SJ-12-0170 : Apakah/Bilakah yang dimaksudkan berumur/tua..?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0170 : Apakah/Bilakah yang dimaksudkan berumur/tua..?

Assalaamu'alaikum.

Saya difahamkan bahawa apabila seseorang wanita itu telah berumur/tua ( baca : nenek.. ) dan telah menopos, maka "gugur" lah kewajipan beliau untuk menutup aurat. Bahkan juga untuk kaum lelaki ( baca : atuk.. ).

Soalan : Dalam konteks masyarakat kita, apakah dan bilakah yang dimaksudkan berumur/tua itu sehingga gugur kewajipan menutup aurat? Adakah ianya dari segi umur, keadaan fizikal, paras rupa etc ?

Saya sebutkan " dalam konteks masyarakat kita " sebab bangsa asing, terutama orang barat, walaupun mereka sudah berumur lebih dari 60 tahun, tetapi ramai yang masih lawa/segak lagi. ::wink:

Jazakallah.

SJ-12-0170 : Apakah/Bilakah yang dimaksudkan berumur/tua..?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sodbaro dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bagi wanita tua, gugur hukum menutup auratnya, bukanlah keseluruhannya, ia cuma boleh membuka pakaian luarnya. Firman Allah swt :

æóÇáúÞóæóÇÚöÏõ ãöäó ÇáäøöÓóÇÁö ÇááøóÇÊöí áóÇ íóÑúÌõæäó äößóÇÍðÇ ÝóáóíúÓó Úóáóíúåöäøó ÌõäóÇÍñ Ãóäú íóÖóÚúäó ËöíóÇÈóåõäøó ÛóíúÑó ãõÊóÈóÑøöÌóÇÊò ÈöÒöíäóÉò æóÃóäú íóÓúÊóÚúÝöÝúäó ÎóíúÑñ áóåõäøó æóÇááøóåõ ÓóãöíÚñ Úóáöíãñ
dir="ltr">"Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " [al-Nur 24:60].

æóÇáúÞóæóÇÚöÏ ãöäú ÇáäøöÓóÇÁ - "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti" - maksudnya menurut Tafsir Jalalain (ÞóÚóÏúäó Úóäú ÇáúÍóíúÖ æóÇáúæóáóÏ áößöÈóÑöåöäøó ): (wanita yang telah) terhenti dari haid, dan terhenti dari mempunyai anak disebabkan umur sudah tua / lanjut usianya.

Tua dimaksudkan kepada wanita yang putus haid, tiada keinginan seksual dan tidak ingin berkahwin. Wanita tersebut juga jika dilihat oleh kaum lelaki maka tiada wujud keinginan terhadapnya. Maknanya, kalau sudah tua, tapi masih ramai lelaki yang inginkannya, maka tidaklah gugur hukum asal tadi.

Apakah perkara yang gugur keatas mereka? Ayat seterusnya - ÝóáóíúÓó Úóáóíúåöäøó ÌõäóÇÍ Ãóäú íóÖóÚúäó ËöíóÇÈåäøó - "tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka". Didalam Tafsir Jalalain bermaksud : (ãöäú ÇáúÌöáúÈóÇÈ æóÇáÑøöÏóÇÁ æóÇáúÞöäóÇÚ ÝóæúÞ ÇáúÎöãóÇÑ) - iaitu Jilbab mereka, atau tudung/selendang mereka atau Tudung kepala mereka.

Maksud yang mudah - mereka dibenarkan membuka tudung mereka, dengan syarat Wanita TUA yang telah putus haid, tiada keinginan untuk berkahwin, dan lelaki sendiri tidak mempunyai keinginan terhadapnya.

Akan tetapi, ayat seterus menjelaskan bahawa demi menjaga kehormatan mereka, lebih baik bagi mereka tidak menanggalkan Tudung/penutup kepala mereka. Wanita tua lebih dihormati jika dia dalam keadaan menutup kepalanya dengan sempurna di hadapan yang bukan mahramnya. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan : Tafsir al-Imamain Jalalain. Beirut : Dar al-Ma'rifah, 2002. ms 468

خيرالأمين