SJ-10-0129 : Sembelihan korban di tanah perkuburan dan di masjid yang dibina di atas tanah perkuburan

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-10-0129 : Sembelihan korban di tanah perkuburan dan di masjid yang dibina di atas tanah perkuburan

Soalan 1: Apakah hukum melakukan sembelihan korban di tanah perkuburan dan di masjid yang dibina di atas tanah perkuburan?Soalan 2: Apakah status daging korban tersebut, halal atau haram dimakan oleh orang Islam?Soalan 3: Jika haram, apa nak dibuat dengan daging itu? (Sama ada bagi binatang makan atau bagi orang kafir makan atau dibuang saja)Sekian, terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-10-0129 : Sembelihan korban di tanah perkuburan dan di masjid

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Soalan ini merujuk kepada Masjid yang dibina diatas kubur dan bukan masjid yang ada kubur ditepinya, maka hukum2nya sama seperti tanah perkuburan.  Ulama tidak menyukai sembelihan dilakukan diatas tanah perkuburan sebagaimana hadith :-

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا عَقْرَ فِي الْإِسْلَامِ قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ كَانُوا يَعْقِرُونَ عِنْدَ الْقَبْرِ بَقَرَةً أَوْ شَاةً
"Dari Anas, telah bersabda Rasulullah :saw : Tidak boleh 'aqr (sembelih dikubur) dalam Islam. Telah berkata Abul Razzaq, dahulu mereka menyembelih lembu atau kambing disisi kubur" [Hadith Riwayat Abu Daud : #2805].

Imam al-Nawawi dalam Al-Majmu’ (5/320) berkata : “Adapun menyembelih di sisi kubur adalah tercela, berdasarkan hadith Anas ini".

Ulama' mengatakan adalah Makruh melakukan sembelihan dikubur, kerana ini boleh menjerumus seseorang itu kepada kesyirikan. Agama Islam mentutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan maksiat kepada Allah swt. 

Sheikh al-Sayed Sabiq didalam bukunya Fiqh al-Sunnah memetik kata-kata al-Khathabi :

كان أهل الجاهلية يعقرون الإبل على قبر الرجل الجواد، يقولون: نجازيه على فعله؛ لأنه كان يعقرها في حياته، فيطعمها الأضياف، فنحن نعقرها عند قبره؛ لتأكلها السباع  والطير، فيكون مطعماً بعد مماته، كما كان مطعماً في حياته.
"Dahulunya orang­orang jahiliyah sering menyembelih unta di atas kubur dan mereka ini adalah orang yang pemurah. Mereka mengatakan : melakukannya atas nama perbuatan (orang mati itu). Kerana sesunggunya dia selalu menyembelih (binatang) di masa hidupnya, lalu memberi makan kepada tetamu-tetamu. Maka kami pun menyembelih binatang di atas kuburnya! Agar dapat dimakan oleh binatang buas dan burung. Maka orang mati itu masih sempat memberi makan setelah ia mati, sebagaimana dia sering memberi makan di masa hidupnya".

Sheikh al-Sayed Sabiq mengatakan bahawa :

نهى الشارع عن الذبح عند القبر؛ تجنباً لما كانت تفعله الجاهلية، وبعداً عن التفاخر والمباهاة؛ 
"Syariat Islam melarang menyembelih diatas tanah perkuburan. Perbuatan ini mirip dengan amalan orang2 Jahiliyyah, atau paling tidak cenderung kepada sikap sombong dan menunjuk2." [Fiqh al-Sunnah, 1/426].

Kesimpulannya menyembelih binatang diatas tanah perkuburan hukumnya makruh kerana ia menyerupai amalan orang2 Jahiliyyah dan menghindarkan diri dari membangga-bangga. Daging tersebut tidak haram. Namun demikian, jika sembelihan binatang tadi dibuat bukan kerana Allah, maka amalan sembelihan itu adalah syirik dan haram dagingnya dimakan dan diedarkan! WA.

Sekian, wassalam

Rujukan : . al-Said Sabiq. "Fiqh al-Sunnah". Manar al-Dauliyah, 1995. 1/426  

خيرالأمين