SJ-01-0010: al quran..kalam allah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0010: al quran..kalam allah

assalamualaikum...
bilakah munculnya pandangan mngenai alquran itu makhluk @tidak ?kenapa isu ini diketengahkan oleh mereka?adkah alquran itu kalam allah atau apakah hakikat sebenar mngenai alquran itu?.bagaimana pula mngenai hadith2 yg dkluarkan mngenai alquran itu makhluk dan sebaliknya,sahihkah hadith tersebut?
sekian wassalam

SJ-01-0010: al quran..kalam allah

Persoalan khalqul quran bukan perkara yg baru. Ttp telah bermula sejak zaman imam malik. Malah Imam Ahmad telah dipenjarakan oleh pemerintah atas kerana beliau enggan mengakui bahawa bahawa quran itu adalah makhluk ttp adalah kalamullah. Pendapat ini dipelopori oleh golongan muktazilah dan Jahmiyyah yg mengatakan kalam Allah itu bererti Allah yg mencipta kalam Allah; jadi kalam Allah itu bukanlah sifat yg berdiri pada dzat. Fahaman ini menyusup masuk ke dlm pemerintahan, tak lain dan tak bukan hanyalah utk menghuru harakan pemerintahan umat Islam ketika itu.

Imam Malik pun ketika ditanya tentang orang yang mengatakan bahawa Al Qur’an itu makhluk, maka beliau berkata : “Dia menurut pendapat adalah kafir, bunuhlah dia !” Juga Ibnul Mubarak, Al Laith bin Sa’ad, Ibnu Uyainah, Hasyim, Ali bin Ashim, Hafs bin Ghayats mahupun Waqi bin Jarrah sependapat dengannya. Pendapat yang seperti ini juga diriwayatkan dari Imam Tsauri, Wahab bin Jarir dan Yazid bin Harun. (Mereka semua mengatakan): “Orang-orang itu diminta untuk taubat, kalau tidak mahu dipenggal kepala mereka.” (Syarah Ushul I’tikad 494, Khalqu Af’alil Ibad hal 25, Asy’ariyah oleh Al Ajuri hal. 79, dan Syarhus Sunnah Al Baghawi 1/187)

Rabi’ bin Sulaiman Al Muradi, sahabat Imam Syafi’i, berkata: “Ketika Haf Al Fardi mengajak bicara Imam Syafi’i dan ia mengatakan bahwa Al Qur’an itu makhluk, maka Imam berkata kepadanya: “Engkau telah kafir kepada Allah Yang Maha Agung.”

Sebenarnya tidak ada nas yg terang samda dari alquran dan assunnah yg mengatakan bahawa alquran itu makhluk atau bukan makhluk. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata:
“Bahawa Allah itu berkata2 secara hakiki. Alquran diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W merupakan kalam hakiki bukannya hikayat dari kalam Allah.” (Minhajus Sunnah, Jilid I, ms 221-222)