SJ-2523 : Haul zakat pendapatan...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2523 : Haul zakat pendapatan...

:salam
Berapakah haul zakat pendapatan di malaysia???
:confused:

Re: SJ-2523 : Haul zakat pendapatan...

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Persoalan mengenai zakat pendapatan atau zakat Al-Maal Mustafaad [="#800000" size="3"](ÇáãÇá ÇáãÓÊÝÇÏ) telah banyak sekali dijawab oleh Sheikh THTL di Laman web al-Ahkam ini. Sdr boleh merujuk kepada beberapa url dibawah ini:

SJ-2439 : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11805&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
SJ-1953 : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8437&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
SJ-1871 : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8126&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
SJ-1534 : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6219&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

Shiekh Yusuf Al-Qardhwi mengatakan bahawa Gaji bulanan [="#800000" size="3"](ÇáÑÇÊÈ ÇáÔåÑì ) ialah :

[="#0000ff" size="3"]åÐÇ ÇáäæÚ ãä ÇáÃãæÇá íÚÊÈÑ ÑíÚÇ ááÞæì ÇáÈÔÑíÉ ááÅäÓÇä íæÙÝåÇ Ýí Úãá äÇÝÚ æÐáß ßÃÌæÑ ÇáÚãÇá æÑæÇÊÈ ÇáãæÙÝíä æÍÕíáÉ Úãá ÇáØÈíÈ æÇáãåäÏÓ
"Sejenis kewangan yang dianggap hasil dari guna-tenaga pekerja yang berfaedah dan ia adalah upah kepada pekerjaan atau gaji professional hasil bekerja sebagai Doktor, Jurutera dan sebagainya."

Bagi Dr Yusuf Al-Qardhawi, kekayaan bukan sahaja di miliki, tetapi juga diperolehi. Maka sudah tentu dikenakan zakat keatas kekayaan. Dengan kata lain, beliau mendefinasikan bahawa zakat boleh dikenakan keatas mereka-mereka yang memperolehi pendapatan tetap ataupun berubah-ubah.

Menurut beliau :

[="#0000ff" size="3"]æÐåÈ ÈÚÖ ÇáÚáãÇÁ Åáì Ãäå íÒßì åÐå ÇáÃãæÇá ÇáãÓÊÝÇÏÉ ÚäÏ ÞÈÖ ßá ãäåÇ ÈãÞÏÇÑ ÑÈÚ ÇáÚÔÑ (2.5%) ÅÐÇ ÈáÛ ÇáãÞÈæÖ äÕÇÈÇ æßÇä ÒÇÆÏÇ Úä ÍÇÌÇÊå ÇáÃÕáíÉ æÓÇáãÇ ãä ÇáÏíä.
"beberapa ulama' membersihkan duit mustafaad (gaji atau upah) yang diterima keseluruhannya sebanyak 1/4 dari 10 (sebanyak 2.5%) jika pendapatanmya mencapai nisab dan ia mempunyai lebihan dari keperluan biasa dan selamat dari hutang."

Dengan kata lain, gaji bersih cukup nisabnya (85gram emas - lebih kurang RM3,000) diambil darinya 2.5% bagi bayaran zakat. Terdapat dua cara pembayaran zakat :

1. Dizakatkan pendapatan yang diterima pada setiap kali gaji (e.g.:bulanan, atau mingguan.) yang cukup nisab sebanyak 2.5% darinya (cara ini dianjur oleh Al-Qardhawi), atau,
2. Jumlah pendapatan bersih setahun diambil darinya sebanyak 2.5%,

DiMalaysia Zakat pendapatan haulnya ialah 1 tahun (kaedah no:2 diatas). Anda boleh merujuk kepada laman di bawah ini bagi contoh pengiraannya :

klik sini : http://www.e-zakat.com.my/info/info_pendapatan.htm

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr, Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IOL : Gaji bulanan kena zakat. url :http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1812
2. Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fiqh Al-Zakah. cetakan ke 7. Beirut : Resalah, 2001. ms 548-577.
3. e-Zakat - http://www.e-zakat.com.my/info/info_pendapatan.htm
4. PPZ - Zakat pendapatan : http://www.zakat.com.my/infozakat/pendapatan.html

خيرالأمين