:salam
Semua sudah maklum jarak yang dibolehkan untuk qasar. Persoalannya
1. Adakah qasar hanya boleh dilakukan hanya apabila berada di jarak 90 KM atau boleh qasar dan jama apabila keluar dari daerah atau kampung halaman tapi tak sampai lagi jarak tersebut?.
2. Bagaimana pula hukum solat Zohor (qasar jama taqdim ) orang yang berimamkan orang yang mengerjakan solat Asar (jama qasar taqdim) dalam keadaan dia tahu. BAgaimana pula jika dia tak tahu? Setahu saya solat jama taqdim perlu dimulai dengan tuan punyai waktu berbeza dengan jama takhir.
2. Sekiranya ada jemaah yang mendirikan solat jama dan qasar tetapi tidak diketahui solat apakah yang sedang dikerjakan maka jemaah kedua ini membuat keputusan untuk solat jemaah berasingan. Apakah hukum solat jemaah kedua dan bagaimana jalan penyelesaian yang terbaik??
Minta penjelasan.
:wassalam
:wassalam
Jawab:
1. Permulaan solat Qasr ialah selepas keluar dari kampung atau daerah mereka. Empat madzhab besar Fiqi berpendapat demikian (alQurthuby, alJami' Li Ahkam alQur'an: 5/356)
2. a) si Musafir solat Zuhur (takdim) berimamkan Imam Musafir yg sedang solat Asr dlm keadaan dia tahu, SAH solatnya menurut Syafi'iyah kerana bersamaan jazamnya (raka'at dan caranya)
2b. Jika tak tahu pun sah kerana madzhab ini memberi kelonggaran yg luas dalam masalah Imam dan makmum
2c. memang benar, jika solat takdim, solat tunai wajib didahulukan kerana ia adalah tuan punya waktu.
3. Jika satu kumpulan musafir tiba di mesjid dan terdapat suatu jama'ah sedang solat jama'/qasr juga, maka boleh menyertainya walaupun tidak diketahui apakah solat yg sedang dilakukan.
Jika mereka mengambil keputusan utk solat dgn mendirikan saf yg baru pun sah kerana ketidakpastian dgn jama'ah pertama.
(Mughny Muhtaj 1/253) WA