SJ-12-0165 : MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA ILHAM 'ARASHI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0165 : MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA ILHAM 'ARASHI

BOLEHKAH MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA ILHAM 'ARASHI?

SJ-12-0165 : MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA ILHAM 'ARASHI

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Maksud nama Ilham Arashyi - ÅáåÇã ÚÑÔí - didalam Bahasa Inggeris lebih kurang - "The inspiration of my throne", atau dalam Bahasa Malaysia - Inspirasi TahtaKu.

Bagi saya, rasanya macam tidak berapa sesuai bagi manusia memakai nama yang menunjukkan kekuasaan (tahta). Cuma tidaklah ada unsur syirik kalau dilihat secara umum,

Berikut merupakan petikan Soal-Jawab yang lepas bekenaan dengan pemilihan nama :-

kamin wrote:
1. Bukan sahaja memberi nama anak dengan nama Muhammad merupakan sunnah, malahan menggunakan nama2 Nabi yang lain juga merupakan nama2 yang baik digunakan didalam Islam. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Markas Dr Abdullah al-Faqih, dimana seorang bertanya ; apakah dibolehkan menamakan anak dengan nama Adam, beliau menjawab :

ÝáÇ ãÇäÚ ÔÑÚÇ ãä ÊÓãíÉ ÇáãæáæÏ ÈÇÓã ÂÏã Ãæ ÛíÑå ãä ÃÓãÇÁ ÇáÃäÈíÇÁ¡ Èá Åä Ðáß ãä ÇáÓäÉ¡ áÃäå ãä ÊÍÓíä ÇáÃÓãÇÁ ÇáãØáæÈ ÔÑÚÇ ßÚÈÏ Çááå æÚÈÏ ÇáÑÍãä æãÍãÏ æÃÓãÇÁ ÇáÃäÈíÇÁ æÇáÕÍÇÈÉ æÇáÕÇáÍíä..
"Tidak ditegah oleh syariat menamakan anak dengan nama Adam atau lain2 nama dari nama2 para Nabi2, bahkan ianya adalah sunnah, kerana sesungguhnya memberi nama yang baik merupakan perkara yang dituntut didalam syariat Islam, seperti Abdullah, Abdul Rahman, Muhammad, Nama Nabi2, Nama para2 sahabat dan juga Nama orang2 Soleh.." [Markas fatwa Dr Abdullah al-Faqih, no fatwa : 51390]

Telah diriwayat oleh Imam Ahmad, bahawa Nabi :saw bersabda :

ÊÓãæÇ ÈÃÓãÇÁ ÇáÃäÈíÇÁ¡ æÃÍÈ ÇáÃÓãÇÁ Åáì Çááå ÚÒ æÌá ÚÈÏ Çááå æÚÈÏ ÇáÑÍãä¡ æÃÕÏÞåÇ ÍÇÑË æåãÇã¡ æÃÞÈÍå ÍÑÈ æãÑÉ. æÈÚÖå Ýí ÕÍíÍ ãÓáã ÈáÝÙ: Åä ÃÍÈ ÃÓãÇÆßã Åáì Çááå ÚÈÏ Çááå æÚÈÏ ÇáÑÍãä.
"Mereka dinamakan dengan Nama2 para Nabi, nama yang terbaik disi Allah azzawajalla adalah Abdullah dan Abdul Rahman, dan yang dipercayai adalah Harith orang yang mencari kehidupan atau orang yang rajin bekerja) dan Hammam (orang yang bercita-cita tinggi atau berazam terus menerus)., dan yang terburuk adalah Harb (perang) dan marrah ('satu detik/masa')." Didalam Sahih Muslim menyebut : "Sebaik2 Nama kamu disisi Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman"

Selain daripada itu, memberi nama dengan nama Muhammad itu mengandungi beberapa kelebihan yang tinggi dan membawa keberkatan, di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa pada Hari Kiamat malaikat memanggil: "Bangunlah orang yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga, kerana memuliakan Nabi Muhammad :saw" (I‘ânah at-Thâlibîn 2/337, Hasyiah al-Bajuri 2/305 dan Mughni al-Muhtâj 4/371)

Kesimpulannya, menamakan nama anak dengan nama2 yang baik merupakan satu sunnah Nabi :saw. Sebagai contoh, cucu2 Nabi diberi nama Hasan dan Husein. Termasuklah nama 'Abdu' yang digabungkan dengan nama2 Allah seperti Abdullah, Abdul Rahman Abdul Hadi, Abdul Ghani dsb. Begitu juga nama2 para Nabi; Adam, Daud, Ibrahim dan juga nama2 para sahabat. Sunnahnya adalah memberi nama anak dengan nama yang baik. Didalam sebuah hadith ada menyebut bahawa Nabi bersabda : "Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu." (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad).

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28890&highlight=nama+anak&sid=553c83d02e0a2cb62ff270c1a1dd3dd3

Sekian, wassalam

خيرالأمين