(Ringkasan Sirah) 4. Kematian Ibunya dan Pengasuhnya

Primary tabs

Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan Zainudin bin Yusro

4. Kematian Ibunya dan Pengasuhnya

  1. Ibu baginda s.a.w. meninggal dunia ketiga baginda s.a.w. berusia 6 tahun, ketika ibunya pulang dari Madinah.
  2. Ibunya pergi ke Madinah bersama datuknya Abdul Mutalib untuk menziarahi kubur ayahnya.
  3. Ibunya telah dikebumikan di Abwa’, iaitu sebuah kampung yang berada di antara Mekah dan Madinah.
  4. Baginda s.a.w. diasuh oleh Ummu Aiman, hamba ayahnya Abdullah.

Soalan-soalan

  • Bilakah ibu baginda s.a.w. meninggal dunia?
  • Mengapa ibunya pergi ke Madinah?
  • Di manakah ibunya dikebumikan?
  • Siapakah yang mengasuh baginda s.a.w. selepas kematian ibunya?

Ringkasan

  • Ketika baginda s.a.w. berusia 6 tahun, ibunya telah meninggal dunia.
  • Jenazahnya telah dikebumikan di Abwa’.
  • Kemudian baginda s.a.w. diasuh oleh Ummu Aiman, hamba ayahnya.