Berita dan Artikel

  • Batalkah Solat Jika Ternampak Peha Ketika Sujud

    Petikan dari masalah jika kekurangan pakaian ketika hendak mengerjakan solat, yang ada hanya sehelai kain lepas sahaja yang kecil dan pendek dari Sahih al-Bukhari Bab: Jika kain (yang akan dipakai untuk solat) itu kecil/pendek:
    Bagaimana cara memakai kain berkenaan? Apakah bahu termasuk aurat? Aurat lelaki? Aurat wanita? Apakah kaki mereka termasuk aurat? Bolehkah mereka solat tanpa memakai telekong? Apakah ada fesyen khas pakaian untuk mengerja solat? Batalkah Solat Jika Ternampak Peha Ketika Sujud


  • Semuanya Salah Engkau.. Bukan Aku!

    Oleh: Ustaz alitantawi

    Penyakit ini diharap tidak berjangkit kepada saya dan anda. Kerana kalau berjangkit, susah diubati. Tujuan orang yang sebegini bukan mencari kebenaran, tapi membuktikan dia sahaja yang benar. Orang tu salah, orang ini salah..orang itu tak betul..orang ini tak betul...


  • Ulasan Artikel Bicara Agama (Bah.3)
    Ulasan kali ini adalah berkenaan hujah kedua yang dikemukakan penulis iaitu

    - penulis telah berusaha membuktikan dengan bukti dan hujah dari buku-buku ulama hadith bahawa Hisyam Bin Urwah ialah seorang periwayat yang bermasalah terutamanya ketika berhijrah ke Iraq dan mencapai umur 71 tahun -


    hujah ini adalah rententan hujah pertama yang menyatakan bahawa 'semua' hadith tentang umur Aisyah ketika berkahwin berasal 'hanya' melalui jalan Hisyam. Maka penulis ingin membuktikan bahawa riwayat Hisyam bermasalah lalu ternyatalah kedhaifan dan tidak benarnya hadith umur Aisyah ketika berkahwin..itu hajat penulis. Apakah benar begitu? Dalam tulisan kali ini, kami akan mengulas satu bahagian kecil daripada hujah itu iaitu:


  • Demam Campak. Apa itu demam campak?

    Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.


  • Ulasan Artikel Bicara Agama Yang Terbaru (Bah. 2)

    Setelah kami menyatakan dalam artikel (Bah.1) bahawa penulis artikel dalam Bicara Agama,Utusan Malaysia bertarikh 19 Nov 2010 di bawah tajuk 'Bilakah Nabi menikahi Aisyah?' menggunakan secara ringkasnya 4 hujah menyokong kesimpulannya iaitu - kisah Nabi s.a.w. menikahi Aisyah pada usia muda (6 tahun) adalah tidak benar - maka kali ini kami ingin menyentuh satu bahagian daripada hujah keempatnya pula iaitu:


  • Ulasan Artikel Bicara Agama Yang Terbaru (Bah. 1)



    Setelah kami memberikan ulasan terhadap artikel berkaitan 'Umur Aisyah r.a. ketika berkahwin' yang disiarkan dalam Bicara Agama, Utusan Malaysia bertarikh 17 Nov 2010, terdapat satu lagi artikel berbentuk soal jawab berkaitan tajuk yang sama disiarkan pada hari ini iaitu 19 Nov 2010. Jawapan kepada persoalan 'Bilakah Nabi Menikahi Aisyah' dilihat sama sahaja kesimpulannya dengan artikel bertarikh 17 Nov.


  • Mengenali kebenaran Islam melalui Sains

    Dibawah ini merupakan tautan kepada artikel-artikel yang menceritakan mengenai pengalaman para saintis mengenali Islam melalui kajian sains. Artikel ini menceritakan bagaimana saintis terkenal seperti Dr. Arthur J Alison ( penyelidik parapsikologi British) , Mr Jacues Yves Cousteau (penyelidik Laut Dalam Peranchis) dan   Prof. Tejatat Tejasen (pakar Anatomi dan Embriologi Thailand) memeluk agama Islam apabila  mendapati penemuan Sains yang mereka temui telah di jelaskan didalam al-Quran lebih dari 1400 tahun dahulu.



  • Ulasan Terhadap Artikel Bicara Agama, Utusan Malaysia

    Pemuda Iman merasa terpanggil untuk memberikan ulasan ringkas buat masa ini terhadap satu artikel yang disiarkan dalam ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia bertarikh 17 Nov 2010 bertajuk 'Usia Siti Aisyah Semasa Kahwin' hasil susunan Siti Ainiza Kamsari.


    Setelah meneliti isu yang dibangkitkan oleh penyusun, kami mendapati bahawa terdapat kekurangan dan kelemahan dalam mengetengahkan isu sebegini. Ulasan kami adalah seperti berikut:


  • [PANAS!!] Blog Ustaz Zamihan Kata Solat Wahabi Macam Yahudi

    Berikut ini adalah artikel yang dipetik dari blog al-Fadhil al-ustaz Zamihan al-Ghari yang mendakwa kaum Wahabi bersembahyang macam Yahudi. Di dalam artikel berkenaan disertakan dengan gambar dan video cara kaum Wahabi dan Yahudi bersembahyang. Disertakan juga video seorang sedang solat berjamaah, kemudian dia berjalan mengambil dan mendukung anaknya. Menurut catatan di bawah gambar berkenaan:
    "Ini pula sebahagian cara solat ulamak muda UMNO yang bersolat di PWTC baru2 ni. Mereka bukan sekadar mengamalkan..tetapi turut mengajar orang lain untuk bersolat dengan meletak dua tangan atas dada yang mempunyai persamaan dengan yahudi. Lebih dahsyat lagi, ada pula yang membenarkan boleh berjalan2 ketika bersolat.."


  • Baguss! Idea yang mesti disokong: Pelajar Mesti Baca al-Quran Setiap Hari Persekolahan

    10 minit setiap hari pelajar muslim di Terengganu dikehendaki membaca al-Quran setiap kali hendak memulakan sessi persekolahan.


    Baguss! Idea yang mesti disokong..


  • Siapa Anda Untuk Nasihat Saya?

    Oleh alitantawi @ Ustaz Adlan Abd Aziz


    Mengukur kebenaran bukan dengan menggunakan kedudukan atau pengaruh. Biasa sahaja orang yang 'nobody' itu benar dan orang yang 'somebody' itu salah. Kebenaran diukur dengan bukti...dengan hujah...kalau saya benar, saya buktikan dan kalau saya salah, buktikan saya salah...dengan penuh jujur dan berfakta. Itu sepatutnya. Tetapi...


  • Bolehkah Lembu Dibahagi 7: 4 Untuk Korban, 3 Untuk Aqiqah

    Antara pertanyaan yang sering diajukan menjelang Idul Adha.
    - Bolehkah seekor lembu dikongsi beberapa orang untuk tujuan korban? Seekor lembu di bahagi berapa?
    - Bolehkah lembu yang dibahagi 7 dikongsi untuik tujuan korban dan aqiqah?


  • Mudah sangat Percaya Yang Pelik

    Oleh: alitantawi @Ustaz Adlan Abd Aziz


    CERITA PELIK MEMANG BANYAK
    Kita semua tahu bahawa terdapat pelbagai cerita dan kisah ajaib serta pelik yang ada dalam pelbagai sumber media. Saya tidak hairan sangat ia ditonjolkan kerana kita semua tahu media yang melakukan begitu bukanlah bertujuan untuk menyampaikan cerita tetapi lebih kepada 'menjual' cerita.


    Orang perseorangan juga mempunyai pelbagai tujuan bila terbit dari mulutnya kisah-kisah sebegini. Ada yang ingin membuktikan sesuatu kelebihan pada dirinya, ada juga yang bertujuan 'menginsafkan' atau 'menakutkan' pihak tertentu dan ada pula yang sememangnya suka bercerita bagi menghiburkan hati duka.


  • Hadis 40 Dengan 9 Bahasa Untuk Android

    Untuk pengguna telefon bimbit dengan OS Android: Hadis 40 dengan 9 bahasa termasuk terjemahan bahasa Indonesia. Disediakan juga audio bacaan hadis 40.


    Info:
    This collection of 40 hadith by Imam an-Nawawi is generally regarded as the most popular anthology and the best introduction to the study of the Prophet's sayings which, contain the essential teachings of Islam. The Arabic original displayed alongside the translations (in 9 languages) & audio recitation.


  • Tak Pakai Kopiah Jadi Fasiq? [*Dikemaskini]

    - Tak memakai kopiah jadi fasiq? Apakah ada dasarnya?
    - Mengapa kitab feqh mengatakan jadi fasiq tak berkopiah?
    - Hukum memakai pakaian khusus untuk satu-satu profesion atau bidang seperti doktor, peguam, hakim, ulama dan sebagainya.


  • Bukti Wujudnya Kaitan Antara Iran dan Israel Dalam Ruang Media

    Enam Saluran Televisi Keagamaan Iran Berasal dari Dalam Israel!


    Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh situs Sat Age - yang mengkhususkan diri dalam pemantauan terhadap pergerakan satelit di seluruh dunia dan saluran televisi - menyatakan bahwa kehadiran enam saluran televisi keagamaan Iran yang disiarkan ke negara-negara Arab berasal dari Israel dan menambahkan bahwa enam saluran televisi satelit tersebut berada di belakang salah satu perusahaan telekomunikasi terbesar Yahudi.


  • Khilaf Tentang Hukum Sembahyang Tasbih

    - Terdapat khilaf tentang hukum sembahyang Tasbih. al-Imam Ibnu jauzi mengatakan hadisnya adalah maudhuk. Namun ulama lain tidak menganggapnya begitu.
    - Hukum mengerjakan solat tasbih secara berjamaah.
    - Apakah ada fadhilat-fadhilat tertentu sembahyang Tasbih? Bagaimana kedudukan hadis-hadisnya.


  • Fatwa Negeri-Negeri - Tidak Ada Fidyah Untuk Sembahyang

    Program Pembayaran Fidyah Sembahyang Dan Khatam Al-Quran
    Keputusan:
    Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa:


    a) Tiada qadha" dan tiada fidyah bagi sembahyang yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas dalam kitab al-Muwatta" daripada Ibn "Umar radhiyallahu "anhuma:


    لاَ يَصُوْمُ أَحَدٌ عَنْ أَحَدٍ وَلاَ يُصَلِّىْ أَحَدٌ عَنْ أَحَدٍ .


  • Mukhtasar Sahih Al-Bukhari karya Imam Al-Zabidi

    Mukhtasar Sahih al-Bukhari ini disusun oleh seorang ahli hadis (muhaddith) dari Zabid, Yaman, iaitu Imam Zainuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Latif bin Abu Bakr al-Sharji Al-Zabidi al-Yamani (wafat 893H).


    Al-Zabidi berguru dengan para ulama besar pada zamannya baik yang berada di dalam kota Zabid atau dari luar kota Zabid.


    Antara guru beliau ialah Sheikh Sulaiman al-Alawi, Sheikh Al-Taqi al-Fasi, Sheikh Ali bin al-Jazari, Ibn Khiat, al-Zayn al-Burshuqi, Sheikh Ahmad bin Abi Bakar al-Radad dan Sheikh Abu al-Fatah al-Maroghi.


  • Bolehkah Menggabungkan Puasa Enam Dengan Puasa Qadhak?

    Berpuasa dengan niat qadhak semasa bulan Syawal, maka terhasil puasa 6. Jika sebaliknya, iaitu berpuasa dengan niat puasa enam, maka tidak terhasil puasa qadhak.


  • e-fatwa.gov.my: Boleh Agih Korban Kepada Non Muslim

    Petikan dari web e-fatwa.gov.my

    Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam


    Keputusan:
    Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam


    Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan


    Sumber: e-fatwa.gov.my