Soaljawab Islam

SJ-08-0131 : fidyah puasa & solat org UZUR

:salam
Saya ada sedikit kemusykilan ttg ibu yg sudah terlalu uzur... bagaimana dengan solat-solat & puasanya yang terdahulu???
Adakah kena digantikan semula atau memadai dengan bayar fidyah sahaja??? atau kena buat kedua-duanya sekali.
Mohon penjelasan ustaz.
Terima kasih

Sj-08-0116 : Puasa

Nak tanya panel al ahkam .

Ada sahabat ni telah berzina dengan kekasih dia pada sembilan hari atau kali di bulan Ramadhan . Nak taubat saja ke atau bertaubat dan bayar . Kalau kena bayar kafarat , beliau hanya sanggup beri makan fakir miskin saja . Adakah mengikut bilangan hari atau kali . Terima kasih

SJ-08-0115 : Jimak di Bulan Puasa

Assalamualaikum w.b.t

Soalan saya:

1) Setahu saya hukum berjimak di bulan puasa adalah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut atau memberi makan 40 orang miskin. manakah yang lebih aula? Puasa atau memberi makan orang miskin?

2) Bagaimanakah cara untuk mengganti puasa tersebut bagi wanita jika datang bulan. Adakah dia perlu meneruskan puasa atau berhenti puasa sehingga periodnya berakhir dan sambung puasa kembali?

SJ-08-0117 : Pelbagai masalh agama

Assalamualaikum Di sini saya ada beberapa soalan

1.Apakah hukum melakukan onani dengan sengaja di bulan ramadan.Adakah kena ganti puasanya?

2.Dahulu saya ada meninggalkan puasa dengan sengaja di bulan ramadan .Jadi kini apa yang perlu saya buat.Adakah saya kena ganti dan bayar fidyah.Bagaimana jika saya sudah lupa berapa hari yang saya tinggalkan dan tak ingat tahun bila ?

SJ-08-0114 : Perang Badr; Adakah Nabi, Sahabat Puasa?

a'kum,

soalan yg mushkilkn sy, adakah perang badar berlaku pada waktu mlm dlm bulan ramadhan. kalau siang, adakah nabi n sahabat puasa pd ketika perang tu?

SJ-08-0124 : sah puasa?

salam.
saya pernah dengar pendapat ketika kita bersahur, makanan yg berada didalam mulut semasa azan subuh boleh lagi ditelan asalkan disuap sebelum azan.

macam mana pula kalau masih ada lg sisa/rasa makanan dalam mulut kita setengah jam atau beberapa ketika selepas azan subuh? adakah sah puasa kalau kita telan juga dengan kita ambil pandangan diatas?

SJ-08-0109 : Puasa dan Fidyah

:salam Panel Feqh

Ibu ana pada bulan Ramadhan tahun 1972 tidak dapat berpuasa 30 hari kerana berpantang (Bersalin) dan puasa berkenaan belum digantikan lagi.

Soalan Ana...
a) Adakah ibu Ana perlu menggantikan puasanya hanya selama tiga puluh hari sahaja?
b) Adakah ibu Ana perlu menggantikan puasa dan membayar fidyah(adakah berganda bayaran fidyahnya?)

SJ-08-0105 : Puasa bagi wanita haidh tidak teratur

:salam
baru baru ni ada ustaz di tazkirah zohor surau telah menjelaskan bab puasa dan haid

,katanya kalau perempuan yang haidnya tak teratur dan haidnya sepanjang bulan,LEBIH SEMPURNA puasanya dengan qadha puasa bermula pada 1 syawal,

sedangkan setahu saya 1 syawal haram berpuasa.
Harap panel dapat jelaskan,terima kasih

SJ-08-0108 : kahak ketika berpuasa

1)boleh kah menelan kahak ketika berpuasa walaupun tidak selsema ...(tak tau kahak atau tidak tapi kadang2 ada rasa melekit di tekak tapi menelannnya)

saya ada tanya pendapat di forum lain mengatakan tidak boleh dan perlu buang walaupun ketika itu tak selsema atau selsema

tapi saya tanya seorang ustazah,dia mengatakan boleh sebab ia memang dalam mulut kita)

jadi saya telah telan kahak walaupun ada mengatakan tidak boleh,adakah saya perlu ganti puasa saya?

SJ-08-0103 : hidup asap rokok batal puasa?

assalamualaikum.. sayer ingin bertanyer.. adakah batal puasa jika menghidu asap rokok dengan sengaja.. terima kasih..

SJ-08-0111 : makanan dan puasa

assalamualaikum ... sayer ader soalans

1. jika makanan masuk sengaja tak sengaja ke bahagian belakang anak tekak.. adakah batal menelannya? sejauh manerkan makanan masuk secara tak sengaja boleh ditelan?

2. jika habuk masuk ke dalam hidung.. perlukah kita menghembuskan? adakah batal puasa jika terus membiarkannye dalam hidung?

terima kasih

SJ-08-0112 : Berbuka Puasa Sebelum Maghrib

apakah hukum berbuka awal daripada waktu kerana
a) melihat langit diluar telah gelap lalu menyangka sudah azan
b) tersalah melihat jam
c) bilal disurau melaungkan azan awal daripada sepatutnya
d)jiran sebelah menjerit "berbuke dah oi" padahal belum
e)jiran sebelah menjerit kepada anaknya "oi budak balik rumah" tetapi kite tersalah dgr dan menyangka die menjerit "oi jiran sebelah berbuka dah" lalu kite pun berbuka

SJ-08-0100 : Hukum pakai minyak wangi waktu puasa

makruh kah pakai minyak wangi ketika solat sewaktu berpuasa??kalau makruh ada kah dalilnya??

SJ-08-0099 : suntikan

:salam

saya musykil dgn suntikan di hospital atau diklinik..tujuan suntikan adalah ingin memasukan ubat kedalam badan..begitu juga suntikan di perut bagi pesakit kencing manis..adakah ia membatalkan puasa..bagaimana pula dgn masuk air dan cabut gigi bulan puasa..syukran

SJ-08-0104 : Korek hidung,Niat Puasa Sebulan,Tarawih d rumah

Salam
Soklan pendek, try cari dlm arkib tapi tak jumpa