Berita dan Artikel

  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Mazhab Banyak Membantu Kita Memahami Islam (Siri 5)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah


    • Jangan Takut Dengan Perkataan as-Sunnah

    • Umat Islam perlu ikut as-Sunnah sebagaimana wajib ikut al-Quran

    • Ada yang memahami as-Sunnah itu adalah sebuah aliran

    • Salah faham kerana tidak memahami secara keseluruhan

    • Pada dasarnya mazhab-mazhab muktabar merujuk al-Quran & as-Sunnah

    • Ikut as-Sunnah bukan bermaksud menolak mazhab

    • Mazhab banyak membantu kita memahami Islam


  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Taman & Sekolah al-Qari dan Masjid as-Sunnah (Siri 4)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah


    • Kisah di sebalik Taman al-Qari, Sekolah al-Qari dan Masjid as-Sunnah.

    • Apa yang menarik mengenainya.

    • Siapa yang mengasaskannya.


  • [Video] Syed Abu ul Hasan Ali Nadwi (R.A) in Turkey 1996

    Sheikh Abu Hassan Ali an Nadwi: Guru Ummah


    Abu Hassan Ali al-Nadwi merupakan seorang pemikir Islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada Muharram 1332 (1914M) di Rai Breily, India dan meninggal dunia dalam usia 85 tahun pada 23 Ramadhan 1420H bersamaan 31 Disember 1999M di daerah kelahirannya juga. Beliau telah menghasilkan lebih 60 buah buku dalam pelbagai ilmu Islam terutama dalam bidang pemikiran. Pemikirannya sebaris dengan tokoh reformis abad ini seperti Abduh, al-Afghani, Rashid Rida dan Shakib Arsalan. Sejak muda lagi, beliau mula bergiat dalam bidang dakwah. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sukar diganti malahan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu aspek yang sering disuarakannya ialah proses pembaratan di dunia Islam (westernisasi) dan materialisme yang merupakan “agama” di Barat.


  • Program Maulidurrasul Perlu Sepanjang Tahun

    Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz


    Alhamdulillah, bersempena bulan Maulidurrasul kita dapati masjid, surau dan pusat pengajian menganjurkan pelbagai program bertujuan memperingati Rasulullah s.a.w. dan perjuangan dakwah Baginda. Usaha ini patut dipuji dan diteruskan dan inilah sebahagian dari tanda kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.


  • Fatwa Mufti WP Tentang ESQ: Apa Kata Media Islam Indonesia

    Pertemuan Besar di Malaysia: ESQ Mengandung Kesesatan


    Telah terjadi pertemuan besar di Kuala Lumpur Malaysia, Rabu (23/2 2011) bertajuk “Penjelasan Latar Belakang Keluarnya Fatwa tentang ESQ” oleh Mufti Datuk Haji Wan Wahidi bin Wan Teh (Mufti resmi Wilayah Persekutuan Malaysia).


    Pertemuan itu menghadirkan Farid Achmad Okbah dari Indonesia dan Professor Zakaria Stapa guru besar tasawuf dan pemikiran Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia.


  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Penulisan dan Pengalaman Kerjaya (Siri 3)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
    Penulisan & Pengalaman Kerjaya


    • Lahir dalam keluarga penulis

    • Ayahnya Ustaz Abdullah al-Qari adalah tokoh penulis produktif

    • Mula aktif menulis/menterjemah sejak zaman persekolahan.

    • Antara karya tulis: Isu Israiliyyat & Hadith Palsu Di Dalam Karya Tafsir Dan Hadith Serta Kaedah Mengenalnya dan Al-Israiliyyat fi Tafsir Surah Yusuf
  • [DUNIA BUKU] Pelembut Hati

    Tajuk Buku: Pelembut Hati | Penulis: Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni | Halaman: 301m/s | Harga: RM60.00 (hardcover) | Kod: PJ-1974


  • Khomeini dan Salman Rusydie.. Juga Mohsen Namjoo

    Antara Khomeini dan Salman Rusydie..  Juga Mohsen Namjoo
    Salman Rusydie telah menghina Islam melalui novelnya Satanic Versus. Mohsen Namjoo pula adalah penyanyi yang lagu-lagunya mempunyai unsur-unsur yang menghina al-Quran dan agama Islam. Khomeini pula?


  • Fatwa Syaikh Qardhawi: Bunuh Muammar Gaddafi !

    Seorang ulama terkemuka asal Mesir telah menyerukan kepada tentara Libya yang bisa menembak Pemimpin Libya Muammar Gaddafi untuk tidak menahan senjata mereka demi membebaskan bangsa Libya dari penindasan.


    Syaikh Yusuf al-Qardhawi, dipandang sebagai pemimpin spiritual kelompok oposisi Ikhwanul Muslimin Mesir, membuat seruan tersebut pada hari Senin kemarin (21/2) melalui sebuah fatwa menentang pemimpin Libya yang telah berkuasa selama lebih dari empat dekade tersebut.


  • Buku Sifat Solat Nabi Versi al-Albani : 100% betul?

    Oleh alitantawi @ Ustaz Adlan


    *Tulisan ini mungkin tidak nampak relevan bagi sebahagian pembaca, namun bagi sebahagian lagi yang mengikuti perkembangan dakwah ke arah memahami sunnah, pasti ia amat relevan.


    Persoalan yang jelas: Ada sebuah buku, namanya 'Sifat Solat Nabi', ditulis oleh seorang pengkaji hadith moden bernama Muhammad Nasiruddin al-Albani (meninggal pada 1999).


    Soalan saya: Adakah buku versi syeikh al-Albani ini benar dan tepat 100%?


  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Di sekitar Tesis M.a dan Phd (Siri 2)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
    Siri 2: Sekitar tesis M.a dan Phd


    • Tesis M.a dalam bidang tafsir, iaitu dengan tugasan menghimpunkan riwayat ahli tafsir terkenal Ibnu Mardaweh.

    • Manakala tesis Phd pula juga dalam bidang tafsir dengan kajian riwayat-riwayat israiliyat dalam tafsri Tabari


  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Latarbelakang Diri & Pendidikan (Siri 1)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah.
    Siri 1: Pengenalan diri, pendidikan dan keluarga


  • MAULIDUR RASUL yang di Bid’ahkan….

    Oleh Ustaz aljawhar


    Hari ni nak menulis pasal Maulidur rasul pulak… Penulis dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan dengan Peristiwa Maulidur Rasul di beberapa buah surau , masjid dan juga sekolah-sekolah di sekitar Branang , Mantin , kajang dan Shah Alam.


  • Bermuhasabahlah Atas Segala Kesilapan Yang Dilakukan

    Disalin dari satuts facebook ustaz Adlan:
    Adlan Abd Aziz:
    "Mereka yang menggelar diri mereka 'salafi' atau 'geng sunnah' perlu muhasabah diri dengan segala kesilapan yang dilakukan. Sudah lama mereka hidup kononnya dengan 'kajian' dan 'tidak bertaqlid'. Mungkin dulu mereka sangka orang tidak tahu. Sekarang semua orang sudah makin pandai berfikir. Sudah-sudahlah."


  • [BARU TERBIT] [DUNIA BUKU] Islam Anda Tafsiran Siapa?

    Tajuk Buku: Islam Anda Tafsiran Siapa?
    Penulis: Ustaz Emran Ahmad
    Halaman: 250m/s
    Harga: RM17.90 (paperback)
    ISBN 978-967-308-256-8


    Antara kandungan buku ini:
    Tahukah anda bahawa Islam yang anda fahami, ketahui dan amalkan selama ini ialah Islam yang berdasarkan tafsiran pihak tertentu?
    Pihak tertentu itu boleh jadi Rasulullah, boleh jadi para sahabat dan boleh jadi juga ulama serta guru-guru yang menjadi rujukan kita di dalam beragama. Kita beragama berdasarkan tafsiran mereka. Marilah kita melihat sejarah penafsiran agama Islam ini semenjak dari zaman awal.


  • [GEMPAR!!] Ustaz Rasul Dahri Respond al-ahkam.net & Ustaz Adlan

    - URD kata ulama salaf tak benarkan debat.. Debat haram
    - URD kata dia masih hidup kenapa tak menegurnya secara private
    - URD kata dirinya buat salah sedikit saja, Bukhari LAGI BANYAK buat salah
    - URD lari dari kritikan ketiga (tentang beza solat laki pempuan)


  • Pengalaman Dr Danial Dalam Bidang Penulisan

    Buku pertama Dr. Danial terbitan 1988 oleh Pustaka NahnuSaya mula mengasah bakat dalam bidang penulisan pada tahun 1988. Ketika itu saya baru keluar dari perkhidmatan kerajaan sebagai doktor untuk membuka klinik sendiri bersama isteri. Disiplin perubatan yang saya ceburi (iaitu perubatan moden atau allopathy) banyak bergantung kepada kajian-kajian semasa. Apabila kajian-kajian dan penemuan-penemuan ini saya kaitkan dengan Quran dan Hadis, saya mendapati betapa saintifiknya ajaran Islam. Kesedaran ini ingin saya kongsikan dengan masyarakat maka terhasillah buku saya yang pertama bertajuk 'Konsep Perubatan Islam' terbitan Pustaka Nahnu (11 Medan Suri, Sungai Nibong, Pulau Pinang),  pada tahun 1988. Buku yang mengandungi lima bab dan mempunyai 141 halaman ini  dicetak oleh Academe Art & Printing Services Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Bagi saya, buku ini mempunyai banyak kelemahan teknikal terutamanya di sudut bahasa dan susunan bab. Namun saya mendapati ia menjadi bahan rujukan di universiti-universiti di Malaysia, termasuk di kalangan para pensyarahnya, dan saya bersyukur kepada Allah yang mengizinkan penerbitannya...



  • [Dunia Buku] PROTAZ Dalam Arus Kebangkitan Islam Di Malaysia

    Tajuk Buku: PROTAZ Dalam Arus Kebangkitan Islam Di Malaysia
    Penulis: Safinah Ismail
    Halaman: 156m/s
    Harga: RM12.00
    Kod: PJ-2082


  • Benteras Aliran Sesat: Mujur Ada Majlis Agama.. Jabatan Agama Islam


    Nabi Muhamad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir. Penutup para nabi. Selepasnya tidak akan ada lagi nabi, apatah lagi rasul.  Jika selepas nabi Muhamad s.a.w., sesiapa yang mendakwa dirinya nabi atau seseorang itu didakwa sebagai nabi, maka dakwaannya itu adalah jelas dusta.


  • Keajaiban Hafazan, antara al-Bukhari dan Tony Buzan

    Oleh: Adlan Abd. Aziz

    Tony BuzanBagi sesiapa yang mempelajari ilmu dan perbincangan berkaitan hadith, pasti akan melalui satu topik yang cukup luas iaitu bagaimana ulama hadith silam begitu kreatif dan gigih memelihara setiap hadith yang ditemui. Di antara bentuk pemeliharaan ini ialah hafazan dan penggunaan memori yang amat maksimum dalam kalangan mereka. Ini mungkin sudah pun diketahui tetapi mungkin tidak diyakini oleh sebahagian pembaca secara 100% dan berfakta. Sebahagian hanya tahu mengiklankan kehebatan imam-imam hadith silam seperti al-Bukhari dan lain-lain, tetapi tidak tahu memperihalkan di manakah dan bagaimanakah 'kehebatan' itu. Sebahagian pula tidak menganggap ilmuan silam hebat, tetapi lebih mengkagumi ilmuan moden kerana adanya 'teknologi' dan pelbagai kemodenan dalam aspek pembelajaran dan pengajian.


  • [Dunia Buku] Apa Yang Harus Anda Lakukan Dalam Situasi Tertentu

    Tajuk Buku: Apa Yang Harus Anda Lakukan Dalam Situasi Tertentu | Penulis: Syaikh Muhammad Soleh al-Munajjid | Halaman: 73m/s | Harga: RM7.90 | Kod: PJ-2033