SJ-13-0338 : Apa hukum memiliki figura kartun ataupun robot?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ-13-0338 : Apa hukum memiliki figura kartun ataupun robot?

Soalan dari GUEST :-

:salam Ana nak tanya tentang hukum memiliki(samada main atau tak) figura kartun ataupun robot. Cikgu ana kata, hukumnya haram kerana ia menyerupai berhala dan Allah akan suruh kita hidupkan ia nanti di Mahsyar. Walaubagaimanapun, saya masih musykil. Apa ciri-ciri figura yg tak dibenarkan dlm Islam? Dan, minat saya terhadap figura dan robot masih belum pulih. Mungkin sesiapa yg arif boleh jelaskan sehikmahnya.
Jazakumullah.

SJ-13-0338 : Apa hukum memiliki figura kartun ataupun robot?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Mengenai lukisan kartun, berikut adalah Jawapan yang pernah diberikan. Sila lihat URL berikut

SJ-13-0269 : Persoalan Melukis Gambar dan Komik Islamik
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33160

POKEMON: Dr. Yusof al-Qardhawi Mengharamkannya
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26686

Membina ROBOT (ÇáÑÌá ÇáÂáí ) menurut Syiekh Mohammad Saleh al-Munajjid dikelaskan dibawah hukum membentuk imej. Jika robot tersebut berbentuk seperti manusia, maka ia adalah dilarang, kerana itu merupakan perkerjaan mereka yang meniru ciptaan Allah swt. Disana terdapat hadith Nabi :saw :-

Åä ÇáÐíä íÕäÚæä åÐå ÇáÕæÑ íÚÐÈæä íæã ÇáÞíÇãÉ íÞÇá áåã ÃÍíæÇ ãÇ ÎáÞÊã
dir="ltr">"Sesungguhnya mereka membuat imej/rupa akan di azab pada hari Kiamat. Dikatakan kepada mereka : BERILAH NYAWA kepada apa yang anda telah ciptakan!" [Hadith Riwayat al-Bukhari #5607, Muslim #2108]

Ciri-ciri yang tidak dibenarkan adalah jika robot tersebut mempunyai cukup sifat manusia. Jika ia hanyalah berbentuk seperti robot TRANSFORMER, atau robot-robot yang tidak cukup sifat manusia atau tidak mungkin manusia berbentuk begitu, maka ia diperbolehkan. Robot-robot yang menggunakan Artificial Intelligence untuk menapis udara, melaksanakan jentera kilang dsb tidak dilarang sama sekali.

Malah, di kota Makkah sekalipun, pada tahun 2006 telah mula memperkenalkan program ROBOT didalam beberapa sekolah mereka. Pelajar-pelajar yang berbakat akan diajar cara dan bagaimana melakukan rekaan (design), operasi dan mengaturcaraan (programming) Robot tersebut. Mereka akan cuba mengapliksikan beberapa teknik kejuruteraan eletrik dan elektronik (sila lihat : http://www.alwatan.com.sa/daily/2006-11-24/local/local11.htm ).

Sekian, wassalam

خيرالأمين