SJ-01-0022: Yaqazah & Solat Awal

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0022: Yaqazah & Solat Awal

Asslmkm Wmt Wkt Ahli-ahli panel Al-Ahkam

1.Apa pandangan Islam terhadap konsep yaqazah ( berjumpa Nabi dalam sedar ) yang difahami oleh orang tarikat?

2.Adakah sah solat Maghrib yang dilakukan 3 minit lebih awal dari waktu yang dicatat dalam taqwim solat?

Jzkmllh

SJ-01-0022: Yaqazah & Solat Awal

:salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Masalah:

Quote:
1.Apa pandangan Islam terhadap konsep yaqazah ( berjumpa Nabi dalam sedar ) yang difahami oleh orang tarikat?

Jawab:
Saya ada menulis mengenai hal yaqazah.Sila rujuk di sini:
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=22112

Masalah:

Quote:
2.Adakah sah solat Maghrib yang dilakukan 3 minit lebih awal dari waktu yang dicatat dalam taqwim solat?

Solat fardu yg lima adalah ibadah mu'aqqatah (ãÄÞÊÉ). Ada waktu2 yang telah ditetapkan. Solat diluar waktu yg ditetapkan adalah solat yang tertolak dan tidak sah. Melainkan dalam keadaan tertentu spt qadho' solat.

Taqwim solat yang disahkan atau diiktiraf oleh pihak berkuasa diakui serta diyakini sebg tepat. Kita boleh merujuk artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, Bahagian Falak Syar'ie.

Wallahu a'lam.

Sekian, semoga bermanfaat..

:wassalam

------------------------------
Rujukan (petikan artikel):
1. http://sukweb.selangor.gov.my/mufti/FalakSyarie/PenentuanWaktuSolat.htm :
Solat yang fardhu dan kebanyakan solat sunat hanya sah didirikan pada tempoh masa tertentu. Ilmu falak / astronomi menyediakan kaedah perhitungan dan penghisaban waktu solat yang boleh diyakini ketepatannya.Dalam konteks penetapan waktu solat (sembahyang) samada solat fardhu mahupun solat sunat tertentu, dasar syarak yang ditetapkan adalah merujuk kepada kedudukan matahari relatif kepada kita.

Hasil daripada pengamatan dan pengkajian berterusan terhadap pergerakan matahari, maka dibuat model matematik bagi pergerakan tersebut dan dari situ kiraan astronomi dapat dilaksanakan.Ketepatan kiraan adalah bergantung kepada beberapa faktor, diantaranya model matematik pergerakan matahari tersebut.

Pada masa kini, telah terbukti bahawa model yang digunakan adalah agak tepat dan memadai untuk amalan solat.Sesungguhnya, hukum fiqh tentang waktu solat itu sendiri pun ada kelonggaran dan fleksibel, sejajar dengan Agama Islam itu sendiri yang sesuai untuk semua manusia, tempat dan zaman.

Sebagai contoh, mengikut hukum fiqh, waktu awal maghrib adalah bila matahari terbenam. Hukum ini adalah tetap sampai akhir zaman. Setiap manusia yang tidak cacat penglihatan, kalau berada di tepi pantai mampu melihat peristiwa matahari terbenam di ufuk barat dan seterusnya boleh mula menunaikan solat Maghrib atau berbuka puasa jika pada bulan Ramadhan.

Seterusnya bagi mereka yang mempunyai ilmu berkaitan dan mampu membuat penghisaban waktu matahari terbenam. Ia merupakan satu kemudahan baginya dimana ia tidak perlu ke tepi pantai untuk melihat fizikal matahari ketika terbenam untuk memulakan solat maghrib atau berbuka puasa. Sebaliknya ia boleh merujuk kepada waktu hasil kiraannya yang diyakini. Begitulah kaedah dengan penetapan waktu-waktu solat yang lain.

2. http://www.fksg.utm.my/Keterangan_2005.htm