SJ – 2527 : SYARAT PENGGUNAAN HADIS LEMAH & HUKUM PERUBA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2527 : SYARAT PENGGUNAAN HADIS LEMAH & HUKUM PERUBA

Assalamualaikum Ahli Panel

1.Bolehkan nyatakan syarat Imam an-Nawawi rh dan Imam as-Suyuti rh dalam pengambilan hadis daief sebagai amalan .

2.Rakan saya jumpa dengan seorang ustaz untuk kesan sama ada dia ada simptom sihir..dan rawatannya dimulakan dengan bacaan ayat Al-Qur`an, kemudiaan sesi urutan dalam keadaan pesakit mata terpejam, kemudian ustaz bertanya sama ada ada melihat warna tertentu dalam keadaan mata terpejam..dan selepas itu baru ustaz itu buat jangkaan..... Soalannya adakah cara ini sesuai dengan kehendak syar`iat ? .

Jazakumullahu Khairan Katsiran .

Wassalam

Re: SJ – 2527 : SYARAT PENGGUNAAN HADIS LEMAH & HUKUM PE


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2527 : SYARAT PENGGUNAAN HADIS LEMAH & HUKUM PERUBATAN WARNA ( AURA )

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Cikgu 73 yang telah mengemukakan soalan . Pihak al-Ahkam Online memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan menjawabnya memandangkan ketiga-tiga panel fiqh ( pendekar – ust. Thtl – ust . Hj Kamin ) semuanya agak sibuk dengan tugas dan komitmen masing-masing semenjak kebelakangan ini .

Nampaknya ada 2 topik yang perlu kita selesaikan iaitu berkenaan dengan ( 1 ) ~ Syarat-Syarat beramal dengan hadis-hadis dho’ief ( lemah ) menurut al-Imam an-Nawawi rh dan al-Imam as-Suyuthi rh , dan ke- ( 2 ) ~ Masalah perubatan menggunakan kaedah warna di dalam menangani masalah sihir .

Kami berharap di masa yang akan datang , sesiapa sahaja yang mahu bertanya 2-3 jenis soalan yang berbeza topiknya , maka tolonglah diajukan di dalam “ posting “ kiriman yang berasingan , bukannya dihantar sekaligus di dalam bentuk RAMPAI SOALAN @ SOALAN BERBAGAI . Ini demi memudahkan rujukan saudara/I sendiri .

Kembali kita kepada soalan yang diajukan oleh Cikgu 73 yang budiman .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Masalah Pertama : SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS LEMAH :

Ini sebenarnya merupakan Soalan dan Jawapan Ulangan . Sebelum ini al-Fadhil Tuan Guru kita , Ustaz Zain y.s telah pun membicarakan topik ini dengan cukup menarik . Sila lihat di :

SJ-2479: Penggunaan Hadis-Hadis Lemah Bah. 1
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=12098

Namun sebagai ringkasannya begini ;

{ a } ~ MENURUT al-IMAM an-NAWAWI ( RH ) :

1. Hadis itu untuk fadha'il a'mal, targhib dan tarhib.

2. Hadis itu tidak terlalu dha'if dan tidak maudhu'.

3. Amalannya mestilah mempunyai dasarnya dari nash sahih yang lain yang umum atau ia berada di bawah kaedah yang umum.

4. Semasa beramal, hadis itu tidak di-iktikad-kan sabit dari Rasulullah s.a.w.. Malah ia hendaklah ber-iktikad untuk ihtiyati sahaja.

{ b } ~ MENURUT al-IMAM as-SUYUTHI ( RH ) :

Pertama (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak keterlaluan. Kerana itu, harus ditolak periwayatan tunggal dari orang-orang yang memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai pembohong, ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak akurat.

Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema dasar umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya dikarang begitu sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali.

Ketiga: Pada saat penerapannya, hendaknya tidak dipercayai sebagai hadis yang tak diragukan asalnya dari Nabi s.a.w. Agar tidak terjadi penisbahan suatu ucapan kepada baginda, sedangkan baginda tidak mengucapkannya. Jadi, hendaknya hadis tersebut dipercayai dengan sikap ihtiyath (berhati-hati).

NASIHAT KAMI :

Walaupun terdapat sebahagian ulama’ rh yang membenarkan penggunaan hadis-hadis lemah dengan syarat-syarat yang telah disebutkan di atas dan beberapa lagi syarat lain , akan tetapi marilah kita melihat ke dalam ribu-ribuan hadis sahih yang telah dikumpulkan olah para ulama’ rh daripada zaman berzaman .

Apakah hadis-hadis sahih itu tidak cukup ataupun tidak baik sehingga kita perlu meninggalkannya lalu mencari-mencari drp sumber yang lemah ? .

Bukankah hadis-hadis sahih itu mendatangkan keyakinan untuk lebih beramal dengannya memandangkan kita sendiri yakin ia memang benar-benar bersumberkan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w ? .

Tidakkah pula hadis-hadis lemah menyebabkan kita masih ragu-ragu di dalam memastikan status hukumnya , lalu mengakibatkan kita pun tidak berapa yakin dengan amalan yang hendak dilakukan dengannya ? .

Kalau begitu , mengapa masih lagi mencari-cari hadis-hadis yang lemah walhal hadis-hadis yang sahih masih banyak di hadapan mata kita ??? .

Marilah kita men”tatbiq”kan saranan Baginda Rasulullah s.a.w :


ÏóÚú ãóÇ íóÑöíÈõßó Åöáóì ãóÇ áóÇ íóÑöíÈõßó

Ertinya : “ Tinggalkanlah apa-apa yang meragu-ragukanmu dan beramallah dengan sesuatu yang tidak meragu-ragukanmu ( meyakinkanmu ) “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam at-Tirmidzie rh ,al-Imam an-Nasaie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Masalah Kedua : Kaedah Perubatan Warna Di Dalam Menghadapi Sihir :

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi . Semakin majunya dunia ini , semakin banyak ilmu pengetahuan yang diterokai oleh manusia dan semakin banyak pula maklumat baru berjaya di kumpul daripada satu generasi ke satu generasi lain .

Kalau dahulu , ada perkara yang menjadi misteri dan rahsia bagi manusia , namun pada hari ini perkara itu sudah tidak pelik lagi disebabkan perubahan masa ataupun kejayaan percubaan sains . Dahulu orang-orang tua kita akan merasa pelik adanya “ air dalam batang besi yang boleh keluar bila-bila masa “ dan ada pula “ lampu yang tidak menggunakan api “ . Namun sekarang perkara itu bukanlah pelik dan takhyul . Samalah dengan generasi silam akan ketawa kalau mendengar “ kapal terbang “ , namun tidak pula bagi kita di hari ni .

Begitulah juga dengan perubatan tradisional warisan Bangsa Melayu , Cina , Jepun dan India , kalau dahulu ramai yang mengatakan ianya sudah ketinggalan zaman dan telah dikalahkan oleh perubatan aliran “ Allophaty “ sebagai aliran perubatan yang paling menguasai institusi perubatan sedunia , namun pada hari ini , makin ramai pula generasi moden yang kembali mengkaji kaedah perubatan-perubatan selain aliran “ Allophaty “ ini dengan kesesuaian semasa , eksperimen Sains dan kesesuaiannya pula dengan al-Quranul Karim dan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w .

Saya bukanlah pakar di dalam bidang ini . Saya sekadar memberikan jawapan dan pandangan berdasarkan sedikit sangat ilmu yang saya miliki . Saya menyarankan Saudara Cikgu 73 dan seluruh sidang pengunjung al-Ahkam Online dapat bertanya pula kepada pakar-pakar perubatan dan Sains .

Apa yang Cikgu 73 kemukakan itu adalah berdasarkan “ Kaedah Perubatan Warna “ ataupun dikenali juga dengan “ Colour Vibration Therapy “ , “ Aura “ , “ Magnetism “ , “ Konsep Getaran “ dan sebagainya termasuklah juga dengan amalan “ Mandi Bunga “ kerana ia ada kaitannya dengan warna-warni dan khasiat yang ada pada bunga-bungaan itu . :ooo:

Setahu saya , perubatan ini juga ada kaitannya dengan konsep orang Melayu kita terhadap “ TENAGA “ yang terdapat di dalam badan ( sama ada berbentuk fizikal ataupun mental / rohani – jasmani / zahir-batin ) , pandangan masyarakat Cina terhadap “ tenaga dalaman “ yang digelar sebagai “ CHI @ QI “ dan masyarakat Jepun yang mempraktikkan “ REIKI “ ( yang mana kaedah ini jugalah digunakan di dalam bidang Seni Bela Diri ) .

Menurut perubatan aliran ini , setiap manusia pada fitrahnya mempunyai beberapa unsur warna di dalam tubuh badannya ( sbg mana manusia ada zat besi , magnet , tenaga dan sebagainya ) . Warna-warni di dalam tubuh seseorang itu akan berubah pula apabila dia diserang oleh penyakit ( sebagai mana haba badan seseorang juga boleh berubah apabila sakit ) .


Gambar : Beberapa lapisan warna yang berbeza di antara seseorang manusia dengan selainnya .

Warna-warni itu pula sekarang ( dengan kemajuan teknologi ) sudah boleh dirakamkan dengan sejenis kamera khas gelombang jarak jauh yang dikenali juga sebagai “ Aura Camera “ .


Gambar : Kamera yang boleh merakam kandungan aura di dalam badan seseorang manusia .

Bukan itu sahaja bahkan menurut kajian Sains , kamera seperti itu juga boleh mengesan makhluk halus @ hantu-setan kerana frekuensi , warna dan zat tubuh-badan makhluk itu yang berbeza dengan manusia ( saya masih belum dapat meyakini lagi hal ini dan tidak pula menafikannya secara total , namun mungkin setelah dibentangkan banyak fakta Sains yang benar , saya akan mempercayainya ) .

Jadi berdasarkan kenyataan ringkas di atas , saya dan juga rakan-rakan pengendali al-Ahkam Online ini TIDAK MAMPU UNTUK MENGATAKAN BAHAWA USTAZ YANG MELAKUKAN RAWATAN ITU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN ATAUPUN SESAT . Apatah lagi tiada larangan di dalam al-Quranul Karim dan Sunnah secara “ SORIH “ ( terang dan jelas ) yang melarang diadakan rawatan seperti itu .

Selagi tidak ditemui sebarang perkarang yang menyalahi tuntutan dan ajaran Islam , maka rawatan itu kembali kepada hukum asalnya iaitu BOLEH .

Silalah saudara Cikgu 73 dan muslimin-muslimat sekalian mendapatkan kenyataan lanjut daripada para ulama’ terbilang di negara kita dan juga pakar-pakar Sains Fizik untuk menerangkan dengan lebih lanjut .

Setakat ini yang kami ketahui dan yang mampu kami nyatakan . Kami tidak berani “ memandai-mandai “ di dalam urusan yang tidak kami ketahui mengenainya .

Jazana Wa Iyyak .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 - TADRIBUR RAWi SYARH TAQRIB an-NAWAWI
Oleh : al-Imam al-Hafiz Jalaluddin as-Suyuthi rh
Komentar Oleh : Syeikh Abdul Wahhab Abdul Latif ha ( Pensyarah Universiti al-Azhar asy-Syarif ) .
Jilid Pertama , Halaman : 298 - 299
Terbitan : Darul Hadist , Kaherah ( 1972 ) .

2 – KAIFA NATA’AMAL MA’AS SUNNAH an-NABAWIYAH
Oleh : al-‘Allamah asy-Syeikh Prof. Dr . Yusuf al-Qorodhowi ha .
Halaman : 89 – 103
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah ( 2000 ) .

3 – DIRASAT FI MA’ARIFAH al-HADIST adh-DHO’IEF
Oleh : Syeikhuna al-Habib Dr. ‘Umar Muhammad Abdul Mun’iem al-Farmawy ha .
Halaman : 18 – 23
Terbitan : Maktab Kambiuter al-Iman al-Mansurah , Sandub .

4 – AL-WADHIH FI ‘ULUMIL HADIST
Oleh : Al-Fadhilah Dr. Raja’ Mustafa Hazin ( Dekan Jab. Hadis al-Azhar – Bhg. Mahasiswi , Kaherah )
Halaman : 124 – 127
Harga : RM 8.00

5 – ARTIKEL-ARTIKEL DR. NORHISHAM WAHAB
http://www.harmonisers.net/

6 – PENGALAMAN DIALOG DENGAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL & AURA-WARNA


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
23 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
24 / Mei / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum