SJ-07-0075 : doa dan caranya?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0075 : doa dan caranya?

salam

sy dh search arkib dan bc mcm2 cara doa nabi dari waktu perang hingga ke solat jumaat.
kesimpulan nya saya konpius.
bila masa nak angkat tangan,bila x nak angkat tangan dan doa selepas solat.
semua tu bikin kopius.
ok,cth:
bila sy menjaringkan gol kemenangan ke atas brazil dlm perlawanan final piala dunia 2010, dan time tu sy nak berdoa kesyukuran(mengucapkan kesyukuran),ape yg sesuai masa tu,tadah tangan atau bc dlm hati je?

cth lain:
hujan turun dgn lebatnya,dan ade hadis kata berdoa time hujan turun ade can makbul,perlukah sy berdoa angkat tangan atau bc berdoa dlm hati je?

cth lain:
lepas amik wuduk,ade doa slps wuduk.bc dgn tadah tangan atau bc dlm hati je?

cth lain:
ayam tengah berkokok pukul 4 pagi,org tua2 cakap malaikat sedang tukar shift(eh malaikat pun ade shift ke? macam pekerja kilang samsung lah pulak) dan doa time ayam bekokok ade can dimakbulkan tuhan.perlukah sy angkat\tadah tangan berdoa atau berdoa dlm hati je?

sebenarnya bila kalanya kita berdoa angkat tangan dan bila kalanya berdoa dlm hati?

harap tuan dapat serta kan dalil dari nabi mengenai masalah\contoh yg diutarakan di atas.
ringkas2 pun xpe asalkan sy faham dan dapat memahamkan org lain insya allah.

SJ-07-0075 : doa dan caranya?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan saudara sekadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berikut adalah petikan dari jawapan dahulu mengenai hukum mengangkat tangan ketika berdo'a.

SJ - 2835 : tangan diterbalikkan ketika berdoa wrote:
Hukum mengangkat tangan ketika berdo'a

Ada merupakan prinsip asas bagi seseorang melakukan do'a mengangkat tangannya, kerana Nabi saw bersabda:

Åöäøó Çááøóåó Íóíöíøñ ßóÑöíãñ íóÓúÊóÍúíöí ÅöÐóÇ ÑóÝóÚó ÇáÑøóÌõáõ Åöáóíúåö íóÏóíúåö Ãóäú íóÑõÏøóåõãóÇ ÕöÝúÑðÇ ÎóÇÆöÈóÊóíúäö
dir="ltr">"Sesungguhnya Allah itu amat pemurah, dan ia tidak menyukai menghampakan hamb anya dengan tangan kosong apabila ia menangkatnya kepadanya" - (Hadith riwayat Al-Tirmudzi #3556, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Al-Tirmudzi.)

Diadalam Kitab Tuhfat al-Ahwadhi mengatakan bahawa hadith ini menegaskan adalah mustahab mengangkat tangan apabila melakukan doa. Sebenarnya banyak lagi hadith yang menerangkan tentang mustahabnya mengangkat tangan. Menurut Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah :

æÃãÇ ÑÝÚ áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÏíå Ýí ÇáÏÚÇÁ : ÝÞÏ ÌÇÁ Ýíå ÃÍÇÏíË ßËíÑÉ ÕíÍÉ¡ ãÓÍå æÌåå ÈíÏíå ÝáíÓ Úäå Ýíå ÇáÇÍÏíË¡ Ãæ ÍÏíËÇä¡
dir="ltr">"Dan bagi mengangkat tangan ketika berdo'a adalah merupakan perkataan Nabi saw : Telah datang darinya banyak hadith-hadith yang sahih, menyapu wajah dengan tangan bukanlah ada didalam hadith atau hadith-hadith".

ÇáÑÌá íØíá ÇáÓÝÑ ÃÔÚË ÃÛÈÑ íãÏ íÏíå Åáì ÇáÓãÇÁ íÇ ÑÈ íÇ ÑÈ ¡ æãØÚãå ÍÑÇã æãÔÑÈå ÍÑÇã æãáÈÓå ÍÑÇã æÛÐí ÈÇáÍÑÇã ¡ ÝÃäì íÓÊÌÇÈ áå ¿ ) ÑæÇå ãÓáã Ýí ÕÍíÍå
dir="ltr">Kemudian diperingatkan dengan "seorang lelaki yang bermusafir jauh dan dipenuhi habuk, mengangkat tangan keatas langit seraya berkata :'Ya Tuhan ku Ta Tuhan ku', akan tetapi makanan yang dimakan dari yang haram, dan minumannya dari yang haram, dan semuanya dijadikan dengan yang haram, maka bagaimana dikabulkan keatas permintaannya?" - (Riwayat oleh Muslim didalam Shahih).

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz memberi komentar diatas hadith diatas mengatakan :"ia menunjukkan bahawa mengangkat tangan merupakan satu cara (adab) bagi sesuatu do'a itu dikabulkan, dan menjelaskan bahawa mengambil sesuatu yang haram merupakan salah satu perkara dimana do'a seseorang itu tidak di kabulkan."

--------------
Berapa pandangan mengenai mengangkat tangan semasa berdo'a

Rata-rata atau umumnya mengangkat tangan semasa do'a adalah mustahab. Ia merupakan salah satu daripada kaedah berdo'a sebagaimana yang dijelaskan diatas yang disandarkan kepada hadith-hadith sahih. Disini kita memetik fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz mengenai beberapa situasi mengenai angkat tangan ketika berdo'a. Kata beliau:

ÝåÐÇ ãä ÃÓÈÇÈ ÇáÅÌÇÈÉ ÅáÇ Ýí ÇáãæÇÖÚ ÇáÊí áã íÑÝÚ ÝíåÇ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝáÇ äÑÝÚ ÝíåÇ ¡ ãËá ÎØÈÉ ÇáÌãÚÉ ¡ Ýáã íÑÝÚ ÝíåÇ íÏíå ¡ ÅáÇ ÅÐÇ ÇÓÊÓÞì Ýåæ íÑÝÚ íÏíå ÝíåÇ .
ßÐáß Èíä ÇáÓÌÏÊíä æÞÈá ÇáÓáÇã Ýí ÂÎÑ ÇáÊÔåÏ áã íßä íÑÝÚ íÏíå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝáÇ äÑÝÚ ÃíÏíäÇ Ýí åÐå ÇáãæÇØä ÇáÊí áã íÑÝÚ ÝíåÇ Õáì Çááå Úáíå æÓáã .
áÃä ÝÚáå ÍÌÉ æÊÑßå ÍÌÉ ¡ æåßÐÇ ÈÚÏ ÇáÓáÇã ãä ÇáÕáæÇÊ ÇáÎãÓ . ßÇä Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÃÊí ÈÇáÃÐßÇÑ ÇáÔÑÚíÉ æáÇ íÑÝÚ íÏíå ¡ ÝáÇ äÑÝÚ Ýí Ðáß ÃíÏíäÇ ÅÞÊÏÇÁ Èå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃãÇ ÇáãæÇÖÚ ÇáÊí ÑÝÚ Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝíåÇ íÏíå ÝÇáÓäÉ ÝíåÇ ÑÝÚ ÇáíÏíä ÊÃÓíÇð Èå Õáì Çááå Úáíå æÓáã æáÃä Ðáß ãä ÃÓÈÇÈ ÇáÅÌÇÈÉ ¡ æåßÐÇ ÇáãæÇÖÚ ÇáÊí íÏÚæ ÝíåÇ ÇáãÓáã ÑÈå æáã íÑÏ ÝíåÇ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÑÝÚ æáÇ ÊÑß ÝÅäÇ äÑÝÚ ÝíåÇ ááÃÍÇÏíË ÇáÏÇáÉ Úáì Ãä ÇáÑÝÚ ãä ÃÓÈÇÈ ÇáÅÌÇÈÉ ßãÇ ÊÞÏã .
dir="ltr">"[mengangkat tangan] ini merupakan salah satu sebab dikabulkan do'a., melainkan terdapat beberapa situasi dimana Nabi saw TIDAK mengangkat tangan, misalnya do'a pada Khutbah Jumaat, dimana dia tidak mengangkat tangan, melainkan apabila bersolat memohon hujan (Solat istisqa'), beliau telah mengangkat tangannya.

Begitu juga duduk diantara 2 sujud dan sebelum salam diakhir Tashahud , baginda saw tidak mengangkat tangannya, maka kita tidak boleh mengangkat tangan dimasa itu kerana Nabi saw tidak mengangkat tangannya.

Disebabkan melakukannya berdasar nas dan tidak melakukannya juga [tidak angkat tangan] juga berdasarkan nas. Begitu juga selepas salam didalam solat yang lima, Nabi saw akan melakukan zikir yang telah dinyatakan oleh syariah akan tetapi beliau tidak mengangkat tangan, maka kita lakukan sedemikan menurut beliau sebagai contoh. Akan tetapi, didalam situasi beliau mengangkat tangan, adalah menjadi sunnah mengangkat tangan, mencontohi perbuatan baginda, kerana ia merupakan satu cara menjadikan do'a kita dijawab oleh Allah swt. Begitu juga dengan situasi didalam seorang Islam memohon sesuatu dari Allah, dan tidak ada riwayat bahawa Nabi saw mengangkat tangan atau tidak. Maka kita dibolehkan mengangkat tangan, kerana disana ada hadith yang menunjukkan mengangkat tangan merupakan salah satu cara agar do'a kita di jawab, seperti yang disebab tadi."

"Disana ulama mengatakan adalah menjadi syariat mengangat tangan semasa berdo'a, malah merupakan mengatakan sunat, kerana menyerupai perlakuan Nabi saw - ada juga kumpulan yang memakruhkan mengangkat tangan kecuali/melainkan didalam Solat istisqa' (mohon hujan), kerana Hadith dari Anas :

ßÇä ÇáäÈí Ü Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ü áÇ íÑÝÚ íÏíå Ýí ÔíÁ ãä ÏÚÇÆå ÅáÇ Ýí ÇáÇÓÊÓÞÇÁ ÝÅäå ßÇä íÑÝÚ íÏíå ÍÊì íÑì ÈíÇÖ ÅÈØíå
dir="ltr">"Bahawa Rasulullah saw tidak sekali-kali mengangkat tangan didalam do'a kecuali didalam istisqa', maka beliau telah mengangkat tangan sehingga tampak keputihan ketiaknya" - (Riwayat Al-Bukari dan Muslim).

Sebahagian memakruhkan mengangkat tangan secara mutlak didalam Istisqa' dan lain-lain, kerana Hadith Muslim dari 'Imaarah bin Rubiyyah, telah melihat Basyir bin Marwan diatas Mimbar mengangkat tangannya, maka berkata :

ÞóÈøóÍó Çááå åÇÊíä ÇáíÏíä¡ áÞÏ ÑÃíÊ ÑÓæá Çááå Ü Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ü ãÇ íÒíÏ Úáì Ãä íÞæá ÈíÏå åßÐÇ¡ æÃÔÇÑ ÈÃÕÈÚå ÇáãÓÈÍÉ "ÊÝÓíÑ ÇáÞÑØÈí Ì 7 Õ 255" .
dir="ltr">"Allah akan memburukkan kedua-dua tangan ini, aku telah melihat nabi saw - tidak menambah keatasnya dengan berkata dengan tangannya dan begitu, dan baginda telah mengunakan isyarat dengan jari telunjuk - sebagaimana didalam Tafsir Qurthubi 7/255"

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=17032

Secara ringkasnya, mengangkat tangan semasa berdo'a adalah sebagai sunnah mencontohi Nabi :saw. Ada beberapa keadaan yang Nabi :saw mengangkat tangan, iaitu ketika didalam solat :-

a. Berdo'a semasa solat minta hujan (istisqa').
b. Berdo'a ketika membaca Qunut

Terdapat juga didalam situasi dimana baginda tidak mengangkat tangan ketika berdo'a, cuma menggunakan jari telunjuknya sahaja ketika berdo'a semasa berkhutbah.

Selain dari situasi berdo'a diatas, iaitu berdo'a diluar ibadat khusus, mengangkat tangan adalah digalakkan (mustahab) sahaja. Jika tidak mengangkat tangan ketika berdo'a selain dari situasi diataspun tidak mengapa. Contohnya : berdo'a ketika membawa kereta, dsb.

Sekian, wassalam

خيرالأمين

SJ-07-0075 : doa dan caranya?

Kedudukan suara semasa berdo'a

Mengenai samada baca do'a dalam hati atau perlu dilafazkan, Imam al-Syafie rh. didalam al-Umm (1/127) ada menjelaskan bahawa do'a dibaca dengan kuat sebagai mengajar makmum. Bagi situasi biasa, Allah swt berfirman :-

Þõáö ÇÏúÚõæÇ Çááøóåó Ãóæö ÇÏúÚõæÇ ÇáÑøóÍúãóäó ÃóíøðÇ ãóÇ ÊóÏúÚõæÇ Ýóáóåõ ÇáúÃóÓúãóÇÁõ ÇáúÍõÓúäóì æóáóÇ ÊóÌúåóÑú ÈöÕóáóÇÊößó æóáóÇ ÊõÎóÇÝöÊú ÈöåóÇ æóÇÈúÊóÛö Èóíúäó Ðóáößó ÓóÈöíáðÇ
dir="ltr">"Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu." - [al-Isra’ 17:110]

Ini merujuk kepada do'a (Allah yang mengetahui sebenarnya), dimana ia dibaca tidak secara kuat dan tidak terlalu perlahan dimana anda tidak mendengar suara anda.

Syeikh Jamal al-Din al-Qasimi rh mengatakan bahawa adab berdo'a ialah merendahkan suara (lihat - Islaah al-Masaajid min al-Bida’ wa al-‘Awaa’id, ms. 154), sebagaimana firman Allah swt :-

ÇÏúÚõæÇ ÑóÈøóßõãú ÊóÖóÑøõÚðÇ æóÎõÝúíóÉð Åöäøóåõ áóÇ íõÍöÈøõ ÇáúãõÚúÊóÏöíäó
dir="ltr">"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." [surah al-A’raaf 7:55]

Kesimpulannya, do'a hendaklah dibaca sekadar didengari oleh diri sendiri, bukanlah didalam hati. Keadaan suara yang berbisik-bisik ini menimbulkan kekhusyukkan dan merendah diri apabila memohon kepada Allah swt. WA.

wassalam

خيرالأمين