَّهِ، فَلَمَّا اسْتَوَى عَلَى ظَهْرِهَا قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ، ثُمَّ قَالَ: {سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ} [الزخرف: 13] {وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ} [الزخرف: 14] . ثُمَّ قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ ثَلَاثًا، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ثَلَاثًا، سُبْحَانَكَ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، ثُمَّ ضَحِكَ. فَقُلْتُ لَهُ: مِنْ أَيِّ شَيْءٍ ضَحِكْتَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ؟ قَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَنَعَ كَمَا صَنَعْتُ ثُمَّ ضَحِكَ فَقُلْتُ: مِنْ أَيِّ شَيْءٍ ضَحِكْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: " إِنَّ رَبَّكَ لَيَعْجَبُ مِنْ عَبْدِهِ إِذَا قَالَ: رَبِّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ غَيْرُكَ "

 

9. Amr bin Sa’ad bin Abi Waqqash berkata:

Sa’ad bin Abi Waqqash berkata, “Aku melihat Rasu­lullah tertawa semasa Perang Khandaq sehingga terlihat gigi geraham beliau.”

 

Lalu aku bertanya, “Apakah yang membuatkan beliau tertawa?”

 

Ayahku menjawab, “Ada seorang lelaki memegang perisai. Ketika itu, Sa’ad bertugas sebagai pemanah. Lelaki itu ber­kata (sambil menunjukkan ke kanan dan ke kiri) begini... dan begini..., sedangkan perisai menutupi dahinya. Lalu, Sa’ad mengambil anak panahnya. Apabila lelaki itu mengangkat kepalanya, Sa’ad melepaskan anak panah dan tepat mengenai dahinya. Lelaki itu terjatuh dengan kakinya terangkat ke atas. Rasulullah tertawa sehingga terlihat gigi geraham beliau.

 

Aku bertanya, “Apakah yang membuatkan Rasulull­ah tertawa?” Jawab ayahku, “Perbuatan Sa’ad kepada lelaki itu.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: قَالَ سَعْدٌ: لَقَدْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ. قَالَ: قُلْتُ: كَيْفَ كَانَ؟ قَالَ: كَانَ رَجُلٌ مَعَهُ تُرْسٌ، وَكَانَ سَعْدٌ رَامِيًا، وَكَانَ يَقُولُ كَذَا وَكَذَا بِالتُّرْسِ يُغَطِّي جَبْهَتَهُ، فَنَزَعَ لَهُ سَعْدٌ بِسَهْمٍ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ رَمَاهُ فَلَمْ يُخْطِئْ هَذِهِ مِنْهُ - يَعْنِي جَبْهَتَهُ - وَانْقَلَبَ الرَّجُلُ، وَشَالَ بِرِجْلِهِ: «فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ» . قَالَ: قُلْتُ: مِنْ أَيِّ شَيْءٍ ضَحِكَ؟ قَالَ: مِنْ فِعْلِهِ بِالرَّجُلِ

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014