SJ - 2817: Hukum putus saf

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2817: Hukum putus saf

:salam
Apakah hukumnya apabila saf sesuatu jemaah putus..adakah berdosa.. adakah sah sembahyang

Re: Hukum putus saf

:salam

Bk hadis2 yg menyruh kita melurus dan merapatkan saf. Tapi apa yg kita perhatikan di M'sia, mereka tidak mengambil berat akan perkara ini. Mereka mengutamakan keselesaan peribadi daripada suruhan Rasulullah saw. Mari kita melihat beberapa buah hadis yg berkaitannya:

1. Anas bin Malik menerangkan, "Bahawasanya Nabi saw berkata, "Perbaikilah saf2mu, kerana memperbaiki saf itu(meluruskannya) adalah dari kesemurnaan sembahyang."[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

2. Nu'man bin Basyir berkata, "Adalah RAsulullah saw memperbaiki saf2 kami seakan2 beliau memperbaiki anak2 panah(maksudnya lurus dan rapat). Demikianlah beliau buat sehingga beliau yakin telah mengetahuinya dgn baik. Pada suatu hari beliau keluar lalu berdiri. Di kala hampir bertakbir, beiau melihat seorang lelaki yg agak maju sedikit dari saf, maka beliau bersabda, "Wahai hamba Allah, hendaklah kamu merapatkan saf, meluruskan melempangkannya atau hendaklah Allah membedakan antara hati2mu."[Hadis riwayat Jamaah kecuali Bukhari]

3. Abu Umamah ra berkata, "Perbaikilah saf2mu dan sejajarkanlah pundak2mu, berlaku lembutlah di dalam tangan2 saudaramu, dan isikanlah tpt2 lapang; kerna syaitan itu masuk ke dalam di antara kamu sebagai anak2 kambing yg masih kecil2 masuk ke dalam barisan2nya."[Hadis riwayat Ahmad]

Diriwayatkan juga bahawa Umar al-Khattab memukul org yg tidak berdiri baik di dalam saf. Manakala Usman Ibn Affan pula tidak akan bertakbir selagi tidak datang kpdnya pemeriksa saf.

Betapa byknya hadis yg menekankan pentingnya meluruskan saf. Berdasarkan hadis2 yg byk berkaitannya, maka jelaslah bhw hukum melurus dan merapatkan saf itu wajib. Apatah lagi tindakan saidina Umar dan Usman terdapat kepentingan saf ini. Namun begitu, tidaklah ia menjadi batalnya solat seseorang. WA.

:wassalam

Rujukan

Fikih Sunnah Jilid 2
oleh Sheikh Sayyid Sabiq

Tamamul Minnah
oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani

Koleksi Hadis2 Hukum Jil 4
oleh Prof Muhammad Hadbi Ash-Siddieqy

Re: Hukum putus saf

Sekadar tambahan kepada Sahibus samahah Syeikhul Ahkam

:necoraman

Merapatkan saf adalah mustahab di sisi fuqaha mazhab dan sekiranya terputus sah tidak membatalkan solat.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W masuk ke celah2 saf dari satu sudut ke satu sudut sambil menyapu dada-dada dan bau-bahu kami dan bersabda: “Janganlah kamu berselisih nanti hati-hati kamu berselisih.” (Hadith riwayat Muslim)

Tetapi mereka yang tidak berada di dlm saf, yakni berada berkeseorangan di belakang dan mengikut imam, mengikut jumhur fuqaha mazhab kecuali Hanbali, sembahyang itu adalah sah. Ini disandarkan kepada dalil berikut:

Dari Abu Bakrah, bahawa beliau sampai kepada Nabi S.A.W sedang baginda dlm keadaan rukuk, lalu berhimpun rukuk sebelum sampai ke dalam saf, lalu hal itu diceritakan kepada Nabi S.A.W. Maka sabda Nabi S.A.W: “Mudah-mudahan Allah tambahkan ketelitian kepda kamu dan janganlah kamu ulangi.” (Hadith riwayat Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)

Dari Ibn Abbas, aku datang kepada Nabi S.A.W pada akhir malam, lalu aku sembayang di belakangnya. Maka baginda memegang tanganku dan menarikku sehingga aku menjadi sebaris dgnnya. (Hadith riwayat Ahmad di dlm Nailul Awtar)

Mazhab Syafie dan hanafi berkata sembahyang itu sah berserta makruh.

Mazhab hanbali sembahyang itu tidak sah dan wajib diulangi. Dalil yang disandarkan:

Dari Wabisah bin Ma’bad, bahawa Nabi S.A.W melihat seorang lelaki bersembahyang berseorangan di belakang saf, lalu baginda S.A.W memerintahkannya supaya mengulangi sembahyang itu. (diriwayatkan oleh 5 perawi kecuali An-nasa’ie)

Dari Ali bin Syaiban, bahawa Nabi S.A.W melihat seorang lelaki bersolat di belakang saf, lalu baginda berhenti sehinggalah lelaki itu selesai solatnya. Lalu Nabi S.A.W bersabda kepadanya: “Hadapkan solat kamu, tidak ada solat bagi orang yang berseorangan di belakang saf.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Rujukan:
Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu Al-Juz Thani, Wahbah Az-Zuhaili

Re: Hukum putus saf

:wassalam
JKK dan syabas kepada kedua Ustaz kita ni. Nampaknya dah hampir-hampir boleh dapat Tauliah dari Syaikh Sifu dah ni. Lulus utk paparan dengan sedikit tambahan.

Isu: Hukum si makmum yg terpecil dari saff induk.
Sdr Zayed memberi pendapat Jumhur dan minoriti tapi tidak memberikan pendapat yg Rajih (lebih tepat).

Pendapat yg Rajih: (menemukan dua pendapat yg berlawanan)
Solat orang yg solat solo di belakang saf tanpa uzur adalah tidak sah. Sah jika dharurat (Imam bertakbir hendak ruku'), atau semua saff sudah penuh. (Syarah kitab Syarh Sunnah alBaghawee: 3/379-380) WA