SJ-13-0594 : Hukum gunakan collegan (menukar warna kulit)

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-13-0594 : Hukum gunakan collegan (menukar warna kulit)

Assalamualaikum ustaz . Syaa nak tanya adakah mengubah kejadian apabila seseorang itu hitam menjadi putih . Contoh nyaa memakai collengan . Harap ustaz boleh jawab ! thanks

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0594 : Hukum gunakan collegan (menukar warna kulit)

wa'alaikumussalam

Alhamdullilah. Kami cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Menggunakan krim,pil, sabun dan sebagainya yang boleh mengubah warna kulit seseorang di"bolehkan" dengan syarat :-

1. Krim tersebut halal

2. Tidak memudharatkan, seperti menggunakan bahan hydroquinone yang dikatakan boleh menyebabkan kanser kulit. 

3. Perubahan itu ada berbentuk sementara dan bukan kekal; seperti melakukan pembedahan kosmetik dan sebagainya.

4. Bukan untuk tujuan dipamerkan kepada lelaki yang bukan mahram

Lihat : Fataawa Faqad LinNisaa'. ms 262, Bahath Tajmil al-Wajjah, ms 48 dan berikut adalah Fatwa Dr Ahmed al-Haji al-Kurdi

تاريخ النشر 2008-02-07
عنوان الفتوى
حكم استعمال كريمات تبييض البشرة
السؤال
السلام عليكم ورحمه الله تعالى وبركاته 
أريد الاستفسار هل هناك أي شيء في وضع أي من كريمات التجميل بقصد التبيض والتجميل؟
الفتوى
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين، والتابعين، ومن تبع هداهم 
بإحسان إلى يوم الدين، وبعد:

فلا مانع من ذلك إن شاء الله تعالى، ما لم يكن له ضرر على الجلد أو البشرة، وعلى أن يكون أيضاً بمواد طاهرة، ولا يراه عليك رجل أجنبي.

والله تعالى أعلم.

Mufti : Prof Dr Ahmed al-Haji al-Kurdi, pakar mausu'ah fiqh dan anggota fatwa Kuwait.
Tarikh : 07-02-2008
Soalan : Hukum menggunakan krim pemutih kulit.
Jawab : Alhamdulillah. Selawat & salam keatas Nabi penamat segala Nabi dan Rasul.

Tidak ditegah perkara diatas InSyaAllah Ta'ala. Krim tersebut tidak mendatang mudharat keatas kulit, ia juga menggunakan bahan yang suci, dan tidak diperlihatkan kepada lelaki luar.

sumber  fatwa : http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=26558

 

خيرالأمين