Al-Syama'il: Bab 45. Tangisan Rasulullah (6 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

45

Tangisan Rasulullah (6 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي بُكَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

323

1. Abdullah asy-Syikhkhir berkata:

Aku mengunjungi Rasulullah semasa Baginda sedang solat. Pada masa itu, terdengar tangisan Baginda yang berbunyi seperti air sedang menggelegak. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ مُطَرِّفٍ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: «أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُصَلِّي وَلِجَوْفِهِ أَزِيزٌ كَأَزِيزِ الْمِرْجَلِ مِنَ الْبُكَاءِ»

324

2. Abdullah bin Mas’ud berkata:

Rasulullah berkata kepadaku, “Bacakanlah Quran kepadaku!” Aku menjawab, “Wahai Rasulullah! Adakah aku layak membacakannya kepadamu, padahal ia diturunkan kepadamu?” Jawab Rasulullah, “Aku suka mendengar bacaan selain diriku sendiri.” Aku membacakan surah an-Nisa'. Apabila sampai pada ayat “...dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini”, aku melihat kedua-dua mata Rasulullah basah oleh air mata. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اقْرَأْ عَلَيَّ» فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَقَرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ: «إِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي» ، فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ، حَتَّى بَلَغْتُ {وَجِئِنَا بِكَ عَلَى هَؤُلَاءِ شَهِيدًا} [النساء: 41] قَالَ: فَرَأَيْتُ عَيْنَيْ رَسُولِ اللَّهِ تَهْمِلَانِ

325

3. Abdullah bin Amru berkata:

Pada suatu hari pada zaman Rasulullah, berlaku gerhana matahari. Rasulullah mendirikan solat gerhana. Baginda berdiri lama dalam solatnya sehingga hampir tidak rukuk. Baginda rukuk begitu lama sehingga hampir tidak i’tidal. Baginda berdiri i’tidal begitu lama sehingga hampir tidak sujud. Kemudian, Baginda sujud. Sujudnya lama sehingga hampir tidak bangun. Apabila bangun, Baginda membaca doa ini dengan suara yang tersekat-sekat kerana menangis, “Wahai Tuhanku, bukankah Engkau sudah berjanji tidak menyeksa mereka semasa aku masih berada bersama mereka? Wahai Tuhanku, bukankah Engkau sudah berjanji tidak menyeksa mereka yang memohon ampun kepadaMu? Sekarang, kami sedang memohon ampun daripada-Mu.

Apabila Rasulullah selesai solat, matahari terang semula. Baginda bangun dan memuji Allah, lalu berkata, “Sesungguhnya, matahari dan bulan adalah antara tanda kekuasaan Allah. Gerhana tidak berlaku disebabkan oleh kematian ataupun kelahiran sesiapa. Apabila berlaku gerhana, berzikirlah dengan menyebut nama Allah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: انْكسفَتِ الشَّمْسُ يَوْمًا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي، حَتَّى لَمْ يَكَدْ يَرْكَعُ ثُمَّ رَكَعَ، فَلَمْ يَكَدْ يَرْفَعُ رَأْسَهُ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ، فَلَمْ يَكَدْ أَنْ يَسْجُدَ، ثُمَّ سَجَدَ فَلَمْ يَكَدْ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ، فَلَمْ يَكَدْ أَنْ يَسْجُدَ، ثُمَّ سَجَدَ فَلَمْ يَكَدْ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ، فَجَعَلَ يَنْفُخُ وَيَبْكِي، وَيَقُولُ: «رَبِّ أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لَا تُعَذِّبَهُمْ وَأَنَا فِيهِمْ؟ رَبِّ أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لَا تُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ؟ وَنَحْنُ نَسْتَغْفِرُكَ» . فَلَمَّا صَلَّى رَكْعَتَيْنِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَقَامَ فَحَمِدَ اللَّهَ تَعَالَى وَأَثْنَى عَلَيْهِ، ثُمَّ قَالَ: «إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا انْكَسَفَا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ تَعَالَى»

326

4. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah mengangkat cucunya yang hampir meninggal dunia Ialu diletakkan di pangkuan Baginda. Cucunya meninggal di pangkuan Rasulullah. Ummu Aiman menangis dengan kuat. Rasulullah menegurnya, “Wahai Ummu Aiman, mengapakah kamu menangis di hadapan Rasulullah?” Ummu Aiman menjawab, “Bukankah engkau pernah menangis?” Rasulullah berkata, “Aku bukanlah menangis, tetapi ia adalah tangisan rahmat. Sesungguhnya orang beriman selalu dalam keadaan baik pada setiap keadaan, sehingga jika nyawanya sedang dicabut pun dia tetap memuji Allah. (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ahmad)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ابْنَةً لَهُ تَقْضِي فَاحْتَضَنَهَا فَوَضَعَهَا بَيْنَ يَدَيْهِ فَمَاتَتْ وَهِيَ بَيْنَ يَدَيْهِ وَصَاحَتْ أُمُّ أَيْمَنَ فَقَالَ - يَعْنِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «أَتَبْكِينَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ؟» فَقَالَتْ: أَلَسْتُ أَرَاكَ تَبْكِي؟ قَالَ: «إِنِّي لَسْتُ أَبْكِي، إِنَّمَا هِيَ رَحْمَةٌ، إِنَّ الْمُؤْمِنَ بِكُلِّ خَيْرٍ عَلَى كُلِّ حَالٍ، إِنَّ نَفْسَهُ تُنْزَعُ مِنْ بَيْنِ جَنْبَيْهِ، وَهُوَ يَحْمَدُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ»

327

5. Aisyah berkata:

Rasulullah mencium Utsman bin Mazh’un yang sudah meninggal dengan air mata yang berlinangan. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

عَنْ عَائِشَةَ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ عُثْمَانَ بْنَ مَظْعُونٍ وَهُوَ مَيِّتٌ وَهُوَ يَبْكِي» أَوْ قَالَ: «عَيْنَاهُ تَهْرَاقَانِ»

328

6. Anas bin Malik berkata:

Kami menyaksikan pengebumian seorang anak perempuan Rasulullah. Baginda duduk di tepi kubur dengan air mata yang berlinangan. Rasulullah bertanya, “Siapakah yang tidak bersetubuh dengan isterinya malam tadi?” Abu Thalhah menjawab, “Aku.” Rasulullah berkata, “Turunlah ke liang lahad.” Abu Thalhah menurut perintah Rasulullah dan turun ke liang lahad. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Ahmad)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: شَهِدْنَا ابْنَةً لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَسُولُ اللَّهِ جَالِسٌ عَلَى الْقَبْرِ فَرَأَيْتُ عَيْيَنْهِ تَدمَعَانِ، فَقَالَ: «أَفِيكُمْ رَجُلٌ لَمْ يُقَارِفِ اللَّيْلَةَ؟» قَالَ أَبُو طَلْحَةَ: أَنَا قَالَ: «انْزِلْ» فَنَزَلَ فِي قَبْرِهَا

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014