SJ-1740 : PAKAIAN BERNAJIS & MENYEBUT " AU KAMA QAL "

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1740 : PAKAIAN BERNAJIS & MENYEBUT " AU KAMA QAL "

Assalamualaikum Tuan Panel Al-ahkam

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan saya yang lepas- saya masih ada persoalan :

1.Bolehkanh dalam syarak seseorang yang pakaian nya terkena najis- dan oleh kerana tiada pakaian yang suci... dia bersoalat dengan niat menghormati waktu..disebabkan tak sepat pulang ke rumah

2.Apakah dalil -Hadis Nabi...yang menetapkan kita kata Ãæ ßãÇ ÞÇájika tak pasti tentang satu-satu hadis

Wassalam

Re: SJ-1740 : PAKAIAN BERNAJIS & MENYEBUT " AU KAMA QAL

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

1 – Perbahasan mengenai perkara ini cukup panjang di dalam kitab-kitab Fiqh dan fatwa-fatwa, namun sebagai ringkasannya ialah :

a – Asal-Usul Solat, mestilah di dalam keadaan berpakaian suci drp sebarang najis adalah wajib disebabkan firman Allah Ta’ala : (( æóËöíóÇÈóßó ÝóØóåøöÑú )) Ertinya : “ Dan hendaklah engkau menyucikan pakaian kau “ ~ Al-Muddatsir : Ayat 4.

b - Asal-Usul Solat, wajib dilakukan di dalam waktunya yang ditentukan, maksudnya kalau solat zuhur, mestilah dilakukan di dalam waktu zuhur, bukannya di waktu selainnya ( kecuali apabila adanya halangan ataupun sebab-musabab yang mengubah kewajipan asal ini ).. Dalil wajibnya ialah : (( ó Åöäøó ÇáÕøóáÇóÉó ßóÇäóÊú Úóáóì ÇáúãõÄúãöäöíäó ßöÊóÇÈðÇ ãøóæúÞõæÊðÇ….. )) Ertinya : “ ..Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas mukminin “~ An-Nisaa’ : Ayat 103.

c - Oleh itu, andainya seseorang itu berada di dalam situasi yang digambarkan oleh saudara penyoal itu, maka hendaklah dia tetap melakukan solatnya walaupun di dalam keadaan berpakaian yang tidak suci kerana menghormati waktu dan kemudian apabila dia mendapati pakaian yang suci hendaklah dia mengerjakan semula solat tadi.

d - Solat untuk menghormati waktu itu menurut sebahagian pendapat, adalah Bid’ah di dalam beribadat, namun menurut pemerhatian saya, ianya bukanlah bid’ah kerana beramal dengan ayat 103, Surah An-Nisaa’ yang kita jelaskan di atas. Tambahan pula, terdapat pula beberapa hadis Saidina Rasulullah s.a.w yang memerintahkan para sahabat (r.a) menunaikan kembali solat fardhu yang sudah pun mereka kerjakan disebabkan beberapa sebab.

***********************

2 – Dalilnya ialah hadis Saidina Rasulullah s.a.w :

ÍóÏöíËõ ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó : ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãóäú ßóÐóÈó Úóáóíøó ãõÊóÚóãøöÏðÇ ÝóáúíóÊóÈóæøóÃú ãóÞúÚóÏóåõ ãöäó ÇáäøóÇÑö

(( “ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang sengaja berdusta dengan namaku, maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka “.)) Riwayat Imam Al-Bukhari (rh) - ( Kitab Ilmu : 108 ) / Imam Muslim (rh) : Muqaddimah Hadis ke-4 / Imam Ibnu Majah (rh) – Muqaddimah – Hadis ke-34 / Imam Ahmad (rh ) – Musnad , halaman 365 – Juzuk ke-2.

Daripada hadis ini, para ulama’ telah membuat istibath ( keputusan ) bahawa untuk mengelakkan seseorang itu daripada berdusta dengan sengaja ke atas ( sengaja berdusta dengan menggunakan nama ) Saidina Rasulullah s.a.w sebagai mana berikut :

I – Kalau kita masih belum meyakini kesahihan sesuatu hadis itu ( apakah martabat hadis itu ) maka hendaklah kita menyatakan “ terdapat di dalam sebuah riwayat “ , bukannya berkata : “ terdapat di dalam hadis Saidina Rasulullah s.a.w “.

II – Jika kita terlupa teks hadis ataupun terjemahan sesebuah hadis dengan lengkap, maka untuk mengelakkan jenayah berdusta dengan menggunakan nama Baginda Rasulullah s.a.w, maka kita dianjurkan untuk menyebut beberapa kalimah yang boleh memberi kefahaman bahawa apa yang akan kita sampaikan itu adalah PENGERTIAN drp hadis Saidina Rasulullah s.a.w, dan ianya BUKANNYA hadis yang betul-betul ( exactly ) keluar drp lisan Saidina Rasulullah s.a.w yang amat mulia itu.

Contohnya dengan menyebut :

“ Ãæ ßãÇ ÞÇá “ AU KAMA QAL : Ertinya : “ Ataupun seumpama itu sabda Baginda Nabi s.a.w”.

“ ÝíãÇ ãÚäÇå “ FI MA MA’ANAHU : Ertinya : “ Secara pengertiannya adalah … “.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1- FIQH AL-ISLAMIY WA ADILLATUH : Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily
Jilid I , halaman 731 –734 ( Cetakan ke-4 : 1997 ) ~ Darul Fikr.

2- AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM : ‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr
Jilid –IV , halaman 103 ( Cetakan Darul Ghad Al-‘Araby ).

3- Penerangan Lisan Drp Syeikh Solleh Hamdi As-Sisi.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

9 / Jumadi Tsani / 1423 H
18 / Ogos / 2002 M

Bandaraya Kaherah