:salam
Apa hukumnya merancang keluarga dgn kaedah mengikat saluran-saluran dari kilang telur perempuan? Alasannya adalah kerana nasihat doktor bahawa rahim perempuan berkenaan sudah tidak kuat utk menampung bayi. Semua 4 orang anak yg dilahirkan (sebelum ini) adalah tidak cukup bulan. Ada risiko sekiranya mengadung lagi. TERIMA KASIH.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2904: Hukum Perancangan Keluarga
Primary tabs
Wed, 10/09/2003 - 1:34am
#1
SJ - 2904: Hukum Perancangan Keluarga
:wassalam
Jawab:
Perancang keluarga atas sebab ekonomi itu yg ditegah, tapi atas alasan Medical (kesihatan) yg mengancam nyawa ibu, maka metode yg anda sebutkan itu (tuba palupil) adalah diharuskan atas alasan menolak dharurat (dharurat: sesuatu yg membawa kebinasaan atau mendekati kebinasaan), antara kaedah fiqih ialah 'Jalbu almanafi' wa daf'u almafasid (menarik maslahat dan menolak kerusakan), "dar'ul almafaasid muqaddam 'alaa jalbi al masolih (menolak kerusakan diutamakan drpd mengambil kebaikan) [Imam Syuyuti, asybah wan Nazair/60) juga Syaikh Masfuk Zuhdi, Masail Fiqhiyah, 53-55) Banyak2 kitab2 Fatawa semasa yg mendokong hal ini antaranya Fatawa Mu'asirat lil qardhawi, Fatawa AlAzhar (Atiyah saqr), dll. WA