SJ-07-0061 : sujud syukur

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0061 : sujud syukur

:salam

i) adakah perbuatan sujud syukur itu dari Nabi? dan bagaimana kah kaifiat sujud syukur, sy telah mendengar pelbagai cara dari ustaz berbeza. jika boleh diberi pencerahan beserta dalil.

jazakallah.
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0061 : sujud syukur

wa'alaikmussalam.

Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan kadeejayasmin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Beikut kami ringkaskan jawapan soalan yang lalu (SJ-2650 : [U] Sujud Syukur) mengenai Sujud Syukur.

Kafiat Sujud Syukur sama sahaja dengan sujud Tilawah/sajadah diluar solat cuma tidak terdapat bacaan yang khas didalamnya. Jumhur ulama' mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat, akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Maliki. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya. Walaubagaimana pun sujud syukur ini adalah yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt.

Sujud Syukur dilakukan ketika menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa[1] beliau melihat:

Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ßÇä ÅÐÇ ÃÊÇå ÃãÑ íÓÑå æÈÔÑ Èå ÎÑ ÓÇÌÏÇ ÔßÑÇ ááå ÊÚÇáì
dir="ltr">"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt" - (Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Dari pandangan Sheikh Ibn Utsaimin rh pula, sebagaimana di dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :

íßæä ÓÌæÏ ÇáÔßÑ Úä ãÕíÈÉ ÇäÏÝÚÊ Ãæ áäÚãÉ ÊåíÃÊ ááÅäÓÇä æåæ ßÇáÊáÇæÉ ÎÇÑÌ ÇáÕáÇÉ ¡ ÝÈÚÖ ÇáÚáãÇÁ íÑì áå ÇáæÖæÁ æÇáÊßÈíÑ ¡ æÈÚÖåã íÑì ÇáÊßÈíÑÉ ÇáÃæáì ÝÞØ ¡ Ëã íÎÑ ÓÇÌÏÇ æíÏÚæ ÈÚÏ Þæáå ÓÈÍÇä ÑÈí ÇáÃÚáì
dir="ltr">"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

Sekian, wassalam
--------------
Rujukan :

1.Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3, tahun 2000. ms 266.

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh - II. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989. ms 117 - 120.

خيرالأمين