Assalammualaikum ustaz, adakah hadis ini sahih? “ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Hadith yang seakan serupa matannya (isinya) terdapat didalam kitab Adab al-Mufrad Imam al-Bukhari yang menyatakan : dari Anas bin Malik ra. Rasulullah :saw bersabda :-
إِنْ قَامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا
"Jika datangnya hari Kiamat sedangkan ditangan kamu ada benih dan mampu di tanam sebelum datangnya kiamat, makan hendaklah kamu tanamya" [hadith Riwayat Ahmad #12902, al-Bukhari didalam Adab al-Mufrad #479].
Hadith ini menurut al-Haithami - periwayatnya thiqah (dipercayai). Sheikh Shuib al-Arnauth menyebut bahawa sanad hadith ini sahih menurut syarat Muslim.
sekian, wassalam
خيرالأمين