SJ-13-0056 : Memutihkan gigi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0056 : Memutihkan gigi

assalaamu'alaikum

apakah hukumnya melakukan rawatan memutihkan gigi di dentistry?

Re: SJ-13-0056 : Memutihkan gigi

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr AHelmi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Memutihkan gigi / Whitening the teeth / ÊÈííÖ ÇáÃÓäÇä merupakan proses membersih dan mengembalikan gigi kepada warna asal. Ia bukan suatu proses yang tetap/permanent yang mengubah kejadian Allah swt seperti pembedahan kosmetik. Berkata Abdullah ibn Mas'ud ra:-

ÓãÚÊ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íáÚä ÇáãÊäãÕÇÊ æÇáãÊÝáÌÇÊ ááÍÓä ÇááÇÊí íÛíÑä ÎáÞ Çááå .
"Aku mendengar Rasulullah saw melaknat wanita yang mencabut bulu mata dan mengikis (file) gigi bagi tujuan kecantikan dan menukar kejadian Allah." - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim]

Komentar al-Nawawi rh mengenai hadith ini :-

æóÃóãøóÇ Þóæúáå : ( ÇáúãõÊóÝóáøöÌóÇÊ áöáúÍõÓúäö ) ÝóãóÚúäóÇåõ íóÝúÚóáúäó Ðóáößó ØóáóÈðÇ áöáúÍõÓúäö , æóÝöíåö ÅöÔóÇÑóÉ Åöáóì Ãóäøó ÇáúÍóÑóÇã åõæó ÇáúãóÝúÚõæá áöØóáóÈö ÇáúÍõÓúä , ÃóãøóÇ áóæú ÇöÍúÊóÇÌóÊú Åöáóíúåö áöÚöáÇÌò Ãóæú ÚóíúÈ Ýöí ÇáÓøöäø æóäóÍúæå ÝóáÇ ÈóÃúÓ ¡ æóÇááøóå ÃóÚúáóã ÇåÜ
"Mengenai kenyataan (Mereka yang mengikis/file gigi), merujuk kepada mereka yang melakukannya bagi tujuan kecantikan dan menampakkan muda. Ini menunjukkan/satu isyarat bahawa adalah haram melakukannya bagi tujuan kecantikan, akan tetapi jika bagi keperluan perubatan atau memperbaiki yang rosak pada gigi, dsb, tidaklah ada masalah melakukannya. Allah sahaja yang mengetahui yang terbaik."

Sedar atau tidak, terdapat juga bahan-bahan yang memutihkan gigi yang terdapat pada setengah-setengah ubat gigi. Menurut seorang pakar gigi, Dr. Khaldun Ghazi Abu Afifa :-

íãßä ÇÓÊÎÏÇã ÈÚÖ ãÚÇÌíä ÇáÃÓäÇä Ãæ ÇáãÓÊÍÖÑÇÊ ÇáØÈíÉ ÇáãÈíÖÉ¡ ÍíË ÊÍÊæí Úáì ÈÚÖ ÇáãæÇÏ ÇáãÎÑÔÉ ááÃÓäÇä æÇáÊí ÊÚãá Úáì ÊáãíÚ ÇáÃÓäÇä
"Kemungkinan menggunakan beberapa ubat gigi (toothpastes) atau the 'white pharmaceuticals', dimana sambil menguatkan gigi ia juga boleh berkerja mengilatkan (polish) gigi"

Dr Khaldun juga menasihatkan cara terbaik melakukan pemutihan gigi supaya dilakukan di klinik pergigian. Kemungkinan terdapatnya beberapa kesan sampingan lain didalam penggunaan cara lain seperti In-office Bleaching (ÊÈííÖ ÇáÃÓäÇä ÏÇÎá ÇáÚíÇÏÉ ) dan Home Bleaching (ÊÈííÖ ÇáÃÓäÇä ÇáÈíÊí), seperti kesan alahan (allergy) keatas gusi dsb. Menurut beliau, kajian menyatakan kejayaan pemutihan gigi yang dilakukan di klinik boleh mencapai 90% kejayaan.

Kesimpulannya, berbalik kepada asas penggunaannya, proses pemutihan gigi merupakan kaedah rawatan membersihkan gigi dan mengembalikannya kepada warna asal dan sifatnya juga tidak kekal, dan bukanlah ia mengubah kejadian Allah swt. Walaubagaimanapun, pembedahan kecantikan gigi dibenarkan jika menjadi satu keperluan perubatan (medical treatment) dan juga untuk memperbaiki kerosakan gigi. WA.

wassalam
==============
Rujukan :

1. Dr. Khaldun Ghazi Abu Afifa. !ÊÈííÖ ÇáÃÓäÇä Óåá .. áßä ÇáÚäæÇä . url : http://www.islamonline.net/Health/Arabic/display.asp?hquestionID=495

خيرالأمين