SJ-05-0075 : Solat Asar di waktu Maghrib

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0075 : Solat Asar di waktu Maghrib

:salam

Saya keluar dari tempat kerja pada jam 6.00 petang dan memandu balik ke rumah. Tapi tak sembahyang Asar lagi . Dalam perjalanan pulang berlaku kesesakan lalulintas yang teruk dan tak dapat keluar dari lebuhraya Persekutuan. Saya hanya dapat keluar dari kesesakan tersebut setelah masuk waktu Maghrib.

( Sepatutnya saya solat Asar dahulu di tempat kerja )

Apakah status solat Asar saya ? Apa yang semestinya saya lakukan ?

Terima kasih.

SJ-05-0075 : Solat Asar di waktu Maghrib

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr khai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Memang sepatutnya anda melakukan Solat Asar di pejabat anda sebelum bertolak balik ke rumah. Tidak dibenarkan menangguh solat kepada waktu yang lain kerana firman Allah swt :

Åöäøó ÇáÕøóáóÇÉó ßóÇäóÊú Úóáóì ÇáúãõÄúãöäöíäó ßöÊóÇÈðÇ ãóæúÞõæÊðÇ
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [surah al-Nisa' : 103]

Keuzuran menunda solat yang dibenarkan adalah sebagaimana didalam skop hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra, bahawa Nabi :saw bersabda :-

ãóä äÓí ÕáÇÉð Ãæ äÇã ÚäåÇ ÝßÝÇÑÊåÇ Ãä íÕáíåÇ ÅÐÇ ÐßÑåÇ
"Barangsiapa yang terlupa Solat atau tidur, maka kifaratnya adalah melakukannya sebaik sahaja mengingatinya" [Riwayat Muslim #684].

Jika berlaku selain daripada keuzuran yang dinyatakan diatas, maka status Solat tadi adalah Qadha', iaitu bersolat diluar waktu yang ditetapkan. Qadha' menurut Dr Abdullah al-Faqih adalah :-

ÝÇáÞÖÇÁ ÚäÏ ÇáÝÞåÇÁ Ýåæ: ÝÚá ÇáÚÈÇÏÉ Ýí ÛíÑ æÞÊåÇ ÇáãÍÏÏ áÃÏÇÆåÇ¡ ÓæÇÁ ßÇä Ðáß ÇáæÞÊ ãæÓÚÇð Ãæ ãÖíÞÇð¡
"Qadha' menurut fuqaha' adalah melakukan ibadat selain dari waktu yang ditetapkan, samada waktu yang diperluaskan atau yang sempit" [IslamWeb, FatwaId : 14855]

Ulama' juga menasihatkan jika perkara ini berlaku, maka hendaklah banyak beristigfar kepada Allah swt diatas kecuaian kita.

Apa yang harus anda lakukan adalah sebaik sahaja sampai di rumah/masjid , ambil wudhu dan bersolat Asar (qadha') dan kemudiannya menunaikan solat Maghrib. Terdapat dikalangan ulama' mewajibkan solat ini dilakukan secara berurutan (tertib); misalnya lakukan qadha' Asar dahulu, kemudian diikuti dengan solat Maghrib, dan melarang sebaliknya. Ibn Qudaamah (al-Mughni, 1/352) menyimpulkan bahawa adalah wajib melakukan solat Qadha' menurut turutan solat dan pandangan ini terdapat pada al-Nakha’i, al-Zuhri, Rabee’ah, Yahya al-Ansaari, Maalik, al-Layth, Abu Hanifah and Ishaaq. Akan tetapi, Mazhab Syafie tidak mewajibkan (sunat sahaja) melakukan solat mengikut turutan/susunannya.

Berikut adalah kaifiat mengqadha' Asar yang dapat kami petik didalam Fatwa al-Lajnah al-Daa'imah (6/160-161):-

ÇáÓÄÇá ÇáÃæá ãä ÇáÝÊæì ÑÞã (4263)
Ó: ãÇ Íßã ÅäÓÇä ÐåÈ Åáì ÇáãÓÌÏ æÚáíå ÕáÇÉ ÇáÚÕÑ æÇáÅãÇã ÃÐä ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ Ýåá íÕáí ÇáÚÕÑ ÃæáÇ¡ Ãã íÕáì ãÚ ÇáÌãÇÚÉ ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ Ëã íÕáí ÕáÇÉ ÇáÚÕÑ¿.
ÌÜ: íÕáí ÕáÇÉ ÇáÚÕÑ Ëã íÕáí ãÚ ÇáÅãÇã ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ¡ áÃä ÇáÊÑÊíÈ Èíä ÇáÕáæÇÊ æÇÌÈ¡ áßä Åä áã íÊãßä ãä ÕáÇÉ ÇáÚÕÑ ÞÈá Ãä ÊÞÇã ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ ÏÎá ãÚåã Ýí ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ ÈäíÉ ÕáÇÉ ÇáÚÕÑ¡ ÝÅÐÇ Óáã ÇáÅãÇã ãä ÇáãÛÑÈ ÞÇã æÕáì ÇáÑßÚÉ ÇáÈÇÞíÉ ßÇáãÓÈæÞ Ëã íÕáí ÕáÇÉ ÇáãÛÑȺ áÃä ÇáÃÏáÉ ÇáÔÑÚíÉ ÞÏ ÏáÊ Úáì Ãä ÇÎÊáÇÝ ÇáäíÉ Èíä ÇáÅãÇã æÇáãÃãæã áÇ íÄËÑ.

"Soalan pertama dari fatwa bernombor : 4263

Soalan : Apakah hukumnya seseorang yang pergi ke masjid untuk bersolat Asar dan Imam sedang bersedia menunaikan solat Maghrib, apakah perlu dia melakukan solat Asar dahulu? Atau bersolat secara Jemaah Maghrib dan kemudiannya menunaikan Solat Asar?

Jawab : Dia hendaklah bersolat Asar dan kemudian melakukan Solat Maghrib, kerana sesungguhnya TERTIB diantara solat adalah wajib, akan tetapi jika tidak sempat melakukan solat Asar sebelum melakukan Solat Maghrib, dia masuk/menunaikan bersama jemaah yang sedang bersolat Maghrib dengan NIAT solat Asar, Maka apabila Imam memberi salam solat Maghrib maka hendaklah dia bangun menunaikan solat yang berbaki, sebagaimana orang yang Masbuq, kemudian lakukan solat Maghrib! Kerana sesungguhnya dalil telah menunjukkan bahawa Niat yang berbeza dengan Imam tidak memberi kesan kepada Solat" -tamat petikan -

:aklam, wassalam

Rujukan :
======

1. Markas Fatwa kelolaan Dr Abdullah al-Faqih. ãÚäì ÇáÞÖÇÁ Ýí ÇáÕáÇÉ æÇáÕíÇã. URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=14855&Option=FatwaId

2. Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah al-'ilmiyyah wa Ifta' - 6. susunan Syeikh Ahmad bin Abdul Razaq al-Dawish. cet. ke 3. Riyah : Dar al-Muayyad, 2000..

خيرالأمين