Salam.
Kita sering mendengar persoalan berkenaan solat sunat sebelum Jumaat yang pelbagai qaul ulama menyokong dan menidakkan hadis yang pelbagai cara istinbatnya itu. Untuk keluar drpd perkara khilaf, maka kita dibolehkan untuk solat sunat mutlaq sahaja sebelum khutbah atau solat tahiyyatul masjid. Namun persoalan di sini, bagaimana pula dengan solat sunat selepas Jumaat, adakah ia mempunyai perbahasan dalil yang sama? Atau ada hadis sahih dan sorih yang menyebut tentangnya?
Mohon bayan...
sekian. terima kasih.
wassalam.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan wewr sekadar yang termampu, Insya-Allah.
Solat sunat selepas Zohor thabit dari hadith Nabi :saw, sabda beliau :-
Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa, minimum rakaat yang diperbolehkan adalah 2 rakaat, dan 4 rakaat merupakan jumlah maximanya (Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 12/386). Ibn Baaz mengatakan bahawa Nabi :saw pernah juga bersolat 2 rakaat di rumah baginda.
Ibn Qayyim rh (al-Zaad al-Ma'ad, 1/440) mengatakan bahawa Nabi :saw selepas Solat Jumaat akan masuk kedalam rumahnya dan bersolat 2 rakaat solat sunat, dan mengarahkan agar mereka yang selesai solat Jumaat melakukan 4 rakaat selepasnya.
Abu Daud didalam Sunannya (1130) ada meriwayatkan bahawa Ibn Umar ra apabila bersolat di masjid, dia akan bersolat (sunat selepas Jumaat) 2 rakaat, dan apabila bersolat di rumah dia akan mengerjakan 2 rakaat. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين