SJ –2740: MENGHADIRI MAJLIS ILMU YANG “ ROSAK “

Primary tabs

6 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ –2740: MENGHADIRI MAJLIS ILMU YANG “ ROSAK “

:salam

Apakah hukumnya kita menghadiri majlis ilmu yang pengajarnya kita ketahui suka mengumpat, menghina dll. (Merujuk kepada amalan mengumpat yang keluar dari batas yang ditetapkan oleh syarak)? :chepa

azhar66 (not verified)
Re: SJ - XXXX : MENGHADIRI MAJLIS ILMU YANG

Kalau dah tau begitu sikap pengajarnya senang aje.. carilah tempat lain.. kelau dah tau majlis tu dah "rosak" buat apa dihadiri jugak.. attend pun buat sakit jiwa aje..

anakmurid (not verified)
Re: SJ - XXXX : MENGHADIRI MAJLIS ILMU YANG

Loo....itu bukan jawapan yang saya harapkan........!

aznanhamat (not verified)
Betul ke nak tanya ni ke nak ape??

Assalamualaikum,

Nak harapkan ape lagi. Saje je ke nak cari debat lagi dan nak suruh panjang lagi bincang ke. Dah tahu dah dia mengumpat buat ape kita ikut majlis dia. Boikotlah majlis camtu, kecualilah kita mampu tegur dia!!!

wassalam

aznanhamat (not verified)
Rasa kasar pulak dah..

Assalamualaikum,

Masa tulis tu rasa selamba je. Tapi selepas tulis tu rasa kasar pulak dah. Nak minta maaf lah kat anakmurid yg di sayangi.

Maaf ye..

wassalam

Re: SJ –2740: MENGHADIRI MAJLIS ILMU YANG “ ROSAK “


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ –2740: MENGHADIRI MAJLIS ILMU YANG “ ROSAK “

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara anakmurid yang mengemukakan soalan yang baik kali ini .

Sebelum saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh saudara , izinkanlah saya meluahkan sedikit apa yang “ terbuku “ di dalam sanubari saya sebelum ini .

Semenjak kebelakangan ini , saya melihat kecenderungan beberapa orang daripada saudara-saudara pengunjung al-Ahkam Online yang cuba untuk menjadikan RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH ini sama konsepnya sebagai mana RUANGAN DISKUSI UMUM ( UMUM , BERITA , INfO & ISU SEMASA ) .

Hal ini adalah BIASA bagi mana-mana ruangan forum yang bertebaran di Alam Maya ini , akan tetapi IA ADALAH GANJIL bagi RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH di al-Ahkam Online MELAINKAN di ruang khusus , iaitu di : RUANGAN DISKUSI UMUM ( UMUM , BERITA , INfO & ISU SEMASA ) . Di dalam al-Ahkam Online sebelum ini , tidak pernah ada orang yang cuba menyampuk dan mencelah di dalam RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH melainkan pihak penyoal dengan para panelis Fiqh sahaja ! .

Apa yang saya maksudkan dengan menjadikan RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH ini sama dengan RUANGAN DISKUSI UMUM ialah adanya orang itu yang menyampuk , adanya orang ini yang memprovokasi soalan si penyoal asal ( penyoal pertama ) , adanya si fulan yang menjawab soalan yang ditanya tanpa menunggu jawapan daripada para panelis al-Ahkam dan adanya orang itu dan ini yang mencelah .

Bukannya kami ( Para Panelis al-Ahkam ) MELARANG saudara-saudari semua daripada berbuat begitu , malahan kami sendiri berterima kasih yang tidak terhingga kepada saudara-saudari kami yang menolong menjawab soalan yang dikemukakan dan ini dapat melegakakan hati si penyoal tanpa perlu menunggu lama pihak panelis memproses jawapan tersebut .

Yang tidak kami senangi ialah sikap segelintir kita yang menyampuk dan membalas soalan itu dengan jawapan-jawapan yang “ tidak betul “ dan lebih memeningkan kepala si penyoal .

Kalau mahu menyampuk dan menjawab serta membalas sekalipun , silalah kemukakan jawapan itu secara ilmiah dan sebagai penyelesaian , bukannya lebih meresahkan si penyoal asal .

Kalau mahu menyampuk dan membalas dengan lebih bebas lagi , maka silakan ke RUANGAN DISKUSI UMUM .

Bukannya kami mahu memonopoli RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH dan bukannya kami mahu tunjuk lagak seolah-olah kami sahaja yang reti menjawab , akan tetapi sikap seperti itu di Ruangan Soal-Jawab Fiqh TIDAKLAH DIALU-ALUKAN . :non

Kalau saudara-saudara mahu membantu juga kami di RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH , maka silalah menjawab soalan yang dikemukakan dengan cermat dan ilmiah sebagai mana yang ditunjukkan oleh Saudara semutapi ataupun al-Fadhil Saudara gayat , ataupun apa yang biasa dilakukan oleh al-Fadhil Saudara Aznan Hamat ( di Ruangan Diskusi Umum ) . :yess

Kalau mahu menjawab soalan secara quote , cut & paste , maka jangan lupa sertakan sekali daripada sumbernya ( apakah url asalnya ataupun daripada kitab mana dinyatakannya ) .

Dan pada waktu itu , kami akan sekali lagi BERTERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA kerana membantu meringankan kerja-kerja kami di sini .

Harap Maaf dan Harap Maklum .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Kembali kita ke soalan yang dikemukakan oleh Saudara anakmurid di atas :

Mengumpat adalah satu perkara yang keji dan berdosa serta ia juga menjatuhkan maruah si pelakunya . Oleh kerana itu , tidak sedikit ayat-ayat al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist yang sahih yang mencela perbuatan tersebut .

Walaupun begitu , di dalam beberapa situasi tertentu , perbuatan mengumpat itu tidaklah pula dianggap mengumpat . Ataupun di dalam lain perkataan : Ia tidaklah dianggap berdosa .

Saya telahpun menjawab soalan mengenai hal tersebut di :

SJ - 2075 : MEMALUKAN ORANG LAIN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9011

Oleh itu sebelum kita mendakwa bahawa seseorang itu telah mengumpat , maka LEBIH BAIK kita perhatikan betul-betul dengan cermat dan teliti , adakah ucapannya itu benar-benar boleh dianggap sebagai satu perbuatan yang tercela ( mengumpat ) ataupun sebaliknya .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Quote:
Apakah hukumnya kita menghadiri majlis ilmu yang pengajarnya kita ketahui suka mengumpat, menghina dll. (Merujuk kepada amalan mengumpat yang keluar dari batas yang ditetapkan oleh syarak)?

JAWAPANNYA :

Jika kita benar-benar yakin bahawa seseorang pengajar ( guru agama ) itu mengumpat ataupun mencela ataupun membuka aib seseorang itu TANPA sebab-sebab yang dibenarkan oleh syariat Islam dan sebagai mana yang telah dinyatakan di dalam SJ – 2075 : MEMALUKAN ORANG LAIN , maka ketahuilah , itu BUKANNYA majlis ilmu , malahan itu adalah majlis umpat-mengumpat , kata-mengata , membuka pekung dan memalukan orang lain .

Masakan boleh tingkah-laku si pengajar itu dianggap sebagai tingkah-laku seseorang yang sedang mengendalikan sesebuah majlis ilmu !? .

Mana mungkin majlis ilmu yang mulia dan yang dinaungi oleh Para Malaikat a.s disamakan dengan sebuah majlis yang dipenuhi dengan kata-kata hodoh lagi kesat serta tingkah-laku keji si pengajarnya dan juga murid-muridnya !? .

Dan mustahil juga majlis ilmu yang diberkati dan dinaungi Ilahi disamakan pula dengan majlis “ gelak – ketawa “ yang sudah lari daripada batasan-batasan dan disiplin-disiplin sesebuah majlis ilmu !? .

Perbuatan mengumpat , mencela , memalukan seseorang ataupun apa sahaja yang menggunakan lidah , YANG TERKELUAR DARIPADA BATASAN-BATASAN SYARIAT , maka itu adalah satu perbuatan yang keji .

Di dalam kitab-kitab Tasawwuf dan Akhlaq dinyatakan bahawa perbuatan seperti itu dianggap sebagai BATIL di dalam Islam . Batil ini mempunyai berbagai maksud di dalam bahasa kita , seperti : Batal , Rosak , Punah –Jahanam , Tertolak , Palsu dan Karut !!! .

Sesuatu majlis ilmu yang tidak dijaga adab dan tata-tertibnya , TIDAK MUSTAHIL boleh menjadi BATIL ! .

Allah Ta’ala sendiri melarang kita daripada berbuat apa-apa sahaja yang BATIL dan melarang juga kita daripada melibatkan diri dengan sebarang aktiviti-aktiviti yang batil .

Allah Ta’ala menjelaskan jawapan golongan munafiqin dan kafir apabila mereka disiksa teruk di dalam neraka dan apabila mereka disoal oleh para penghuni syurga dengan firman-Nya di dalam Surah al-Muddatsir , ayat 40 – 48 ( Fokuskan kepada ayat ke-45 ) :

[="#0000ff" size="3"]

Ýöí ÌóäøóÇÊò íóÊóÓóÇÁáõæäó

Ertinya : “ orang-orang yang daripada golongan kanan itu ( ahli-ahli syurga ) akan saling tanya-menanya “ ~ Ayat 40 .

Úóäö ÇáúãõÌúÑöãöíäó

Ertinya : “ darihal orang-orang yang berdosa ( kafir ) “ ~ Ayat 41 .

ãóÇ Óóáóßóßõãú Ýöí ÓóÞóÑó
Ertinya : “ ( orang-orang yang beriman bertanya kepada orang-orang kafir ) apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar ? “ ~ Ayat 42 .

ÞóÇáõæÇ áóãú äóßõ ãöäó ÇáúãõÕóáøöíäó

Ertinya : “ Mereka ( orang-orang kafir ) menjawab : Kami dahulu tidak termasuk daripada golongan mereka yang bersembahyang “ ~ Ayat 43 .

æóáóãú äóßõ äõØúÚöãõ ÇáúãöÓúßöíäó

Ertinya : “ dan kami juga tidak pernah memberikan makanan kepada golongan faqir-miskin “ ~ Ayat 44 .

æóßõäøóÇ äóÎõæÖõ ãóÚó ÇáúÎóÇÆöÖöíäó

Ertinya : “ DAN KAMI JUGA MASUK KE DALAM ( PERBICARAAN-PERBICARAAN YANG BATIL ) BERSAMA GOLONGAN ITU “ ~ Ayat 45 .

æóßõäøóÇ äõßóÐøöÈõ Èöíóæúãö ÇáÏøöíäö
Ertinya : “ dan kami juga dahulunya mengengkari hari pembalasan ( hari akhirat ) “ ~ Ayat 46 .

ÍóÊøóì ÃóÊóÇäóÇ ÇáúíóÞöíäõ

Ertinya : “ sehinggalah datang satu perkara yang yakin ( kematian ) kepada kami “ ~ Ayat 47 .

ÝóãóÇ ÊóäÝóÚõåõãú ÔóÝóÇÚóÉõ ÇáÔøóÇÝöÚöíäó
Ertinya : “ dan tiadalah berguna bagi mereka lagi syafaat daripada mereka yang boleh memberi syafaat ( daripada para malaikat a.s , para nabi a.s dan orang-orang yang soleh ~ maksudnya : tiada langsung syafaat untuk mereka ) “ ~ Ayat 48 .

Dan Allah Ta’ala juga mengajar kita akan sikap yang perlu kita tunjukkan apabila ada orang yang berbicara secara “ songsang “ berkenaan dengan Allah Ta’ala ataupun apabila ada orang yang berbuat batil dengan firman-Nya di dalam Surah an-Nisa’ , ayat 140 :

[="#0000ff" size="3"]
ÝóáÇó ÊóÞúÚõÏõæÇú ãóÚóåõãú ÍóÊøóì íóÎõæÖõæÇú Ýöí ÍóÏöíËò ÛóíúÑöåö Åöäøóßõãú ÅöÐðÇ ãøöËúáõåõãú Åöäøó Çááøåó ÌóÇãöÚõ ÇáúãõäóÇÝöÞöíäó æóÇáúßóÇÝöÑöíäó Ýöí Ìóåóäøóãó ÌóãöíÚðÇ

Ertinya : “ …..maka jangalah kamu duduk bersama-sama mereka sehinggalah mereka masuk pula ke dalam perbicaraan yang lain , kerana sesungguhnya kamu di waktu itu sama sahaja ( jika kamu terus duduk bersama ) dengan mereka ( dari sudut dosa ) . Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan golongan munafiqin dan kafir kesemuanya di dalam neraka jahannam “ .

Kami menasihati diri kami sendiri dan saudara-saudari kami yang terlibat di dalam aktiviti dakwah dengan menggunakan lisan serta seluruh para pendengar dan penonton , agar sentiasa memelihara akhlaq dan adab-adab sesebuah majlis ilmu .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala memelihara kita daripada gejala kegelinciran lisan dan juga segala jenis kegelinciran dan kesesatan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ MAU’IDZOTUL MUKIMIN MIN IHYA’ ULUMIDDIN
Oleh : Al-'Allamah al-Imam Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi rh
Bab : 4 ( Afat al-Khaudh Fil Batil ) , Halaman : 365
Terbitan : Dar Ibn Rajb , el-Mansurah & Fariskor , Dimyat

2 – TAFSIR al-JALALAIN RH
Terbitan : ECS Software , Egypt

3 – CD KULIAH MAUIDZOTUL MUKMININ
Disampaikan oleh : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz ha
Bahagian : II , Bab : 205 , Minit ke : 38.20
Terbitan : Pondok Online


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
18 / Jumadi Awwal / 1424 H
18 / Julai / 2003 M

JUMAAT ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum