Memahami Apa Itu Khunsa (خُنْثَى) dan Mukhannas (مُخَنَّث)
Susunan oleh: Zainudin bin Yusro
Apakah khunsa sama dengan pondan, mak nyah dan lelaki lembut?
Definisi khunsa
- Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah menyatakan:
- Dari segi bahasa: Yang tidak murni lelaki dan tidak juga murni wanita. Atau seseorang yang mempunyai semua yang ada pada lelaki dan semua yang ada pada wanita dari sudut kelembutan.
- Dari segi istilah syarak: Mereka yang mempunyai dua alat kelamin, iaitu alat kelamin lelaki dan wanita, atau mereka yang tidak mempunyai kedua-dua alat kelamin berkenaan, tetapi mempunyai lubang untuk kencing.
- Al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ (bab mirats ‘ashobah) menyatakan, khunsa ialah mereka yang mempunyai kemaluan lelaki dan kemaluan wanita.
- Menurut al-Imam al-Sayuthi, jika disebut lafaz ‘khunsa’ secara mutlak, ia bermaksud khunsa musykil.
Mukhannas (Lelaki Berperwatakan Wanita) Bukan Khunsa
- Menurut Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah ini lagi, khunsa itu tidak sama dengan lelaki lembut atau lelaki yang berpewatakan wanita. Lelaki begini dinamakan sebagai mukhannas.
- Mukhannas ialah lelaki yang menyerupai wanita lemah gemalainya, tutur katanya, cara melihatnya, pergerakannya dan seumpamanya.
- Mukhannas bukanlah khunsa mereka adalah lelaki.
- Terdapat hadis-hadis sahih dari Nabi s.a.w. yang melaknat mukhannas. Antaranya adalah riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Daud.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ
Terjemahan: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w. melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan perempuan yang menyerupai laki-laki (al-Bukhari)
- Terdapat dua jenis mukhannas:
- Pertama: Mereka yang asal kejadiannya adalah begitu, iaitu lembut, gemalai dengan gaya seperti wanita.
- Golongan ini tidak berdosa dan tidak dilaknat.
- Pertama: Mereka yang asal kejadiannya adalah begitu, iaitu lembut, gemalai dengan gaya seperti wanita.
- Kedua: Mereka yang asal kejadiannya bukan seperti wanita tetapi mereka meniru dan bergaya serta berlagak seperti wanita, termasuk gerak-gerinya dan tutur katanya.
- Mereka inilah yang golongan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.
Hukum-hakam Yang Berkaitan Dengan Jantina
- Oleh kerana khunsa mempunyai dua alat kelamin atau tiada alat kelamin samasekali, jadi, apa status jantina mereka?
- Menentukan apa jantina mereka sangat penting kerana ia membabitkan hukum-hakam Islam yang berkaitan dengan perbezaan jantina antara lelaki dan wanita. Bermula dari hukum-hakam taharah, solat, dan ibadah lainnya sehinggalah kepada hukum-hakam muamalah, faraidh, warisan, nikah kahwin dan jenayah.
- Contohnya, solat berjamaah, seorang wanita boleh menjadi makmum kepada lelaki. Sebaliknya lelaki tidak boleh menjadi makmum kepada imam wanita. Kalau khunsa bagaimana?
- Akan datang akan dijelaskan secara ringkas masalah-masalah hukum yang berkaitan dengan jantina.
Pembahagian Khunsa
- Khunsa ada dua jenis, iaitu:
- Khunsa ghair musykil
Iaitu yang jelas jantinanya, samada lelaki atau wanita melalui beberapa tanda. Jika terdapat tanda bahawa dia adalah lelaki, maka dia adalah lelaki. Kalau ada tanda wanita, maka dia adalah wanita.
Golongan ini adalah lelaki atau wanita yang mempunyai anggota tubuh yang lebih.
Dari segi hukum-hakam yang berkaitan dengan jantina, maka mereka dihukum berdasarkan apa yang nyata dari tanda jantinanya.
- Khunsa musykil
Iaitu yang tidak jelas jantinanya. Tidak ada tanda-tanda untuk mengenal pasti jantinanya.
Khunsa musykil ini samada:
i. Mempunyai dua alat kelamin, lelaki dan wanita, namun tidak ada tanda-tanda alat kelaminnya cenderung kepada mana-mana jantina samada ke arah lelaki atau wanita.
ii. Tidak mempunyai alat kelamin samasekali. Yang ada hanyalah lubang untuk kencing.
Bagaimana Menentukan Jantina Khunsa?
- Para fuqaha’ ada membahaskan persoalan ini di dalam kitab-kitab mereka. Mereka menyenaraikan beberapa cara untuk menentukan jantinanya.
- Al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jantina khunsa dapat dikenal pasti dengan melihat:
- Kencingnya melalui alat kelamin yang mana.
- Mengira jumlah tulang rusuk
- Untuk menentukan jantina khunsa, Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah membahagikannya kepada dua tahap:
Tahap 1: Sebelum baligh
- Menurut jumhur ulama pada usia ini, pada tahap ini jantina ditentukan melalui kencingnya alat kelamin yang mana. Kalau alat kelamin lelaki, maka dia adalah lelaki, kalau alat kelamin wanita, maka dia adalah wanita.
- Berikut ini beberapa masalah di sekitar penentuan melalui kencing:
- § Bagaimana kalau khunsa itu kencing melalui kedua-dua alat kelaminnya?
- § Menurut Ali, Muawiyah, Said bin Musayyib, Jabir bin Zaid dan ahli ilmu lainnya; jantina ditentukan dengan melihat kencing keluar melalui alat kelamin yang mana dahulu.
- § Menurut ulama Malikiyah, Hanabilah, Abu Yusof, Muhammad dari kalangan Hanafiyah bahawa penentuan jantinanya berdasarkan kuantiti air kencingnya. Iaitu dengan melihat alat kelamin mana yang lebih banyak mengeluarkan air kencing. Kerana kuantitinya menunjukkan ciri jantinanya. Dan jika kuantitinya sama banyak, maka dia termasuk khunsa musykil.
- § Namun sebahagian ulama Malikiyah berpendapat, bahawa yang dimaksudkan dengan kuantiti kencing di sini bukanlah dari sudut timbangannya. Ia bermaksud, jika dia kencing dua kali melalui faraj dan sekali melalui zakar, maka jantinanya adalah wanita. Sekalipun ketika itu, dari segi kuantiti timbangan yang keluar melalui zakar lebih banyak lagi.
- § Di sana terdapat sebahagian fuqaha yang tidak bersetuju penentuan jantina dengan cara melihat kepada kuantiti air kencing. Kerana tidak hujah yang kukuh mendokongnya. Kuantiti keluar air kencing bukan disebabkan asli atau tidak alat kelamin berkenaan, tapi lebih kepada luas atau sempitnya saluran kencing.
Tahap 2: Selepas baligh
- Berjanggut - Lelaki
- Keluar mani melalui zakar - Lelaki
- Hamil - Perempuan
- Boleh menghamilkan perempuan - Lelaki
- Mempunyai sifat berani dan sifat kepahlawanan - Lelaki
- Mempunyai daya tahan terhadap musuh – Lelaki
- Tumbuh payu dara - Perempuan
- Keluar susu dari payu dara - Perempuan
- Kedatangan haidh - Perempuan
- Boleh disetubuhi - Perempuan
- Dapat melahirkan – Perempuan
- Keinginan khunsa ke arah mana-mana jantina dapat diguna pakai apabila tidak mampu mengesan tanda-tanda yang dinyatakan sebelum ini. Jika dia mempunyai keinginan terhadap lelaki, maka dia adalah perempuan. Kalau ke arah perempuan, maka dia adalah lelaki. Kalau keinginannya terhadap lelaki dan perempuan, maka dia adalah khunsa musykil.
- Menurut al-Fiqh al-Manhaji, dengan perkembangan sains perubatan pada masa kini, menyebabkan kemungkinan khunsa musykil adalah minima. Ini kerana kecanggihan perubatan masa kini dapat menentukan status jantina khunsa.
- Jika diandaikan perubatan moden gagal menentukan status jantina khunsa musykil, maka ia akan tetap kekal sebagai khunsa musykil.
Tulang Rusuk Hawa Dari Adam?
- Tulang rusuk Hawa berasal dari Adam menyebabkan timbul kepercayaan bahawa kuantiti tulang rusuk lelaki tidak sama dengan wanita.
- Sebenarnya tulang rusuk lelaki dan wanita adalah sama banyak, iaitu 24 (12 kanan dan 12 kiri)
- Kisah yang popular bahawa hawa berasal dari tulang rusuk Adam adalah riwayat Israiliyat dan berlaku salah faham dalam memahami teks al-Quran dan al-Hadis. Ia lebih berbentuk perumpamaan, bukan sebenarnya.
- Berlaku perselisihan pendapat mengenai apakah nas-nas syarak yang ada itu berbentuk hakikat atau hanya perumpamaan.
- Bilangan cabang rusuk (ms.wikipedia.org/wiki/Sangkar_rusuk_manusia)
- Jumlah bilangan cabang rusuk telah dicatatkan oleh ahli anatomi Flemish iaitu Vesalius dalam kerja kuncinya berkenaan dengan anatomi De humani corporis fabrica pada tahun 1543, dimana penemuannya tu telah mencetuskan gelombang kontroversi yang besar, berdasarkan catatan biblikal berkenaan kisah Adam dan Hawa, wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, sekaligus menyifatkan lelaki mempunyai satu cabang tulang rusuk yang hilang berbanding wanita, atau lebih tepat lelaki mempunyai 23 cabang rusuk, dan wanita ada 24 cabang rusuk. Namun dalam penemuan Vesalius, kedua-dua jantina biasanya mempunyai jumlah cabang rusuk yang sama iaitu 24 cabang rusuk. Variasi bilangan cabang rusuk telah pernah terjadi. Namun nisbahnya 1 dalam 200-500 orang sahaja yang mempunyai tambahan rusuk servikal, dan biasanya wanita mendominasinya. Intratorasik rusuk supernumerari biasanya jarang berlaku.
Hukum-hakam Berkaitan Khunsa Musykil
Kaedah umum dalam hukum-hakam berkaitan dengan khunsa musykil ialah dengan mengambil yang lebih berhati-hati dan lebih dipercayai dalam urusan agama.
- Aurat
- Batal atau tidak wudhuk dengan menyentuh kemaluan
- Kewajiban mandi dengan ilaj tanpa inzal
- Azan
- Kedudukan saf solat jamaah
- Imam solat jamaah
- Haji dan ihram
- Hukum memandang dan khalwat
- Penyusuan
- Iqrar
- Kesaksian dan penghakiman
- Qisas
- Diyat
- Aqilah dalam diyat
- Qasaamah
- Had qazaf
- Khitan
- Memakai perak dan sutera
- Mandi mayat, kafan dan pengkebumian
- Warisan