Salam,
Sebenarnya tajuk ni mengenai was-was.tp tajuk was-was ni bnyk dibincangkan.akan tetapi tak memenuhi persoalan yg ana nk utarakan. kalo boh tajuk was-was nnt jd soalan ulangan plak. hehe. harap maaf.
soalan ana berdasarkan situasi separti ini.
1.
katakanlah ana dlm perjalanan, bila tiba waktu sembahyang, ana singgah jer kt mana2 masjid. tp sebelum tu ana dah 2-3 kali pi kencing dgn seluar yg sama. masa nk sembahyang ana yakin yg seluar itu masih bersih. ana sembahyang jer. bila balik rumah, dh masuk waktu lain, ana pun pikir, "Tukar pakai kainlah, lebih yakin kebersihannya.."
adakah ini menunjukkan yg yakin ana dlm perjalanan terbatal?
apakah status sembahyang td?
2.
katakanlah ana tidak pasti sama-ada telah mandi wajib atau tidak (tp mandi pagi lah). dlm perjalanan, ana pun yakin yg ana mmg telah niat mandi wajib. ana pun sembahyang jer. bila balik ana pk "mandi lg sekali lah..."
adakah ini membatalkan mandi pg td?
apakah hukum sembahyang ana?
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Untuk memudahkan kita faham masalah-masalah SYAK, mesti tahu satu kaedah dasar dalam syarak, iaitu:
SUATU YANG YAKIN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN SYAK.
secara ringkasnya: Apabila berlaku syak dalam diri kita terhadap suatu perkara, maka jangan dilayan syak itu, dan kembali kepada keadaan kita sebelum berlakunya syak. Ana beri 2 contoh mudah untuk dibezakan.
i- Kita telah meyakini suatu pakaian itu adalah suci. Tiba-tiba syak adakah terkena najis atau tidak? maka kembali kepada keadaan sebelum syak, iaitu kita yakin ia adalah suci.
ii- Kita telah meyakini suatu pakaian itu terkena najis. Tiba-tiba syak adakah kita sudah basuh atau belum dibasuh? Maka kembali kepada keadaan sebelum syak, iaitu yakin ia terkena najis.
kembali kepada soalan yang ditanya:
1. Dalam kes ini, anda telah yakin seluar anda suci. Kemudian, syak terhadap pakaian itu takut2 terkena najis, maka asalnya ialah: seluar anda adalah suci. Maka solat anda adalah sah.
2. Sekarang, yang anda yakin adalah anda berjunub. Datang syak adakah anda sudah mandi atau belum. Kalau mengikut kaedah asal, anda dihukum berjunub. Dan mestilah mandi wajib.
Mula-mula tadi anda mengatakan syak. Maka hukum asal: Anda masih dikira berjunub. Tetapi selepas itu yakin pula sudah mandi. Adakah maksud yakin anda, anda mentarjihkan anda sudah mandi? Atau memang yakin 100% sudah mandi?
Kalau setakat mentarjihkan suatu yang disyaki, anda masih dihukum syak dalam istilah feqah dan qawaed. Maka hukumnya adalah syak.
Kalau anda sudah yakin 100%, mengapa anda masih fikir "mandi lagi sekali lah". Ini sudah masuk bab WAS-WAS.
Wallahu A'lam.
rujukan:
- Al-Asybah Wal Nazhair (Suyuti) 1/35
- Al-Asybah Wa Nazhair (Ibn Nujaim) m/s 56
http://abuumair1.wordpress.com