Assalamualaikum.
nak tanye sket..
Boleh x kalau kite nak letak nama anak kita
contohnya utk gals kte letak FARID HAYATI @ HUSNA.
FARID utk nama lelaki..boleh ka kita letak utk perempuan..
ada org letak anak lelaki diorg nama HUSNA dan ada yg letak nama HUSNA utk anak perempuan??
penggunaan NUR plak macam mana??
laki boleh gune x??
harap dapat beri penjelasan
Salam....
Al-Jawab :
Kami memohon maaf di atas kelewatan menjawab persoalan saudara di atas tugasan-tugasan lain yang menyibukkan..
Apa yang dapat disimpulkan , sebenarnya tidak mengapa jika saudara ingin menamakan anak saudara samada lelaki atau perempuan dengan apa sahaja nama dengan syarat nama tersebut adalah yang membawa pengertian yang baik sahaja...
Ini kerana , penamaan seseorang lelaki dengan nama lelaki dan penamaa seseorang perempuan dengan nama perempuan dibuat bedasarkan hanya untuk membezakan antara lelaki dan wanita.Itu sahaja , dan ianya juga berlaku dan diamalkan oleh sesetengah bangsa dan negara dalam dunia ini.
Sebagai contoh ada beberapa nama yang digunakan di Malaysia sebagai nama lelaki , tetapi ditanah arab atau diitempat lain ianya digunakan sebagai nama perempuan , misalnya : AFNAN , FIRDAUS , AIMAN dan sebagainya.Kesemua nama tersebut digunakan di Malaysia sebagai nama lelaki , tetapi di tanah Arab ianya digunakan untuk perempuan.
Begitu juga dengan penggunaan NUR...Masyarakat Melayu dahulu kala amat sinonim dengan penggunaan NUR untuk perempuan....tetapi sekarang kita lihat ramai juga diantara lelaki-lelaki yang menggunakan nama NUR sebagai permulaan nama mereka seperti NUR AZMAN , NUR AZAM , NURUDDIN @ NUR ADDIN dan sebagainya....
Pendek katanya , penggunaan jenis-jenis nama yang berbeza antara satu sama lain adalah dibuat berdasarkan untuk membezakan jantina sesama manusia...itu sahaja...Asalkan makna nama-nama tersebut membawa maksud yang baik , kerana jelas sekali Islam melarang menamakan anak-anak dengan nama-nama yang tidak baik seperti menamakannya dengan nama binatang , berhala , sesuatu yang dipandang jijik dan kotor oleh seseuatu bangsa atau masyarakat dan sebagainya.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com