:salam
Sefaham saya "umum balwa" ialah kelonggaran bila mana sesuatu perkara tu susah dielakkan/kerap berlaku, maka kita mengambil pendirian paling memudahkan.
Katala dalam kes najis burung,tahi cicak selalu jatuh ke atas karpet masjid.
1) Sekiranya kita nampak calitan putih, tidak dapat dipastikan ia cat putih(just in case masjid buat renovation ke) atau najis burung yg sudah kering, adakah kita perlu mencari sof lain? Untuk solat jumaat contohnya lebih payah kerana apabila kita isi saf kosong,most likely kalau nak cari sof lain dah kena isi orang lain.
:wassalam
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Imam Sayuti menyebut ketika menjelaskan kaedah kesulitan, 'umum al-balwa dan sebab-sebab rukhsah; bahawa dibenarkan solat dengan najis yang dimaafkan seperti tahi burung jika bertaburan di masjid disebabkan kesukaran untuk menghindarinya.
Dengan itu, tahi burung atau tahi cicak termasuk dalam kelonggaran 'umum al-balwa, jika ia didapati merata-rata di dalam masjid. Dan dibenarkan solat orang yang terkena najis yang dimaafkan ini.
Jadi tidak perlulah mencari saf lain atau membatalkan solat apabila didapati calitan putih yang tidak pasti samada tahi cicak atau burung yang selalu jatuh ke atas karpet masjid ataupun ia hanya cat putih sahaja. Ia termasuk dalam kes 'umum al-balwa dan solat tersebut adalah sah.
Wallahu a3lam
Rujukan:
- al-Majmuk li an-Nawawi
- al-Asybah wa an-Nazair li as-Sayuti