SJ-12-0011: Hadith mengenai cara jima'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0011: Hadith mengenai cara jima'

assalamualaikum wrt wbt

saya menerima email dari seorg sahabat tentang hadith2 yg menceritakan tentang adab2 berjima'. saya tidak pasti akan kesohihan riwayat tersebut. cuma saya syak dan ragu akan keasliannya. berikut adalah article tersebut:

WASIAT RASULULLAH S.A.W.
ADAB UZ-ZIFAF

Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar
dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari
Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat
kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian
Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan
Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa
menaungi
di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai
setiap
penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis
makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak
akan
bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan
sopak mudah mengenainya dan anaknya."
3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan
sangat suka kepada manusia yang bermata juling."
4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima'
yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."
5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sungguhnya mewarisi buta -
iaitu anak."
6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina."
7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua
api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."
8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu
satu tuala dan pada isterimu satu tuala."
9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan
kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian
itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada
berpecah dan talak."
10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara
berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan
kaldai,
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu
sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di
merata-rata tempat."
11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat
anak baginya kecuali sudah tua."
12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam
tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
aku
bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."
13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah
cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna
(cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak
maka
sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan
faqir sehingga mati."
14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah
pohon
kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang
sebat atau seorang ketua yang bengis,"
15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu
antara
azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika
Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang
yang
menumpahkan darah."
16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia
hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi
seorang yang buta hati dan bakhil tangan."
17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan
mempunyai
tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."
18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu
jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."
19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan
syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang
zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."
20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas
loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan
anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau
yang
melewati batas."
21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan
membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat
Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."
22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang
demikian
itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak,
nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."
23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat."

ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah
:"Allahumma
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang
demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak
dimudaratkan
oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."
25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab
Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t.
(baik
dan buruk Qada' dan Qadar Allah)."
26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam
Selasa,
Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat
Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada
ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala
kepadanya)
bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta
dan
mengadu-domba."
27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis,
maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana,
atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."
28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari
ditengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang
anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan
menjadi
seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan
agama dan dunia."
29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan
petah."
30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,
selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
masyhor dan alim."
31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH
MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."..... 1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq,
Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
Ikhlas,
-rzmn-

harap, pihak al-ahkam dapat jelaskan tentang hadith2 tersebut.

SJ-12-0011: Hadith mengenai cara jima'

:salam,

1. Kedudukan artikel ini berbau syiah. Ketahuilah hadith ini adalah hadith palsu. Yg menceritakan kelebihan2/peringatan yg melampau2. yg paling nyata:

Quote:
"Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

sungguh melucukan. Pasti umat islam akan ditertawakan apabila dibaca kpd orang kafir. Kerana cacat atau tidak bayi yg dilahirkan bukan kerana bila bersetubuh ttp lebih kpd factor genetic, permakanan, dan bukti2 perubatan yg lain.

Dlm ilm hadith, ilm ini dikenali sbg Naqd Al-Mutun (äÞÏ ÇáãÊæä) atau mengkritik teks iaitu dgn melihat sejauh manakah kebenaran yg boleh dipercayai daripada sesuatu teks. Ini dgn cara membandingkan teks tersebut dgn dgn alquran atau as-sunnah atau sejarah yg boleh dipegang atau aqal yg waras atau apa yg kita saksi di alam kenyataan. Imam Ibn Jawzi menyebut:


ÅÐÇ ÑÃíÊ ÇáÍÏíË íÈÇíä ÇáãÚÞæá Ãæ íÎÇáÝ ÇáãäÞæá Ãæ íäÇÞÖ ÇáÃÕæá ÝÇÚáã Ãäå ãæÖæÚ

“Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (Al-quran) dan bertentangan dgn usul-usul islam, maka ketahui ia hadith yg palsu.” (As-Suyuti, Tadrib Al-Rawi)

2. Riwayat ini tidak pernah ditakhrij oleh Imam Ahmad. Kalau dilihat dlm musnad imam ahmad, þæãä ãÓäÏ Úáí Èä ÃÈí ØÇáÈ ÑÖí Çááå Úäåþ (yakni hadith2 riwayat dari Ali R.A.); tidak ada satupun riwayat tentang menyebut akan kemudaratan apple (ÊÝÇÍÉ) atau susu.

3. Tidak satu hadith sahih pun yg menceritakan ttg fadhilat mendatangi isteri pada malam jumaat atau pada malam tertentu.

Namun di sana ada beberapa hadith ttg cara mendatangi isteri. secara ringkasnya. apabila hendak mendatangi isteri disunatkan membaca spt yg disebut dlm hadith bukhari dari qutaibah bin said diceritakan dari jarir dari mansur dari salam dari Kuraib dari Ibn Abbas R.A:


þ þÍÏËäÇ þ þÞÊíÈÉ Èä ÓÚíÏ þ þÍÏËäÇ þ þÌÑíÑ þ þÚä þ þãäÕæÑ þ þÚä þ þÓÇáã þ þÚä þ þßÑíÈ þ þÚä þ þÇÈä ÚÈÇÓ þ þÑÖí Çááå ÚäåãÇ þ þÞÇá þ
þÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þáæ Ãä ÃÍÏßã ÅÐÇ ÃÑÇÏ Ãä íÃÊí Ãåáå ÝÞÇá ÈÇÓã Çááå Çááåã ÌäÈäÇ ÇáÔíØÇä æÌäÈ ÇáÔíØÇä ãÇ ÑÒÞÊäÇ ÝÅäå Åä íÞÏÑ ÈíäåãÇ æáÏ Ýí Ðáß áã íÖÑå ÔíØÇä ÃÈÏÇ þ

Bahawa baginda S.A.W bersabda, "sekiranya dari kamu, apabila hendak melakukan jimak dgn isteri kamu, hendaklah ia membaca --'Bismillah, Allahumma jannibna-sh-shaitan, wa jannibi-sh-shaitan ma razaqtana,' dan sekiranya pasangan itu ditakdirkan mendapat anak (dari hubungan itu), maka syaitan tidak akan dapat mengganggu anak itu."

Datanglah dari depan atau belakang dgn jalan yg halal dan pada bila2 yg dirasakan sesuai kecuali pada hari keuzuran spt haid dan nifas.

Wallahu taala a’lam.