Setiap kali saya bangun Subuh, di kemaluan saya sering ada cecair seperti mazi. Selalu saya bangun awal untuk mencucinya tapi ia sering keluar semula semasa saya solah subuh. Kekadang saya berlari-lari anak, membongkok dan sebagainya bagi memastikan ia benar-benar habis keluar. Bagaimana keadaan solah saya jika ia masih juga keluar?
Sumber Rujukan Islam Anda..
wa'alaikumussalam wbrt
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr anakmurid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Hukum mengenai pemasalahan keluar mazi secara berterusan (ãÐí) adalah sama seperti mereka yang menghadapi kencing tidak lawas (ÓáÓ Èæá), angin selalu keluar (ÑíÍ) dan bagi wanita yang menghadapi istihaadah (ÇáãÓÊÍÇÖÉ).
Kami ingin memetik jawapan Al-Fadhil Ustaz thtl yang menjawab persoalan kencing tidak lawas yang agak serius yang diambil dari arkib al-ahkam :-
Secara umumnya, barangsiapa yang menghadapi permasalahan yang sentiasa membatalkan wudhu', seperti keluarnya mazi yang tidak menentu, kencing yang tidak lawas, angin selalu keluar dan sebagainya hendaklah mengambil wudhu' bagi setiap waktu solat (apabila masuk waktu), dan bersolatlah fardu dan sunat-sunatnya dengan wudhu' tersebut, sehinggalah masuk waktu solat yang lain. Dalilnya telah diriwayatkan oleh Dua Shahih dari A'isyah ra berkata :
Akan tetapi jika seseorang itu tahu bahawa air kencing atau mazi akan berhenti pada masa yang membolehkan dia bersuci dan bersolat, maka hendaklah dia melewatkan solat sehingga waktu tersebut.
Sheikh Utsaimin menegaskan bahawa salah satu dari scenario dibawah ini mesti diapplikasikan :
Berkata Al-Bahooti :
Akhir kata, kami memetik kata-kata Sheikh Abdul karim Al-Khudri :-
'Dan tidak dijadikan keatas kamu didalam agama sesuatu yang menyusahkan" - [al-Hajj : 78]
Akan tetapi jika anda khuatir bahawa badan atau pakaian akan dikotori, anda hendaklah melapek (eg: bahagian kemaluan) dengan kain atau sebagainya, dan solat setelah berwudhu', dan janganlah diberi tumpuan tentang apa-apa yang datang dari apa yang tidak boleh kita kawal. Ini merupakan penyakit yang biasa, dan bukan disebabkan oleh Syaitan. Tahaarah adalah perlu, anda perlu memperbaharuinya (wudhu') bagi setiap kali melakukan solat wajib" - tamat petikan.
Wallahu'alam. wassalam
خيرالأمين